Kerja jarak jauh ada cabarannya, tetapi juga banyak manfaatnya.
Bagi kebanyakan kita, peralihan kepada kerja jarak jauh merupakan keperluan dan tidak semudah itu. Kita tidak perlu menafikan bahawa panggilan video tidak sama seperti bertemu secara bersemuka. Kita semua merindukan interaksi santai dengan rakan dan rakan sekerja. Namun, kita juga mendapat lebih banyak masa bersama keluarga, haiwan peliharaan dan hobi kita. Jadual kerja dan peribadi kita kini lebih mudah untuk ditangani dan kebanyakan daripada kita telah meraikan masa yang dijimatkan dengan tidak membuat perjalanan ulang-alik. Apabila perniagaan dan pekerja menyediakan pelan pasca pandemik mereka, sudah jelas bahawa kerja jarak jauh akan masih diamalkan.
Dropbox dibina untuk kerja jarak jauh
Kita semua menghadapi masalah besar apabila seluruh dunia ditutup. Bagaimanakah anda mengakses apa yang diperlukan untuk bekerja apabila anda tidak boleh mengakses pejabat anda? Dengan Dropbox, semua fail kerja penting anda tersedia dengan serta-merta di mana-mana jua dan pada bila-bila masa anda perlukan, membolehkan anda bekerja jarak jauh. Namun, Dropbox bukan sekadar itu sahaja: Dropbox merupakan ruang kerja digital yang menyeluruh dan menghubungkan anda dengan kandungan, rakan sekerja anda dan semua alat yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas. Teroka sambungan apl Dropbox untuk memperkemaskan lagi pengalaman kerja dalam talian anda.
Jika kita tidak memiliki Dropbox dan HelloSign, maka ini akan menjadi mimpi ngeri. Namun, disebabkan kita sudah memilikinya, maka kita tidak perlu mengubah cara kita beroperasi.