Skip to content (Press Enter)

Buku panduan jualan jarak jauh 2022

Terdapat cara baharu untuk merangsang momentum pasukan jualan anda—dengan matlamat jelas kepada prospek dan kelulusan segera, anda boleh mengelakkan semua kerja pentadbiran yang menjengkelkan dan mencapai sasaran dengan lebih awal.
Ilustrasi seseorang menandatangani dokumen dengan cara tradisional, yang boleh dioptimumkan dengan alat eTandatangan seperti HelloSign daripada Dropbox

Ingat tentang berjabat tangan? Atau berkunjung ke pejabat pelanggan? Ini kenangan lampau bagi kebanyakan pasukan jualan. Malah, 68% daripada pembuat keputusan jualan berkata pasukan mereka akan bekerja dalam persekitaran hibrid pada penghujung tahun 2021. Tidak semua perkara berubah—kejayaan dalam jualan sentiasa berkisar kisah hebat dan nilai berkomunikasi. Namun cara kerja yang dilakukan dalam dunia hibrid memerlukan buku panduan yang sangat berbeza. 

“Penjual teratas menggabungkan kemahiran jualan asas dengan kefasihan digital. Mereka menggunakan alat untuk menjadi lebih pantas, lebih fokus dan lebih cekap—mendekati pelanggan dan memberikan hasil yang lebih baik,” kata Ray Makela, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kesediaan Jualan dan perunding, yang berpengalaman membantu organisasi dari Accenture ke Walmart untuk meningkatkan impak pasukan jualan mereka.

Jadi, apakah kefasihan digital? Bermula dengan pengalaman yang lebih lancar dan mudah menggunakan alat yang diselaraskan. Dropbox telah membantu pasukan jualan berhubung dan berkomunikasi selama bertahun-tahun, dan sekarang, DocSend dan Dropbox Sign melengkapkan proses itu—menyokong kerjasama dalaman dan luaran dari usul pertama hingga tandatangan akhir.

Berikut adalah cara anda boleh memperkemaskan proses jualan dan mempercepatkan rundingan dan tandatangan dalam dunia jarak jauh.

Dahulu:

Dek jualan baharu sedia untuk digunakan, tetapi tiada siapa tahu lokasi dek jualan ini berada. Jadi, anda tidak pasti cara untuk mengubah usul anda.

Dengan Dropbox anda boleh:

  • Menyusun semua pembentangan terkini anda, satu halaman, butiran teknikal dan banyak lagi dalam suatu tempat.
  • Memastikan setiap jurujual mempunyai akses yang selamat, tidak mengira lokasi atau waktu mereka bekerja.
  • Pastikan semua orang termaklum dengan mesej terkini.

Dahulu:

Pasukan kewangan anda mengubah harga dan penasihat undang-undang anda menambah terma pada cadangan anda. Jadi, semua orang sibuk untuk mencari versi terkini sebelum panggilan jualan anda.  

Dengan Dropbox anda boleh:

  • Simpankongsi dan bekerjasama pada mana-mana dokumen dalaman atau luaran.
  • Pastikan semua orang kekal selaras, tanpa mengira jumlah semakan atau kemas kini yang mungkin berlaku.
  • Pastikan versi terkini tersedia untuk semua, supaya tiada kekeliruan.

Dahulu:

Anda menghantar cadangan anda (biasanya sebagai lampiran e-mel) dan bersabar menunggu dengan kemungkinan akhirnya hilang.

Dengan DocSend, anda boleh:

  • Memantau cara prospek anda menghabiskan masa (dan waktu lahu mereka).
  • Jika anda perlu meminda cadangan anda atau membetulkan kesilapan menaip selepas anda berkongsi, lakukan ini dengan mudah tanpa perlu risau tentang kawalan versi.
  • Menggunakan analisis halaman demi halaman untuk mengetahui sama ada mereka kekal pada satu halaman cadangan anda lebih lama daripada yang lain.
  • Ketahui sama ada mereka menjemput pihak berkepentingan lain ke dalam proses membuat keputusan dengan menggunakan rekod e-mel atau perlindungan kata laluan.

Dahulu:

Anda berharap agar prospek akan mengambil masa untuk mencetak, mengimbas, menandatangani dan menghantar kontrak melalui e-mel.

Dengan Dropbox Sign, anda boleh:

  • Mengekalkan momentum dengan menghapuskan semua cetakan, imbasan, tandatangan dan penghantaran e-mel yang menjengkelkan.
  • Jadikan proses itu ringkas untuk prospek menandatangani, memeterai dan menyerahkan kontrak secara elektronik dalam beberapa klik.
  • Menjejak dan menjawab soalan klien—terus dalam dokumen.
  • Menggunakan peringatan terbina dalam untuk mendorong mereka melengkapkan dokumen.

 

Bersedia untuk memudahkan urusan pasukan jualan jarak jauh anda dan memastikan saluran anda sentiasa penuh? Lihat e-Buku terbaharu kami “Closing from Anywhere” untuk segala butiran.

Terokai cara yang lebih baik untuk bekerja bersama.

Dapatkan pelan Dropbox untuk perniagaan anda