Skip to content (Press Enter)

Dua peranan, satu alat untuk memperkasa dan bekerjasama dengan klien

Simon Smith mengarang kisah yang menghiburkan, memberi pengajaran dan meraikan detik penting. Dropbox memberi kuasa kepada klien Simon untuk mengikuti dan menyumbang kepada perkembangan kisah unik mereka.

Cuba penyimpanan awan Dropbox
Lelaki berkulit hitam dan rambut perang dalam panggilan video dengan tiga wanita dan seorang lelaki

Oleh Simon Smith, Penerbit Audio di Voice Bubble dan Selebran Humanisme

Saya mempunyai dua peranan semasa dalam kerjaya profesional saya—penerbit audio dan selebran humanisme. Kedua-dua peranan ini memberi tumpuan pada cara suara dan kisah menyumbang kepada kreativiti, yang melibatkan berbilang pihak berkepentingan dan kolaborator. Dalam kedua-dua peranan, saya perlu memastikan bahawa kami mematuhi tarikh akhir dan semuanya lancar. 

Lebih kurang satu dekad yang lalu, saya mula menggunakan Dropbox untuk simpanan fail. Kemudian, saya mendapati bahawa Dropbox mempunyai lebih banyak manfaat daripada yang saya jangkakan. Dropbox memperkemas perjalanan kerjasama untuk saya dan klien saya, serta projek kami menjadi lebih baik. Berikut ialah cara Dropbox terus-menerus mengejutkan saya.

Lelaki di dalam studio rakaman di hadapan komputer; Main balik fail audio

Cabaran penerbit audio berkait rapat dengan simpanan fizikal

Salah satu peranan saya ialah penerbit audio untuk VoiceBubble, sebuah syarikat perniagaan suara alih dan bakat suara di UK. Kami menerbitkan pelbagai kandungan dalam talian, termasuk podcast, buku audio dan juga latihan dalam talian. Seperti yang boleh anda bayangkan, kerja ini menjana fail audio yang banyak. 

Apabila saya kekurangan ruang pada komputer saya, saya mula menggunakan cakera luaran. Walaupun cakera luaran adalah mudah, ia juga cenderung untuk gagal atau perlahan. Banyak projek saya perlu menepati masa, dan saya tidak boleh kehilangan apa-apa perkara—fail mahupun masa. Saya memerlukan alat yang lebih boleh dipercayai yang membolehkan saya bergerak dengan lebih cepat. Ketika itulah saya mula menggunakan Dropbox.

Salah satu ciri Dropbox kegemaran saya ialah pelarasan terpilih. Semua orang memerlukan akses kepada versi projek yang paling terkini, tetapi penyelarasan fail audio yang bersaiz 60–80 GB boleh memperlahankan peranti dan memakan ruang. Pelarasan terpilih membenarkan saya mengeluarkan folder Dropbox tertentu daripada cakera keras tempatan saya untuk menjimatkan ruang. Fail tersebut kekal tersimpan dalam awan, supaya saya masih dapat mengakses fail tersebut pada bila-bila masa. 

Manfaat Dropbox yang dijangka dan tidak dijangka

Dengan pantas saya sedar bahawa kegunaan Dropbox menjangkau simpanan fail. Saya tahu saya tidak perlu risau lagi tentang prestasi perlahan atau kekurangan ruang. Perkara yang saya tidak jangkakan adalah Dropbox dapat menambah baik komunikasi dan perkongsian media dengan banyak. 

Perkara yang benar-benar berguna untuk saya adalah dapat berkongsi media dengan klien dalam cara yang sangat mudah untuk mereka. Saya cuma menghantar pautan kepada mereka atau memberi mereka akses kepada folder, kemudian maklumkan kepada mereka, "Ini failnya," dan mereka boleh melihat media tersebut sebagai fail.

Dropbox menyediakan proses yang ringkas agar klien dapat mengakses fail, menyemak kandungan dan menyelaraskan perubahan. Saya boleh menghantar projek buku audio bab demi bab supaya klien mempunyai fleksibiliti untuk mendengar dan meninggalkan komen mengikut masa mereka berbanding menghantar semua sekali gus. Apabila saya membuat perubahan, saya boleh melihat arahan terperinci penyemak, yang boleh ditambah oleh mereka di tempat yang benar-benar memerlukan perubahan.

Komunikasi diperkemas ini telah membantu menggerakkan projek dengan lebih cepat. Dropbox mudah diakses daripada mana-mana peranti, dan oleh sebab semua orang boleh meninggalkan komen dan nota dalam Dropbox, kekeliruan dan salah komunikasi tentang edit berkurang. Semua orang lebih gembira dengan hasil akhir. Dan klien buku audio saya, seperti Nilgiri Press, menyukainya.

"Dalam projek terakhir kami, saya bersyukur kerana VoiceBubble menggunakan Dropbox untuk berkongsi fail audio dengan kami.

Kami sudah menggunakan Dropbox, jadi saya sudah terbiasa dengan antara mukanya, dan Dropbox adalah terbaik untuk perkongsian fail audio yang besar. Saya boleh mendengar daripada pelayar atau memuat turun fail — kedua-dua cara berfungsi dengan pantas dan mudah".

— Stephanie Mandel, Pengurus Bersama Penerbitan, Nilgiri Press
Kulit buku audio tertulis The Compassionate Universe dengan pokok sakura

Meraikan detik-detik kemanusiaan

Apabila saya tidak menerbitkan audio, saya memegang peranan sebagai selebran humanisme. Saya mencipta majlis dan upacara amal untuk orang yang tidak tergolong kepada agama atau kepercayaan tertentu. Sebagai sebahagian daripada kerja ini, saya menghasilkan dan berkongsi skrip dengan klien untuk mendapatkan maklum balas apabila mencipta upacara. Tidak lama selepas saya menyedari potensi Dropbox untuk kandungan audio, saya juga mula menggunakan platform ini dalam kerja humanisme saya.

Apabila saya berjumpa klien dan berbincang tentang perkara yang diingini dalam upacara mereka, saya sering mencatat nota tulisan tangan. Biasanya perbualan akan bersifat sangat intim kerana orang berkongsi butiran peribadi, dan dari situ, kami mencipta acara yang unik. Sebelum menggunakan Dropbox, saya dikelilingi timbunan kertas selepas perbualan sebegitu. Tetapi sekarang, saya boleh mengambil gambar nota saya dan memuat naik gambar ke Dropbox, tempat yang semua pihak terlibat boleh mengakses fail tersebut sepanjang proses. 

Baru-baru ini, saya mula menggunakan Dropbox Paper, yang memberi klien lebih kuasa dalam kerja itu sambil ia berkembang. Klien lebih suka untuk mengambil bahagian dan memberikan maklum balas. Dalam Paper, klien boleh mengedit bahagian dan menambah bahan lain, malah foto, dalam masa nyata. Hasilnya ialah proses yang lebih bersifat kerjasama yang membawa kepada upacara yang lebih diperibadikan dan kreatif. 

"Kerja audio saya dan juga kerja selebran saya, telah menjadi lebih bersifat kerjasama kerana projek tidak akan lengkap sehingga semua orang berkata ia siap, dan itulah maknanya evolusi yang baharu".

Lelaki bercakap di atas podium luar sambil sekumpulan tetamu mendengar

Ciri awan yang menggabungkan fleksibiliti dan keselamatan

Bekerja pada berbilang peranti telah menjadi norma, dan kini saya menggunakan Dropbox, saya boleh kekal cekap sambil bergerak dengan bebas. Oleh sebab semua perkara dalam awan, semua orang boleh mengakses fail yang mereka perlukan dari mana-mana jua. Walaupun saya hanya ada beberapa minit waktu terluang, saya boleh membuat perubahan kecil atau menyemak nota saya. 

Ini juga membantu apabila saya menghadapi rujukan. Saya mempunyai hampir 7,000 fail majlis dan upacara saya yang terdahulu. Tetapi apabila seseorang menghubungi saya dan menyebut tentang ucapan tertentu daripada acara pengebumian seorang rakan atau majlis perkahwinan saudara mereka, antara muka ringkas Dropbox membolehkan saya membuka fail pada masa itu juga. Saya boleh berhubung dengan orang secara pantas dan mula mengenal pasti kesukaan dan keutamaan mereka.

Orang mahukan seorang selebran yang boleh dipercayai. Memandangkan mereka mempercayai saya dengan maklumat peribadi yang kadangkala juga sensitif, saya boleh menjamin mereka bahawa Dropbox memenuhi keperluan penyulitan dan keselamatan data. Saya suka bahawa Dropbox tidak terlibat dengan isu kebimbangan privasi yang semakin menjadi-jadi dengan penyedia yang lebih besar. Oleh sebab saya membayar untuk perkhidmatan ini, saya rasa berkuasa ke atas kandungan itu, yang menjadikannya berfungsi dan terjamin.

Dropbox membolehkan saya menghubungi semula klien saya dalam masa beberapa jam berbanding beberapa hari, tanpa mengira perkara yang saya lakukan.

Cara yang moden untuk bekerjasama

Saya tidak lagi menggunakan e-mel—atau mel biasa—untuk berkongsi fail; saya lakukan segalanya dalam Dropbox. Sungguh menyegarkan untuk bekerja dengan produk yang berkembang mengikut keperluan saya, dan klien saya menghargainya kerana ia memberikan rasa pemilikan yang lebih hebat kepada mereka. Semua orang memahami perkara yang sama dengan lebih cepat daripada sebelum ini.

Semua orang perlu meneroka cara baharu untuk bekerja, yang melibatkan penyelesaian baharu dan sedia ada. Dalam kes saya, proses ini membawa manfaat yang hebat untuk perniagaan saya, sama ada untuk peranan penerbitan atau peranan selebran saya.