Skip to content (Press Enter)

Cara untuk melindungi maklumat peribadi dalam talian

Dalam dunia digital ini dengan ancaman yang tidak berkesudahan mengintai dalam talian, berikut ialah petua terbaik kami tentang cara anda boleh memastikan maklumat peribadi anda selamat.

Terokai Dropbox Passwords
Seseorang memasukkan kata laluan mereka untuk melog masuk ke komputer riba

Memang mudah untuk mengatakan anda perlu "melindungi maklumat peribadi anda dalam talian", tetapi apakah maksudnya? Kami telah mengumpulkan panduan ini supaya anda tahu perkara yang perlu dicari: kebocoran data yang biasa berlaku, pemain yang akan cuba mengeksploitasi maklumat anda dan cara terbaik untuk melindungi diri anda. Daripada pengurusan kata laluan, seperti Dropbox Passwords, kepada penyimpanan awan yang disulitkan dua lapisan, seperti Vault, Dropbox mempunyai banyak pilihan tersedia untuk memastikan anda tidak akan mengalami situasi yang data anda digunakan terhadap anda.

Mari kita mulakan dengan yang asas: Apakah itu data PII?

Maklumat yang Boleh Dikenal Pasti Secara Peribadi atau PII ialah istilah yang diberikan kepada sebarang data yang boleh mengenal pasti orang secara khusus. Alamat, e-mel dan nombor telefon anda dikira sebagai data PII secara asasnya, tetapi anda juga perlu sedar akan lebih banyak maklumat yang tersembunyi. Misalnya, alamat IP, peranti log masuk dan halaman media sosial yang menjejak aktiviti anda. Selain itu, dengan peningkatan penggunaan ID wajah dan cap jari, anda boleh menambah data biometrik pada senarai maklumat yang anda ada dalam talian.

Walaupun anda berusaha sedaya-upaya, namun anda tidak dapat mengelak daripada berkongsi maklumat peribadi di Internet. Daripada memesan sesuatu di laman web beli-belah kepada berkongsi foto atau maklumat sensitif dengan keluarga anda, mengetahui cara melindungi data anda adalah penting.

Risiko maklumat peribadi dalam talian

Dengan 1 daripada 10 orang rakyat Amerika menjadi mangsa penipuan identiti setiap tahun, jenayah siber menjadi semakin berleluasa apabila aspek tambahan dalam kehidupan kita beralih dalam talian. Berikut merupakan beberapa ancaman utama yang kita semua hadapi:

Broker data

Pada ketika ini, anda mungkin telah diberikan iklan yang disasarkan untuk sesuatu yang anda sangat yakin anda tidak pernah cari tetapi hanya bercakap atau berfikir tentang perkara itu. Iklan yang disesuaikan dengan sempurna seperti ini berlaku kerana broker data telah mencari dan menyaring sejumlah besar maklumat tentang anda dan menjual data tersebut kepada syarikat. Walaupun syarikat iklan lebih berminat dengan usia, jantina dan pendapatan boleh guna berbanding alamat atau nombor telefon anda, mereka masih menggunakan maklumat ini untuk menyasarkan profil pelanggan tertentu.

Kecurian identiti

Terdapat pelbagai tahap pencurian identiti yang boleh berlaku. Contoh lazim termasuk menggunakan maklumat anda untuk mendaftar bagi mendapatkan kad kredit atau meniru anda, memeras ugut anda atau seseorang yang anda kenali atau menggunakan imej anda dalam ugutan emosi terhadap orang lain. Lebih mengejutkan lagi, ancaman kecurian ID adalah membimbangkan dari saat anda diberikan nombor keselamatan sosial dan angka yang menunjukkan bahawa jenis jenayah siber sebegini semakin meningkat.

Pemancingan data

Pemancingan data ialah penipuan yang melibatkan seseorang menghubungi anda, menyamar sebagai perniagaan, institusi kewangan atau badan kerajaan yang sah. Biasanya, penipu menggunakan pemancingan data untuk cuba mendapatkan nombor akaun bank atau butiran log masuk. Contoh mudah pemancingan data ialah seorang putera atau orang kenamaan luar negara memerlukan akses kepada akaun AS asli untuk mendapatkan "simpanan." Walaupun versi ini sudah menjadi bahan gurauan, namun penipuan ini telah menjadi semakin canggih dan penjenayah siber hanya memerlukan alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih anda untuk memulakan serangan mereka.

Apakah yang boleh dilakukan oleh penjenayah siber dengan maklumat peribadi saya?

Selain daripada perkara di atas yang mana maklumat anda akan dijual, digunakan secara palsu atau digunakan terhadap anda, penggodam dan pencuri dalam talian juga boleh:

  • Membeli barang dalam talian menggunakan nombor kad kredit
  • Memohon pinjaman yang boleh memburukkan kredit anda
  • Menghampiri kenalan anda dengan cara menipu dan meminta wang
  • Mengambil alih akaun anda dan menghalang anda daripada akses/memeras ugut anda

Cara untuk melindungi maklumat anda dalam talian

Bergantung pada platform, terdapat beberapa cara berbeza untuk memastikan maklumat anda selamat dan meningkatkan keselamatan siber anda:

Dalam e-mel

Apabila menyediakan akaun e-mel baharu, jangan berikan maklumat penting dalam alamat anda, walaupun ia telah menjadi kebiasaan. Sebagai contoh, mudah untuk mengetahui bahawa johndoe90@mail.com ialah alamat e-mel John Doe, yang dilahirkan pada tahun 1990. 

Jika boleh, jangan hantar maklumat dan dokumen penting melalui e-mel. Sebaliknya, simpan maklumat dan dokumen tersebut dalam penyimpanan awan yang selamat seperti Dropbox dan hantarkan pautan kongsian ke fail tersebut

Jangan sekali-kali membuka e-mel atau mengklik pautan jika anda tidak pasti pengirim e-mel tersebut, dan jangan sekali-kali memuat turun sebarang lampiran. Jika sebuah organisasi rasmi menghantar e-mel kepada anda meminta anda untuk memuat turun sesuatu atau berkongsi maklumat, anda harus menghubungi mereka secara langsung untuk mengesahkan permintaan ini—Kebanyakannya tidak menghantar e-mel sebagai langkah pertama surat-menyurat.

Dalam media sosial

Platform media sosial sering kali menjadi titik lemah apabila hadir dalam talian sesiapa pun. Imbasan sepintas lalu akan mendedahkan segala jenis maklumat peribadi, daripada lokasi dan usia anda sehinggalah kerja, jam bekerja anda dan juga waktu anda bercuti—yang boleh menyebabkan anda menjadi sasaran pecah masuk.

Pastikan anda tahu akan semua tetapan privasi data pada akaun anda dan tetapkan akaun kepada peribadi seboleh yang mungkin. Jika ini tidak boleh dilakukan, pastikan anda tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat—sebagai contoh, anda boleh memuat naik gambar percutian selepas anda pulang bercuti. 

Jangan tunjukkan sebarang maklumat sensitif dalam swafoto dan foto anda. Anda pasti akan terkejut apabila mendapati bahawa penjenayah sangat tekad dan berkebolehan dalam mencari maklumat anda menggunakan cara sebegini.

Menyimpan dan berkongsi foto anda dengan perkhidmatan awan seperti Dropbox memastikan tiada sesiapa yang tidak mempunyai kebenaran akan melihat foto itu. Di samping itu, menyusun semua gambar anda dalam awan mempunyai faedah tambahan dengan memberi anda masa untuk mengedit dan memilih kegemaran anda sebelum berkongsi gambar tersebut dengan dunia. Ingin mengalih keluar foto yang telah anda muat naik ke Facebook tetapi tidak mahu foto itu hilang buat selama-lamanya? Menggunakan alat pemindahan data Facebook, anda boleh mengimport foto dan video anda daripada Facebook ke akaun Dropbox anda.

Apabila menggunakan kad kredit atau debit dalam talian

Semua orang mempunyai kedai dalam talian kegemaran yang kerap mereka guna dan menaip butiran anda setiap kali membeli-belah boleh meletihkan anda, tetapi usaha ini berbaloi. Jika anda menyimpan butiran kad anda dalam talian, penjenayah hanya memerlukan e-mel dan kata laluan anda untuk mengawal kewangan anda dengan bebas. Perkara yang sama juga terpakai pada pelayar web—jika anda menyimpan butiran kad anda dalam pelayar, maka sesiapa sahaja yang masuk ke profil pelayar anda akan dapat mengakses butiran tersebut.

Jika anda perlu menggunakan kad anda dalam talian untuk membeli atau menempah sesuatu, semak jika bank anda menawarkan langkah tambahan untuk keselamatan. Langkah berjaga-jaga yang mudah dan berkesan, seperti pengesahan berbilang faktor, mungkin tersedia. Ini adalah apabila nombor pengguna unik atau proses log masuk berbilang peranti diperlukan sebagai tambahan kepada kata laluan. Dengan cara ini, walaupun penjenayah berjaya mendapatkan kata laluan, nombor telefon, tarikh lahir anda, dll., mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan mereka juga memiliki telefon anda.

Jika anda inginkan kemudahan menyimpan maklumat sensitif dalam talian, penyelesaian yang mudah dan selamat ialah menyimpan segala-galanya dalam Dropbox Vault. Vault ialah folder yang dilindungi PIN dalam akaun Dropbox anda yang boleh anda akses pada bila-bila masa dan daripada sebarang peranti. Ia merupakan tempat yang bagus untuk menyimpan rekod perubatan seperti kad vaksinasi, dokumen kewangan, kertas kerja undang-undang dan banyak lagi.

Dengan kata laluan

Walaupun sukar untuk dilakukan, namun cuba sedaya-upaya untuk tidak menggunakan kata laluan yang sama bagi semua akaun anda. Memang sukar untuk kita mengingati banyak kata laluan kukuh yang berbeza, tetapi ia perlu, terutamanya untuk akaun e-mel dan sebarang laman yang menggunakan butiran kad kredit anda. Jadi terlebih dahulu, semak kata laluan sedia ada anda untuk memastikan anda benar-benar selamat. Dropbox Passwords didatangkan dengan penyemak kata laluan dalam talian terbina dalam, menjadikannya mudah untuk menilai tahap keselamatan kata laluan anda daripada "Lemah" hingga ke "Sangat Kukuh". Anda juga boleh meminta alat untuk menjana kata laluan selamat secara automatik untuk anda.

Seterusnya, mudahkan untuk melindungi diri anda daripada penggodam dengan menggunakan pengurus kata laluan seperti Dropbox Passwords untuk log masuk dengan selamat pada semua peranti dan platform anda. Kata laluan mencipta dan menyimpan kata laluan unik untuk semua log masuk anda, jadi anda tidak perlu risau tentang mengingati apa-apa atau seseorang yang mendapat akses kepada akaun anda.

Setelah anda mengambil langkah-langkah untuk melindungi kata laluan anda, anda boleh menambah lapisan keselamatan terakhir dengan pemberitahuan pelanggaran kata laluan Dropbox. Sekiranya berlaku pelanggaran, Dropbox Passwords akan menghantar makluman segera kepada anda, dengan arahan terperinci tentang cara untuk bertindak balas dengan cepat terhadap penipuan, kecurian dan pelanggaran keselamatan.

Buat sandaran

Mungkin anda termuat turun lampiran atau menurunkan tahap keselamatan anda secara tidak sengaja dan sejenis perisian tebusan atau perisian perosak telah menceroboh PC anda. Perisian tebusan ialah virus yang menyekat akses kepada fail anda, dan penyerang hanya akan memulihkan akses tersebut jika anda membayar tebusan—berbuat demikian sangatlah tidak digalakkan oleh FBI.

Walaupun terdapat program yang boleh menghapuskan virus asal daripada PC anda, namun ada kemungkinan bahawa anda mungkin tidak dapat memulihkan fail anda. Walau bagaimanapun, jika anda membuat sandaran menggunakan penyelesaian sandaran fail awan selamat seperti Dropbox, fail anda masih boleh diakses dan selamat.

Ambil tindakan

Kini, setelah anda dimaklumkan tentang risiko dan dilengkapkan dengan alat yang diperlukan untuk melindungi diri anda, tiba masanya untuk mengambil tindakan! Mujurlah, kini lebih mudah untuk anda bermula. Sudah tentu, untuk mengubah tabiat dalam talian, anda akan mengambil sedikit masa dan usaha tetapi menggunakan penyimpanan awan yang selamat atau pengurus kata laluan adalah cara mudah untuk menjadikan anda lebih selamat.

Terokai cara yang lebih baik untuk bekerja bersama.

Bermula dengan Dropbox