Apl produktiviti terbaik untuk pengurusan masa dan tugas
Pada ketika kita sangat mudah rasa terganggu, kita memerlukan alat yang membantu produktiviti secara peribadi dan secara profesional. Pada hari ini, terdapat sangat banyak apl yang mengaku boleh melakukan perkara sebegitu, namun membuat pilihan apl terbaik sendiri merupakan sejenis gangguan.
Sama ada anda memerlukan bantuan menguruskan aliran kerja, masa atau tumpuan, apl di bawah ialah alatan untuk menggalak produktiviti untuk kegunaan profesional dan peribadi.
Kebanyakan apl ini menawarkan versi percuma bersama alternatif berbayar dengan ciri-ciri tambahan, jadi perlu diingat bahawa sesetengah ciri yang diterangkan adalah berbayar.
1. Zapier (apl web, sambungan pelayar)
Walaupun senarai ini kebanyakannya merangkumi apl produktiviti percuma untuk iPhone, Android dan desktop, Zapier wujud hanya sebagai apl web dan sambungan Chrome.
Zapier sebenarnya bukan sebuah apl. Zapier ialah sebuah pelantar automasi yang mengalihkan maklumat antara apl yang anda gunakan setiap hari, supaya anda boleh jimatkan masa, kurangkan masa kerja yang rumit dan tumpukan pada kerja anda yang paling penting. Aliran kerja berautomasi Zapier digelar **Zaps** dan anda boleh sama ada mencipta Zap dari awal atau pilih daripada pustaka templat yang sudah dibuat—tidak memerlukan kod.
Dengan Zapier, anda boleh menyambungkan Dropbox ke ribuan apl paling popular untuk menggalakkan produktiviti. Berikut ialah beberapa idea untuk anda bermula:
- Simpan lampiran e-mel baru ke Dropbox
- Muat naik video yang disimpan di Dropbox ke YouTube serta-merta
- Tambah baris baru ke Google Sheet untuk setiap muat naik Dropbox baharu
- Sandarkan e-mel yang masuk sebagai fail pada Dropbox
2. Trello (iOS, Android, apl web)
Trello menjadikan pengurusan kerja ringkas, mudah difahami dan menarik dengan membolehkan anda untuk mengatur dan mengutamakan projek dalam cara yang menyeronokkan, fleksibel dan bermanfaat. Papan, senarai dan kad intuitif Trello memudahkan mengatur idea dan menjejak perkembangan.
Contohnya, katakan pasukan Pemasaran anda sedang menguruskan kalendar editorial mereka di Trello. Mereka boleh mencipta senarai untuk setiap langkah dalam proses itu seperti "Idea", "Menulis", "Mengedit" dan "Diterbitkan", dan kemudian tambah kad ke setiap artikel. Kad boleh ditugaskan kepada ahli pasukan, termasuk tarikh untuk setiap langkah proses selesai, dan semua lampiran untuk fail Dropbox dan fail Dropbox Paper. Tindakan ini memastikan semua perkara teratur di satu lokasi pusat supaya anda tidak perlu menyelongkar rantaian e-mel berjela-jela bagi menyiapkan urusan anda.
Sudah tentu, itu baru permulaan. Fleksibiliti Trello bermaksud Trello boleh disesuaikan untuk mana-mana pasukan. Tambahan lagi, dengan lebih 150+ integrasi ke apl dan perkhidmatan kegemaran anda dengan Power-Ups dan automasi terbina dalam, menjadikan Trello sebagai pusat produktiviti untuk pasukan di mana-mana.
Integrasikan akaun Dropbox anda dengan Trellountuk melampirkan fail dan folder ke kad Trello secara langsung daripada Dropbox, pratonton fail Dropbox yang dilampirkan tanpa meninggalkan Trello, dan melakukan aktiviti Trello untuk sebarang fail Dropbox yang dilampirkan ditunjukkan terus dalam Dropbox.
3. Slack (macOS, Windows, Linux, iOS, Android, apl web, sambungan pelayar)
Slack sudah lama menjadi penjana produktiviti, disebut-sebut oleh syarikat besar sebagai penyelesaian semua dalam satu yang penting untuk memudahkan kerjasama pasukan yang produktif dan cekap.
Cipta saluran untuk pasukan dan projek serta nikmati alat dikhususkan untuk meningkatkan kerjasama. Saluran bukan hanya melancarkan komunikasi secara dalaman malah membenarkan anda untuk bekerjasama dengan rakan niaga di luar syarikat anda, termasuk klien, rakan niaga atau penyedia perkhidmatan, servis.
Membolehkan komunikasi yang lancar untuk pasukan bekerja dari jauh, pada Slack, anda boleh membuat panggilan suara dan video, mencipta saluran untuk projek, kongsi skrin dan hantar fail dengan mudah—supaya semua perkara boleh berlaku dalam sebuah aplikasi menyeluruh.
Sambungan apl yang lancar membolehkan anda mengintegrasikan akaun Dropbox anda dengan Slack untuk memulakan perbualan Slack dalam Dropbox, menghantar fail terus ke Slack daripada Dropbox dengan mengklik butang dan menyelaraskan fail Dropbox Paper agar anda dapat mengirim, pratonton dan mengedit terus dalam Slack.
4. Asana (Sambungan pelayar, iOS, Android)
Asana memudahkan produktiviti dengan julat besar alatan pengurusan kerja, membantu anda melihat projek dari mula hingga selesai dengan ciri-ciri yang menyokong penjejakan, komunikasi, pengurusan pasukan dan banyak lagi.
Dalam Asana, anda boleh mencipta kumpulan berbeza untuk setiap pasukan atau jabatan dalam perniagaan anda. Kemudian, cipta projek dan dalam projek tersebut anda boleh menambah tugas dan subtugas serta tempoh masa atau tarikh akhir untuk setiap tugas. Anda boleh memberikan tugas dan projek kepada pasukan atau individu khusus, komen pada tugas dengan maklumat atau arahan tambahan dan tambah ahli pasukan lain sebagai pengikut supaya mereka dimaklumkan tentang sebarang kemas kini.
Tambah batu penanda supaya matlamat projek sentiasa jelas, kebergantungan supaya semua orang tahu tugas yang mesti diselesaikan agar orang lain dapat memulakan, garis masa supaya gambaran keseluruhan projek mudah diakses dan dianalisis, serta banyak lagi.
Itu ialah ringkasan mudah yang Astana tawarkan, tetapi terdapat banyak lagi ciri-ciri rumit dan intuitif dalam apl itu yang menjadikan pengurusan projek lancar. Daripada menjejak masa kepada pemeriksaan kepada penjadualan kepada mencatat nota, Astana merangkumi semua asas.
Apabila anda menyambungkan Asana dengan Dropbox, anda boleh melampirkan dan berkongsi fail Dropbox secara langsung melalui Angsana, menjadikan proses lebih cekap.
5. HelloSign (apl web, API, iOS, Android)
Sudah berlalu hari-hari dokumen perlu dicetak, ditandatangan, diimbas dan dihantar ke penandatangan seterusnya. HelloSign, sebuah Syarikat Dropbox, membenarkan anda menandatangan dokumen secara digital, menjimatkan banyak masa anda dan memudahkan proses, yang sangat berguna pada hari ini kerana tidak mungkin setiap penandatangan berada dalam satu ruang kerja yang sama.
Anda boleh menggunakan HelloSign untuk sebarang dokumen, sama ada NDA, perjanjian penyewaan atau kontrak pekerjaan. Dengan 17 jenis fail yang diterima, anda boleh menghantar hampir dokumen yang memerlukan tandatangan melalui HelloSign. E-tandatangan di HelloSign adalah sah di sisi undang-undang dan disulitkan secara ketat, supaya anda yakin bahawa semua adalah sah dan data peribadi anda selamat.
Anda boleh menghantar permintaan secara banyak, sama ada dalam susunan tertentu supaya seorang demi seorang menandatangan dokumen atau dokumen ditandatangan secara serentak. Penerima hanya perlu log masuk, membaca dokumen, menambah tandatangan elektronik mereka dan dokumen anda dikembalikan secara automatik kepada anda, ditandatangan, dimeterai dan dihantar serta-merta.
Terus memperkemaskan proses dengan mencipta atau menggunakan templat sedia ada dan menambah logo dan penjenamaan tersuai dengan mengklik butang.
Alat pengurusan pasukan membenarkan anda untuk memberikan akses kepada kumpulan atau individu berbeza, menetapkan penandatangan pilihan, wajib dan CC, menyediakan peringatan untuk memastikan semua fail ditandatangan tepat pada masanya, dan banyak lagi.
Dengan sambungan HelloSign untuk Dropbox, anda boleh menghantar dokumen untuk tandatangan terus daripada Dropbox sendiri dan setelah dokumen ditandatangan, dokumen akan disimpan dalam Dropbox anda secara automatik.
6. Dropbox Passwords (Sambungan Pelayar, macOS, Windows, iOS, Android)
Kita akan menjimatkan banyak masa jika kita tidak perlu sentiasa mengingati kata laluan untuk pelbagai akaun yang kita perlu log masuk dalam kehidupan profesional dan peribadi kita. Sangat mudah untuk terlupa kata laluan—terutamanya pada masa kini apabila kita mempunyai terlalu banyak kata laluan, yang juga memerlukan kemaskinian secara berkala.
Dropbox Passwords ialah apl pengurusan kata laluan baru yang hebat. Walaupun agak menakutkan untuk menyimpan semua kata laluan anda di satu tempat, data peribadi anda disulitkan dengan kukuh dan sangat selamat, hanya anda yang dapat mengaksesnya. Kata laluan memberikan lapisan perlindungan tambahan untuk menjamin keselamatan maklumat peribadi dalam talian.
Tambahkan akaun ke Dropbox Passwords dengan nama pengguna, kata laluan dan maklumat lain yang anda perlu ingat atau import fail CSV dengan semua akaun anda sekaligus. Dropbox Passwords juga boleh menjana kata laluan yang kukuh untuk anda, supaya apabila tiba masanya untuk kemas kini kata laluan, anda tidak perlu bimbang. Anda boleh mencipta profil untuk kad kredit bagi membeli-belah dalam talian yang mudah dan pantas, dan tambah data luar talian seperti kod pagar, preskripsi dan kata laluan Wi-Fi.
Apl ini menyimpan kata laluan anda dengan selamat dan semasa anda masuk ke mana-mana akaun yang anda telah tambah, apl akan mengisi medan log masuk secara automatik untuk anda.
Setelah semua ini disediakan, pemberitahuan pelanggaran kata laluan boleh didayakan untuk memberikan pelindung fail tambahan.
Sekiranya berlaku pelanggaran, pengguna Dropbox Passwords akan menerima makluman apabila butiran akaun mereka berisiko, dengan arahan tentang cara untuk bertindak balas dengan cepat terhadap penipuan, kecurian dan pelanggaran keselamatan.
7. IFTTT (peranti Android dan iOS sahaja)
IFTTT merupakan sebuah apl produktiviti yang intuitif. Apl ini akan menjadi produktif bagi pihak anda.
IFTTT mewujudkan fungsi bersyarat yang diautomasikan berdasarkan pada model "Jika Ini Kemudian Itu". Dengan "Applet", prabina IFTTT, jika satu perkara berlaku di satu tempat, kemudian tindakan khusus akan diambil di tempat lain, serupa seperti Zapier, tetapi lebih ringkas.
Contohnya, anda boleh menambahkan lagu daripada Youtube secara automatik ke senarai main Spotify setiap kali anda "suka" video. Integrasikan IFTTT dengan teknologi rumah pintar supaya anda boleh, contohnya, menghidupkan pemanas rumah anda semasa anda dalam perjalanan pulang. Setiap kali anda ditag dalam foto Facebook, IFTTT boleh menyimpan foto tersebut ke Dropbox.
Tahap automasi ini pasti meningkatkan produktiviti, menguruskan tugas tanpa anda perlu membuang masa dan sumber yang bernilai.
IFTTT berfungsi dengan banyak peranti dan apl mudah alih rumah pintar yang Zapier tidak sokong, dan sebaliknya, serta mempunyai fungsi pada telefon pintar yang lebih baik manakala Zapier banyak berfungsi pada desktop, jadi kedua-dua apl berguna dalam cara tersendiri.
Menggunakan Dropbox untuk membantu produktiviti
Dropbox juga merupakan penggalak produktiviti, dengan alat yang memudahkan pengurusan projek, pengurusan fail dan usaha sama jarak jauh. Dengan Dropbox, anda boleh membawa mana-mana projek daripada peringkat strategi awal ke pengeluaran ke maklum balas dan selebihnya—semua di satu tempat.
Gunakan apl percuma pada mana-mana peranti—Apple, Microsoft atau lain-lain—untuk mengakses, mengedit dan mengurus kerja anda dari mana-mana sambil memastikan keselamatan data anda. Cipta rancangan projek, senarai tugasan, catat nota, tinggalkan maklum balas masa nyata pastikan pihak berkepentingan sentiasa termaklum dengan kepelbagaian komunikasi dan alat kerjasama Dropbox.
Semua apl produktiviti yang disebutkan di atas boleh diintegrasikan secara mudah dengan akaun Dropbox anda. Ini bermaksud anda benar-benar boleh memperkemaskan aliran kerja, meningkatkan kebolehlihatan dan kecekapan yang kelak akan menggalakkan produktiviti tempat kerja.