Apakah maksud bekerja jarak jauh?
Syarikat yang mengikuti model kerja jarak jauh jarang sekali, jika ada pun, memerlukan pekerja mereka untuk datang ke lokasi kerja pusat, seperti pejabat. Selagi anda mempunyai sambungan Internet yang baik, anda boleh bekerja sepenuh masa dari rumah, kedai kopi, pustaka—di mana-mana sahaja. Sebenarnya, dengan kawasan khas mudah alih pun anda boleh bekerja di kaki El Capitan atau di pantai Maui.
*Tidak ada isyarat langsung? Dengan akses dan penyelarasan luar talian, anda boleh memilih untuk menjadikan fail anda tersedia dalam Dropbox dengan mudah apabila anda tiada Wi-fi. Nyahpilih sahaja 'Dalam Talian Sahaja' untuk fail yang anda perlu akses di luar talian di mana-mana dan bila-bila masa anda memerlukannya.
Adakah bekerja jarak jauh sama dengan bekerja dari rumah?
Tidak. Jika bos anda berkata anda boleh bekerja dari rumah setiap hari Jumaat, anda masih perlu datang ke pejabat untuk hari bekerja yang selebihnya. Atau mungkin anda perlu memilih beberapa hari untuk bekerja dari rumah dalam seminggu. Anda masih perlu meluangkan kebanyakan minggu bekerja anda di pejabat—itulah realiti bekerja dari rumah. Pekerja jarak jauh pula, tidak pernah diminta untuk melaporkan diri di pejabat dan menjadi kebiasaan untuk mereka bekerja di luar tapak.
*Inginkan kerja jarak jauh? Cuba untuk mengambil pekerja jarak jauh? Ingatlah perkara ini: istilah "kerja dari rumah" ialah lima kali ganda lebih mungkin dicari berbanding "kerja jarak jauh." Pastikan huraian kerja menghuraikan jangkaan dengan jelas untuk datang ke pejabat.
Jadi, apakah kelebihan kerja jarak jauh?
Ada banyak. Cuba bayangkan begini, berapa lama perjalanan ulang-alik anda ke tempat kerja? Sejam? Tiga jam? Daripada duduk dalam kesesakan atau bersesak dalam kereta api, anda boleh makan sarapan yang sihat dan bersenam selama 30 minit. Pekerja jarak jauh dapat menghasilkan keseimbangan kehidupan kerja yang lebih baik, jadual yang lebih fleksibel dan kebebasan yang lebih besar untuk menentukan tempat dan cara mereka akan meluangkan masa lapang mereka.
Akan tetapi, adakah ini bagus untuk perniagaan? Pekerja jarak jauh yang diuruskan dengan baik adalah lebih produktif dan lebih gembira berbanding pekerja pejabat tradisional. Selain itu, kurang orang yang masuk ke pejabat bermakna majikan tidak memerlukan ruang pejabat yang banyak—atau tidak memerlukannya langsung—dan tiada lagi manfaat perjalanan ulang-alik yang lebih mahal.
Apakah pasukan teragih?
Organisasi dengan pasukan teragih mempunyai kumpulan pekerja yang tidak bekerja dari pejabat pusat. Pada dasarnya, semua orang ialah pekerja jarak jauh dan mungkin akan melaporkan kerja dari rumah atau beberapa pejabat satelit. Berita antarabangsa dan penerbitan pelancongan sudah biasa bekerja dengan model sebegini. Bayangkan, wartawan luar negara meliputi cerita dan menghantar cerita tersebut dari jauh kepada editor. Baru-baru ini, lebih banyak syarikat sedar akan manfaat tidak mempunyai bakat yang terikat pada lokasi tertentu.
Dengan struktur perniagaan sebegini, penting untuk anda bersedia sepenuhnya. Agak sukar untuk menguruskan pekerja merentasi zon masa. Dropbox mempunyai penyelesaian kepada masalah pasukan teragih. Ini merupakan sumber tunggal untuk fail pasukan anda, maka semua orang tahu tempat untuk mencari maklumat terkini—tiada sesiapa perlu menunggu jawapan daripada rakan sekerja yang berada dalam zon masa yang lain.