Hundred House Coffee

Produk yang unggul dan pengalaman pelanggan merupakan kekuatan empayar teh yang semakin berkembang ini. Pasukan pendidikan merealisasikan perkara ini dengan Dropbox.
Oleh Jieun Lee, Ahli Pasukan Perkhidmatan Pendidikan
Teh ialah minuman antarabangsa, kaya dengan adat, ritual dan kaedah bru yang berbeza mengikut budaya. Namun, tidak kira cara anda menikmati minuman tersebut, teh mesti diperoleh, disediakan dan dihidangkan dengan teliti. Ini merupakan prinsip panduan di sebalik jenama Gong Cha, salah satu jenama teh yang paling dikenali di dunia. 'Gong Cha' ialah frasa bahasa Cina yang bermaksud ‘menawarkan teh terbaik kepada maharaja berbanding semua harta benda’, dan etos ini diterapkan ke dalam produk dan khidmat pelanggan kami.
Nama saya Jieun Lee dan saya menjalankan program latihan antarabangsa kami. Pasukan saya yang berpangkalan di Seoul, mendidik pemilik dan pekerja francais kami tentang cara menyediakan produk teh, mengendali dan menyelenggarakan peralatan, menyediakan khidmat pelanggan dan mengurus kedai kami. Saya tahu kami boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti program latihan kami serta menjejak kemajuan dan memberikan maklum balas dengan berkembang ke dalam e-pembelajaran. Apabila 2020 tiba, kami memiliki motivasi yang kami perlukan untuk mempercepatkan program ini.
Pelancaran inisiatif e-pembelajaran memerlukan lebih daripada sekadar momentum dan pasukan pakar yang berdedikasi. Kami perlu mengurangkan fail yang berselerak, mempercepatkan penghantaran fail dan memperkemas alat perkongsian fail kami.
Pasukan kami, berada di serata pejabat di Korea, kami perlu berkongsi fail dan bekerjasama dengan kontraktor yang mengumpulkan bahan latihan kami. Berkongsi dokumen pengurusan projek dan video bersaiz besar serta fail HTML melalui e-mel memakan masa dan rumit. Menyandarkan segala-galanya pada pemacu keras luaran memerlukan orang yang berdedikasi untuk menyelia pengurusan fail dan kawalan versi. Proses ini tidak cekap dan kompleks. Kami tahu mengalihkan segala-galanya ke awan merupakan pilihan terbaik, tetapi sesetengah penyelesaian penyimpanan awan terasa sama rumitnya dengan aliran kerja kami yang sedia ada. Akhirnya, kami menemukan Dropbox.
Dropbox menawarkan semua yang kami perlukan: pemindahan fail berkelajuan tinggi, versi dan alat memberikan komen yang mantap, serta kebenaran dan pengurusan keselamatan yang komprehensif. Dropbox memiliki antara muka yang mudah dan intuitif yang dapat dikuasai oleh kakitangan kami dengan latihan yang minimum. Berikut ialah semua yang kami perlukan untuk mempercepatkan pelancaran platform e-pembelajaran kami.
Dropbox memperkemas persediaan prapelancaran dan operasi pascapelancaran kami.
Dropbox memudahkan penciptaan kandungan, komunikasi dan aliran kerja antara pasukan dalaman dan luaran pada peringkat antarabangsa. Ini membolehkan kami memuat naik dan menjejak fail beberapa kali sehari, seterusnya meningkatkan tumpuan dan kecekapan pasukan kami. Semua orang boleh mengakses bahan dengan usaha yang minimum, walau di mana jua mereka bekerja.
Dengan bantuan Dropbox, kami membangunkan apl e-pembelajaran yang dilancarkan pada bulan Jun 2020. Apl ini merangkumi video latihan tentang operasi, khidmat pelanggan, pengurusan kebersihan dan resipi minuman terbaru. Apl ini turut menyediakan bahan pemasaran, alat pengurusan lesen dan saluran komunikasi yang menghubungkan ibu pejabat kami di Korea dengan penerima francais kami. Ini merupakan alat komprehensif yang memenuhi keperluan pekerja kami pada peringkat francais, daripada pemilik-pengendali sehingga pekerja barisan hadapan. Pada tahun 2022, kami akan menambah arahan strim secara langsung dan pemberitahuan tolak untuk mengingatkan pekerja dan penerima francais agar memperbaharui kelayakan, sijil dan perjanjian pelesenan mereka, ini akan mengurangkan kerja pentadbiran dan kemungkinan ralat.
Kejayaan pelancaran apl e-pembelajaran kami menarik minat pasukan lain di ibu pejabat Gong Cha dan menunjukkan impak Dropbox terhadap operasi harian kepada mereka. Kini pasukan IT kami menggunakan Dropbox untuk bekerjasama dengan pembekal berhubung pelaksanaan dan pasukan khidmat pelanggan kami telah menerima Dropbox sebagai alat kerjasama dan perkongsian fail jarak jauh.
Saya berasa bangga kerana pasukan saya telah mentransformasikan latihan di Gong Cha dan memberikan inspirasi kepada rakan sekerja kami di jabatan lain untuk menggunakan Dropbox.