Skip to content (Press Enter)

Cara untuk menggalakkan semangat pekerja

Hanya beberapa perubahan kecil kepada persekitaran kerja anda dan anda boleh meningkatkan mood, prestasi dan tahap kepuasan kerja pekerja anda.

true

Baiklah, jadi apakah itu semangat syarikat?

Semangat syarikat ialah ukuran rasa keyakinan, semangat dan kepuasan keseluruhan pasukan anda. Adakah pasukan anda gembira datang kerja setiap pagi? Adakah pasukan anda rasa seperti sebuah pasukan? Semangat yang baik berganding bahu dengan budaya syarikat. Jika pejabat anda dipenuhi dengan wajah yang muram dan rasa "ini kerja sahaja", maka semangat anda mungkin sifar.

Walaupun bunyinya klise, pejabat moden boleh mempromosikan rasa "kekeluargaan". Ini bermaksud, bukan sahaja pasukan anda boleh memupuk hubungan sebenar sesama sendiri, tetapi juga setiap orang rasa disokong, bebas daripada dinilai dan dapat mendorong diri mereka untuk mencuba perkara baru tanpa rasa takut ditegur. Bagi produktiviti sebenar, itu bermaksud peningkatan penglibatan pekerja, ahli pasukan yang memperjuangkan kerjasama, dan bukan sahaja kerja keras, tetapi kerja berkualiti kerana pasukan anda saling mendorong untuk melakukan yang terbaik.

Mengapakah semangat pekerja penting?

Lebih murah untuk menjaga pekerja sedia ada berbanding melatih pekerja baru. Jika semangat tinggi, peluang anda untuk kehilangan bakat akan jauh lebih rendah. Syarikat anda mungkin sudah tahu bahawa lebih berkesan untuk menjaga pelanggan sedia ada berbanding menarik pelanggan baru, jadi wajarlah untuk mempraktikkan pemikiran yang sama kepada pasukan anda. Untuk mengekalkan bakat yang hebat, anda perlu menawarkan pengalaman yang hebat. Jangan membuat andaian secara automatik bahawa ini bermaksud menaikkan gaji. Kenyataannya, lebih separuh daripada pekerja tidak menyenaraikan gaji sebagai keutamaan teratas mereka berkaitan peranan kerja. Apakah gunanya dibayar dengan banyak tetapi hidup sengsara?

Galakkan semangat di tempat kerja

Terdapat banyak cara untuk menanamkan semangat pekerja yang positif dan memberi dana untuk meja ping pong baru bukan satu-satunya cara. Sebuah syarikat yang hebat dan pasukan yang gembira berkongsi pandangan keseluruhan yang positif, dan rasa kepuasan kerja yang berkaitan dengan keseluruhan kesejahteraan. Ringkasnya, menambah baik budaya syarikat anda boleh meningkatkan secara besar-besaran bukan sahaja produktiviti dan keberkesanan syarikat anda, tetapi juga kehidupan pasukan anda. Begini caranya:

Menambah baik persekitaran kerja

Langkah ini tidak semestinya mahal seperti bunyinya. Terutamanya dalam keadaan wabak ini, banyak business kecil yang bekerja dari ruang yang kecil, malah garaj, tetapi mereka masih gembira berada di sana. Salah satu perkara paling penting ialah cahaya semula jadi. Banyak kajian telah membuktikan pautan antara pencahayaan dan kesejahteraan dengan 80% pekerja mengatakan pencahayaan penting bagi mereka. Tambahkan beberapa tanaman, belanjakan sedikit pada pembuat kopi berkualiti, sediakan satu atau dua kerusi santai dan sekelip mata sebuah pejabat kecil nampak jauh lebih menarik. Bekerja dalam persekitaran yang suram dan kusam tidak hanya memberi kesan kepada kepekaan dan penglibatan keseluruhan, tetapi boleh mempengaruhi kesihatan mental.

Menjaga kesihatan mental

Tambahan pula, semangat pekerja berlaku juga kepada persekitaran kerja jarak jauh sama seperti pejabat tempatan anda, oleh itu menawarkan bidang sokongan seperti kesihatan mental adalah penting. Pengiktirafan pekerja bukan sahaja tentang memerhatikan kejayaan kerja, tetapi tentang mengiktiraf orang yang melakukan kerja hebat itu. Anda mungkin tidak dapat menyediakan jabatan sumber manusia yang lengkap, tetapi anda perlu ada kakitangan Sumber Manusia yang adil dan saksama agar pekerja boleh hubungi ketika diperlukan. Dalam keadaan yang sama, anda harus fleksibel dengan perkara yang ahli pasukan perlukan untuk bekerja sebaik mungkin. Itu bermaksud anda tidak harus menilai ketidakhadiran kerana masalah kesihatan mental sebagai kurang serius berbanding ahli pasukan yang tidak hadir kerana sakit demam.

Cari keseimbangan kehidupan kerja yang sihat

Bekerja dengan fleksibel dan membenarkan pasukan bekerja dari rumah ialah sesuatu yang business anda benar-benar perlu pertimbangkan jika anda belum menawarkannya. Keseimbangan kehidupan kerja sempurna bermaksud kualiti hidup pekerja anda di rumah tidak dipengaruhi oleh waktu kerja mereka. Ini semudah menyingkirkan kos dan tempoh perjalanan ulang-alik dengan membenarkan mereka bekerja dari rumah dan menggunakan masa tambahan berharga itu bersama keluarga. Ini mungkin bermaksud membiarkan mereka berhenti dan memulakan kerja pada masa yang sesuai dengan komitmen hidup lain, asalkan mereka bekerja dalam jumlah yang ditetapkan. Jika pejabat anda ingin menggunakan pendekatan ini, pastikan anda melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pasukan anda, bukan sahaja keperluan perniagaan anda.

Hierarki rata

Kebiasaan di pejabat moden, pemilik perniagaan dan bos perlu merendahkan ego. Dalam kebanyakan business hari ini, anda boleh masuk ke pejabat dan tidak dapat membezakan bos kerana semua orang dilayan sama rata. Dalam hierarki yang ketat, anda membebaskan pekerja anda daripada pemikiran lapuk "jaga batas anda" atau "tahu tempat anda". Ini mendorong mereka untuk berkongsi idea baru dan mengatasi masalah dalam cara yang kreatif yang tidak dibatasi oleh pangkat. Bos seharusnya boleh didekati seperti pekerja junior dan bakat serta sumbangan pekerja junior harus diiktiraf sama seperti ketua pasukan.

Jangan larang keseronokan

Memasukkan sedikit keseronokan dan menggalakkan sembang santai ialah kunci untuk mencipta persahabatan sebenar dalam kalangan kakitangan. Dengan bantuan pemesejan seperti Slack dan beberapa pilihan emoji, projek yang paling membosankan boleh menjadi lebih baik jika dikendalikan oleh pasukan yang sentiasa sedia untuk menceriakan hari—dan lebih baik lagi, suasana yang hebat menghasilkan kerja yang hebat.

Beritahu pasukan anda jika mereka melakukan kerja dengan baik

Maklum balas pekerja ialah bidang yang ramai pekerja sering merasakan yang tempat kerja mereka kurang berprestasi. Ya, pasukan anda boleh ada banyak kerusi santai, mesin kopi terbaik dan meja snuker untuk permainan selepas makan tengah hari, tetapi jika anda tidak memberikan maklum balas, mereka tidak akan tahu cara untuk menambah baik. Perkembangan dan pertumbuhan pekerja ialah faktor besar bagi ramai pekerja, tiada seorang pun yang ingin merasa seperti mereka tidak berkembang maju.

Pastikan anda selalu berkomunikasi dengan pasukan anda dan cipta pelan tindakan untuk cara mereka boleh berkembang dan bertambah baik. Ulasan pekerja harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi tidak perlu menjadi sebuah acara yang menakutkan. Mereka harus rasa seperti ia sebuah sesi dialog terbuka dan jujur yang menumpukan pada perkara terbaik mereka, perkara yang boleh dibaiki dan perkara yang anda boleh bantu mereka sepanjang bekerja. Menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang pertumbuhan profesional pekerja anda ialah salah satu petunjuk jelas bahawa mereka dihargai.

Pastikan pasukan bermaksud pasukan

Syarikat anda harus menjadi sekumpulan orang berbakat yang boleh berkongsi dan memanfaatkan kemahiran satu sama lain untuk mencipta sesuatu yang hebat. Seperti kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pastikan pasukan anda terhubung dalam setiap aspek kerja mereka dengan memberikan mereka alat terbaik. Dropbox membenarkan pasukan berkongsi fail dan folder, maklum balas dan anotasi, supaya tiada siapa yang ketinggalan. Dengan kemas kini masa nyata kepada dokumen dikongsi, proses kerja boleh berjalan dengan lancar dan sepenuhnya dalam talian supaya tiada risiko menuding jari kerana salinan induk luar talian hilang.

Ia bukan tentang wang, ia tentang nilai

Anda mungkin mempunyai pejabat paling berkilau, manfaat paling hebat dan elaun percutian tanpa had dan masih berhadapan dengan pasukan yang tidak bersemangat. Penghujung hari, semangat datang daripada individu yang tahu bahawa mereka dihargai. Bonus dan tambahan menyeronokkan kelihatan hebat tetapi sebenarnya, adakah pasukan anda lebih mahukan peti sejuk pantri baru berbanding pengiktirafan individu? Mungkin tidak. Mempunyai pengurus yang menggalakkan anda untuk melakukan yang terbaik lebih menggambarkan nilai individu berbanding manfaat lain.

Anda tidak memerlukan belanjawan besar untuk mula memupuk sesetengah penggalak semangat ini dan pasukan anda tidak boleh "dibeli" dengan tambahan konsol permainan baru di kawasan rehat jika perkara yang mereka benar-benar perlukan ialah waktu kerja yang fleksibel. Malah, ini boleh memberi kesan yang bertentangan apabila pasukan anda berfikir "kita boleh membuat peruntukan untuk kawasan permainan tetapi tidak boleh membenarkan saya kerja dari rumah?". Jadi buat pilihan anda dengan bijak.

Galakkan pasukan anda untuk melakukan yang terbaik

Bermula