1. Sediakan dan atur dokumen
Simpan semua dokumen permohonan anda bersama untuk kerja tertentu dalam folder yang teratur. Lazimnya, calon membawa dokumen ini bersama mereka dalam temu duga sekiranya penemu duga meminta atau ingin merujuknya. Anda masih perlu bersedia walaupun dalam panggilan video dan jangan buang masa mengklik pelbagai folder atau mencari versi yang betul.
Dropbox memudahkan urusan untuk menyimpan, mengatur dan berkongsi setiap resume yang unik. Bahkan, anda boleh membuat penyuntingan secara terus daripada Dropbox dengan penyepaduan Microsoft dan Google . Jika anda telah diminta untuk berkongsi pembentangan, gunakan Dropbox Capture untuk merakam diri anda dan merekod skrin anda, kemudian tonton semula rakaman untuk menyempurnakan kerja anda sebelum membentangkan dalam temu duga.
2. Periksa teknologi anda
Langkah pertama untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar adalah dengan memeriksa semula semua teknologi anda. Ikuti senarai semak ini sehari sebelum temu duga:
- Pastikan komputer atau kamera web anda berfungsi dengan baik.
- Uji sambungan Internet dan wifi anda. Google sahaja "ujian kelajuan Internet," klik "Jalankan Ujian Kelajuan" dan pastikan perkhidmatan anda berjalan dengan lancar.
- Periksa tahap audio untuk mikrofon anda. Fon telinga dengan mikrofon terbina dalam akan membantu mengurangkan kemungkinan gema. Jika fon telinga anda adalah tanpa wayar, periksa jika sambungan Bluetooth berfungsi.
3. Sediakan latar belakang
Ikuti senarai semak ini untuk mengeluarkan gangguan, agar anda dan penemu duga anda boleh memberikan tumpuan untuk saling mengenali:
- Jangan bising! Tutup pintu dan tingkap, minta privasi daripada rakan sebilik atau ahli keluarga anda, matikan deringan telefon bimbit anda. Buat apa-apa yang diperlukan untuk mencegah sebarang hingar latar belakang yang boleh mengganggu tumpuan anda.
- Sebaiknya, duduk di hadapan dinding yang kosong, tetapi jika ini tidak boleh dilakukan, maka pastikan latar belakang anda kemas dan tidak serabut. Jangan biarkan keadaan serabut membayangi pesona anda.
- Gangguan akan terjadi. Berkemungkinan besar ini pernah berlaku pada penemu duga anda. Sekiranya teman sebilik atau salah seorang anak anda masuk ke dalam rumah semasa temu duga berlangsung, jangan panik. Minta maaf dengan tenang dan minta diri buat seketika. Tutup video dan audio anda, kosongkan ruang dan kembali bekerja! Anda tidak sentiasa dapat mengawal persekitaran anda, tetapi anda boleh mengawal cara anda mengendalikan situasi tersebut. Penemu duga anda juga akan memerhatikan reaksi anda.