Skip to content (Press Enter)

Alat terbaik untuk pasukan kreatif anda

Adakah anda berada di kedai kecil, agensi besar, atau sesuatu antaranya? Terdapat alatan Dropbox untuk membawa pasukan unik anda—dan semua keperluan mereka—daripada idea besar hinggalah penghantaran yang kemas. (Dan, sudah tentu, melalui semua halangan yang berlaku di pertengahan.) 

Tujuh rakan sekerja duduk di meja di pejabat loteng.

Jenis Pasukan: Agensi dalaman

Keluhan terbesar: Kalendar yang terlalu padat. Sebagai pemimpin kreatif di sebuah agensi, hari anda mungkin dipenuhi dengan mesyuarat oleh sebab anda berhubung dengan semua orang daripada pengurus produk hinggalah suit C. Pada masa anda telah menemukan tiga puluh minit untuk memulakan pasukan kreatif anda untuk projek atau memberikan kejelasan tentang maklum balas, waktu sudah pukul 5 petang. Merangka e-mel lima perenggan kedengaran meletihkan. 

Selamatkan keadaan: Cuba gunakan Dropbox Capture, sebuah alat rakaman skrin yang membolehkan anda merakam mesej video dengan dek anda atau apa sahaja yang ada pada skrin anda seolah-olah anda sedang membuat pembentangan secara langsung. Anda akan dapat menyuarakan pendapat dan nota anda, menandakan sebarang unsur yang anda ingin tekankan dan berfungsi dengan lancar dalam Dropbox untuk menyimpan dan berkongsi Capture anda Tiba-tiba, anda telah mengosongkan ruang selama sejam pada kalendar anda yang disediakan untuk maklum balas—termasuk lima minit yang anda sekadar menunggu orang untuk menyertai mesyuarat. Satu lagi kemenangan: pasukan anda boleh menonton rakaman mengikut waktu mereka sendiri, antara tugas dan projek lain.

Jenis Pasukan: Agensi pengiklanan

Keluhan terbesar: Terlalu banyak dokumen. Antara taklimat permulaan, bahan penyelidikan dan beberapa pertukaran maklum balas daripada semakan dalaman dan klien, anda boleh berasa seperti tenggelam dalam dokumen. (Dan itu hanya untuk satu akaun anda.)

Selamatkan keadaan: Simpan dokumen di satu tempat. Kekal teratur ialah kunci untuk memastikan anda fokus. Daripada cuba menjejaki fail yang mungkin berada dalam sembang kumpulan dengan strategi, atau dalam e-mel daripada eksekutif akaun anda, lebih baik simpan semua fail pasukan anda di satu tempat selamat seperti Dropbox untuk memastikan pasukan anda sentiasa mempunyai versi terkini. Dropbox serasi dengan fail daripada semua saiz dan jenis, jadi anda boleh membuka segala-galanya daripada dek salinan hinggalah fail Keynote dan Photoshop yang besar di mana-mana sahaja anda berada, dan tambah komen dan cadangan terus pada fail tersebut.

Jenis pasukan: Pasukan kecil

Keluhan terbesar: Berbilang peranan—merentasi berbilang zon waktu. Menjadi sebahagian daripada pasukan kecil bermakna anda perlu boleh bekerja dengan tangkas dan bertindak balas dengan cepat. Keupayaan untuk bekerjasama dengan mudah antara satu sama lain, kontraktor, vendor dan klien boleh mencipta perbezaan dalam mencapai tarikh akhir atau tarikh pelancaran. 

Selamatkan keadaan: Kerjasama kandungan masa nyata. Apabila anda tidak sepenuhnya berada dalam bilik yang sama—atau pun keadaan yang sama—anda memerlukan alatan yang membolehkan anda berkomunikasi seolah-olah anda duduk bersebelahan. Dengan menambahkan maklum balas dan komen anda terus ke dalam fail Dropbox atau dokumen Paper anda, pencipta bersama anda boleh melihat serta-merta perkara yang anda perkatakan dan bertindak balas dengan cepat untuk mengendalikan maklum balas atau bertanya soalan. Dengan kejelasan dalam proses dalaman anda, anda meluangkan lebih banyak masa mencipta kerja yang hebat dan mengurangkan masa cuba menerangkan melalui panggilan maksud anda yang sebenar. 

Jenis pasukan: Pasukan besar

Keluhan terbesar: Satu kapal dua nakhoda. Pasukan kreatif anda yang besar mempunyai ramai orang dalam banyak kerja mencipta banyak idea. Ia menarik, tetapi ia juga boleh menjadi serabut dengan begitu ramai orang dalam satu dek. 

Selamatkan keadaan: Kawalan versi ialah kunci anda untuk memastikan sesuatu tidak hilang secara tiba-tiba pada malam sebelum pembentangan besar. Ia juga merupakan penyelamat jika seorang eksekutif tiba-tiba meminta untuk melihat versi minggu lepas sekali lagi. Dengan bekerja dalam Dropbox, anda boleh mengakses sejarah versi dokumen anda dengan mudah untuk melihat orang yang telah mengubah sesuatu perkara. Jika sesuatu dihapuskan secara tidak sengaja, anda tidak perlu khuatir. Dropbox menyimpan sandaran secara automatik, jadi anda mempunyai fail terkini tersedia untuk pasukan anda bekerja semula. Kemudiannya, anda mungkin ingin memanfaatkan tetapan keizinan untuk mengunci sesiapa sahaja yang tidak sepatutnya berada di sana—sebagai langkah berjaga-jaga. 

Setiap pasukan kreatif adalah unik, daripada akaun yang mereka kerjakan hinggalah cara mereka bekerjasama. Tetapi semua pasukan kreatif mempunyai matlamat yang sama: untuk membuat kerja yang hebat. Tanpa mengira cara pasukan anda mencapai penghantaran besar anda yang seterusnya, Dropbox mempunyai alatan untuk membantu anda sepanjang proses. 

Terapkan momentum kepada pasukan kreatif anda

Mulakan dengan Dropbox hari ini