Skip to content (Press Enter)

Pengajaran daripada kehidupan kerja dari mana-mana sahaja

Apabila mereka tidak mengembara di dunia untuk menghasilkan projek filem dan fotografi, pasangan yang kreatif ini tinggal dan bekerja di pedalaman hutan Kanada. Teknologi membolehkan Angela Hartwick dan suaminya Daryl Visscher untuk mencipta dan bekerjasama secara lancar daripada pelosok dunia mereka tersendiri.

Bekerja dari rumah di atas katil
Niat diperlukan untuk membentuk perasaan di rumah semasa menjalani gaya hidup nomad digital. Bagi pengasas Hartwick Creative, ini dicipta dengan membawa sesuatu yang rapat dengan mereka di mana-mana sahaja mereka mengembara. Penulis dan pengarah Angela Hartwick serta suaminya yang merupakan jurugambar, Daryl Visscher mengembara dengan komputer riba, peralatan kamera digital mereka dan banyak tekstil yang membantu menjadikan mana-mana ruang kerja terasa lebih diinspirasi. "Tanpa mengira di mana-mana jua kami berada, kami sentiasa membawa kaftan atau sehelai kain yang boleh dijadikan pelindung matahari atau alas tempat duduk," ujar Angela. "Kami membuat ruang yang kami perlukan, di tempat yang kami perlukan."
Angela Hartwick bekerja dari hotel Barcelona

Hasil gambar dan video mereka termasuklah kempen dan kerjasama berjenama, pustaka imej, dokumentari dan inisiatif pendidikan bagi beberapa jenama terkemuka di dunia seperti Volkswagen, Lufthansa, MTV, Marriott Hotels dan General Electric. Setelah menetap di Eropah dan Asia bertahun-tahun lamanya, kini, Angela dan Daryl tinggal dalam kabin terpencil di hutan Kanada apabila mereka tidak mengembara atau membuat penggambaran.

Mereka membina kediaman dan ibu pejabat dalam pondok di British Columbia, yang mana pasar raya paling hampir mempunyai jarak tiga jam perjalanan dan tenaga elektrik dibekalkan oleh enam panel suria dan lapan bateri. Angela dan Darryl berhubung dengan klien mereka melalui Internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang disampaikan melalui menara di puncak gunung dan pengulang yang menggunakan tenaga angin dan suria.

Pada teras kerja kreatif mereka, Dropbox memastikan projek mereka diperkemaskan, tersusun dan boleh diakses dari mana-mana sahaja. "Teknologi digital adalah sebahagian besar daripada kerja dan kehidupan kami," ujar Angela. "Kebolehan untuk menggerakkan fail — imej, video atau apa-apa fail yang kami usahakan, adalah sangat penting dengan perkara yang kami lakukan. Saya boleh memperhalusi dan mengatur semua aset, idea dan rujukan saya sebelum berkongsi projek dengan klien serta pada masa yang sama, menyampaikan kemas kini kepada mereka. Dropbox ialah alat yang sangat diperlukan."

Persidangan video dengan klien

Penugasan RFP sering timbul semasa Angela dan Daryl berada di luar negara, menghasilkan projek lain. "Kami sering bergurau bahawa kami cuma perlu menempah kerja di Timur untuk terbang ke Barat atau sebaliknya," seloroh Angela. "Apabila hal sebegitu berlaku, kami akan menyewa Airbnb atau mendaftar masuk ke hotel dan bekerja bagi hari-hari yang perlu kita tumpukan pada projek. Kami buat semua itu dalam talian, daripada menempah tempat kepada menyelidik sehinggalah membentangkan penyelesaian kepada klien kami. Kami benar-benar menggabungkan mobiliti dalam cara kami bekerja."

Berikut merupakan nasihat Angela untuk menjadikan kehidupan bekerja dari mana-mana jua lebih baik:

Jadikan tempat anda berada sekarang bagaikan rumah.

"Kembara tanpa banyak barang, dengan barang yang mempunyai pelbagai kegunaan. Tekstil adalah ringan dan boleh digunakan dengan pelbagai cara — sebagai skaf pada hari yang sejuk, selimut pantai atau lapik meja.  Kain yang kecil itu ada banyak kegunaannya."

Gabungkan kerja anda untuk mengagihkan lokasi anda.

"Cipta titik pusat dalam talian yang mana semua kerja anda ditempatkan. Bagi kami, laman web kami — biodata kami menjelaskan cara kami bekerja, kami sentiasa mengemas kini laman web dengan projek baharu, mencipta halaman bahagian belakang untuk pembentangan klien dan pautan ke akaun sosial kami pada halaman hubungan. Dengan cara itu, persembahan kerja kami adalah konsisten, tanpa mengira di mana-mana kami berada."

Kemapanan boleh membawa maksud pertumbuhan yang berterusan.

"Bagi kami, kemapanan dari segi alam sekitar dan kewangan adalah teras bagi semua pilihan kami. Saya rasa ini telah membantu menghasilkan kestabilan dalam gaya hidup yang sangat fleksibel. Kesederhanaan memberi anda kebebasan yang tidak boleh dipandang remeh."

Bawa klien bersama dalam perjalanan anda.

"Hampir setiap projek yang kami usahakan terhasil daripada sesuatu yang kami tulis atau melibatkan kami dari awal konsep, maka apabila tiba masa untuk melaksanakannya, kami telah mengelilingi dunia dan kembali. Secara umumnya, klien kami sejajar dengan pandangan dunia kami dan menghargai konteks yang kami bawa dalam projek mereka."

Usah tergesa-gesa.

"Bagi projek dengan tempoh lebih lama, seringkali kami mempersiapkan diri dalam zon masa yang membuatkan kami terus maju ke hadapan. Misalnya, klien semasa kami berpangkalan di New York, maka kami melakukan pasca penerbitan di Barcelona agar kami dapat mendahului enam jam lebih awal. Saya ada sepanjang hari untuk mengerjakan projek tersebut dan klien saya masih boleh menerima kemas kini, soalan dan versi semasa waktu bekerja. Ini menjadikan putaran masa bagi maklum balas lebih berkesan."

Membuat penggambaran temu bual di lokasi

Cari keseimbangan anda.

"Saya sedar bahawa kami mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan yang jarang dialami. Saya dan Daryl memilih untuk hidup mengikut gerak hati kami. Kami membina rumah sendiri di dalam hutan dan mengembara bila-bila masa dan di mana-mana jua yang menyeru nama kami. Kami tidak mematuhi apa-apa, kami cuma berkarya sebagai gambaran akan perkara yang kami perlukan buat masa ini."

Pengembaraan dan teknologi adalah saling berkaitan.

"Kerja dan gaya hidup kami telah bergabung dan membawa kami ke hampir setiap benua. Teknologi baharu dan membangun telah menyediakan alat untuk inovasi dan imaginasi. Apabila teknologi meluaskan jangkauannya, dunia menyaksikan pertumbuhan perdagangan, idea dan budaya antarabangsa yang sangat pesat. Kita lebih berhubung berbanding sebelum ini. Keluarlah dan cari jalan anda!"

 

Video dan kisah oleh Citizen Research

Dropbox membantu anda bekerja dari mana-mana jua.

Ketahui lebih lanjut tentang ciri Dropbox