Skip to content (Press Enter)

Pelantar terpusat untuk kerjasama siaran yang lebih baik dan perkongsian yang lebih cepat

Dropbox membantu Liga Ragbi Kebangsaan Australia menguruskan cara rakan niaga menggunakan aset dan mengawal aset secara dalaman dengan selamat dan mudah.

 

Daripada Rachel Jedwood, Pegawai Pengeluaran di Liga Ragbi Kebangsaan



 

Studio Liga Ragbi Kebangsaan dengan kamera di latar depan

Sukan dapat menyatukan orang. Beribu-ribu peminat berkumpul di arena dan stadium di seluruh dunia untuk menyokong pasukan mereka sementara berjuta-juta peminat yang lain menyaksikan perlawanan di televisyen dan dalam talian. Tetapi mencipta pengalaman menonton yang seronok untuk warga peminat yang tidak hadir di stadium memerlukan banyak usaha di sebalik tabir.

Saya mula bekerja untuk Liga Ragbi Kebangsaan (NRL) Australia pada tahun 2020. NRL memiliki hak ragbi di Australia dan kami menggunakan hak harta intelek kami dengan menjual kepada pemilik hak penyiaran termasuk Channel 9 dan Fox Channel. Laman web kami menjalankan pemprograman selari yang melengkapi siaran televisyen.

NRL mula menggunakan Dropbox pada tahun 2017 untuk menguruskan cara rakan niaga menggunakan aset kami pada mulanya. NRL menjana hasil dengan menjual bahan visual perlawanan, dan sebelum ini, sesiapa sahaja pun boleh menyediakan akaun untuk membeli bahan tersebut. NRL kemudiannya akan menghantar pautan yang tiada tempoh tamat kepada pemilik akaun tersebut, jadi tiada yang menghalang sesiapa daripada berkongsi pautan dengan orang lain. Tanpa kawalan terhadap cara orang menggunakan kandungan kami, liga kami mengalami kerugian.

Sepanjang beberapa tahun selepas itu, Dropbox menjadi pelantar seluruh perusahaan yang terurus secara terpusat yang membenarkan kami mengawal semua akaun dalaman dan luaran pada peringkat korporat. Daripada menghantar tapak FTP kepada orang, NRL mencipta folder Dropbox khusus yang memberikan akses terhad terhadap bahan visual yang dipegang oleh pemilik akaun atau dibenarkan untuk penggunaan. Melihat bahan visual yang diakses dan masa bahan diakses merupakan perkara yang memudahkan kerja untuk pasukan kami. Banyak pekerja NRL sudah biasa menggunakan Dropbox, jadi mereka tidak memerlukan latihan.

Sebelum saya bekerja untuk NRL, saya melihat Dropbox sebagai sebuah pelantar simpanan sahaja. Tetapi apabila saya menjawat peranan baru sebagai Pegawai Pengeluaran, saya melihat lebih banyak kemungkinan dan saya telah cuba menggunakannya dalam segala perkara yang kami buat.

Lebih daripada simpanan, Dropbox ialah perkongsian pintar

Saya mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan media, termasuk perjanjian lesen untuk bahan visual mentah, dan mencipta kandungan untuk pelanggan dalaman dan luaran.

Kerja ini memerlukan perkongsian fail dengan rakan niaga luaran. Editor kami bekerja dengan fail besar yang tidak dapat dihantar dengan mudah melalui e-mel, jadi sukar untuk kami menyediakan bahan kepada pelanggan dengan cara yang efisien. Dropbox telah mempermudah cara penghantaran fail besar kepada rakan niaga luaran, kerana kami tidak perlu bimbang tentang had ruang.

Semua kru kamera dan jurugambar sambilan kami menggunakan Dropbox. Ramai jurugambar sambilan dan operator kamera menggunakan akaun Dropbox peribadi mereka untuk menghantar fail sebelum ini, tetapi mereka menghantar ke destinasi yang berlainan dan sukar untuk kami menjejak segala bahan yang dihantar.

Ciri permintaan fail Dropbox menyelesaikan masalah itu dengan membolehkan saya meminta fail dan menentukan tempat simpanannya. Jurugambar boleh menerima permintaan tersebut walaupun mereka tidak memiliki akaun Dropbox. Selepas mereka memuat naik fail, Dropbox kemudian mengisi fail kepada folder yang betul secara automatik. Proses ini mengekalkan penyusunan fail untuk semua orang dan mengurangkan masa yang dihabiskan untuk menerima dan mendapatkan bahan.

"Berkongsi fail dan bahan visual antara editor dengan klien adalah mudah, terutamanya apabila orang bekerja dari jauh."

—Rachel Jedwood, Pegawai Pengeluaran, Liga Ragbi Kebangsaan
Rachel Jedwood, Pegawai Pengeluaran, Liga Ragbi Kebangsaan

Kumpulan Dropbox memberikan struktur, kawalan dan kebolehlihatan

Beralih kepada akaun pasukan Dropbox juga membantu dengan penyusunan dalaman. Sebelum memiliki akaun pasukan, setiap jabatan dan ahli kakitangan individu NRL menggunakan akaun Dropbox peribadi mereka sendiri, yang mengehadkan kawalan pentadbiran kami. Dengan setiap orang pada satu pelantar, pentadbir mempunyai keupayaan pengurusan yang lebih baik.

Saya menggunakan ciri kumpulan dalam Dropbox untuk mencipta kumpulan untuk setiap jabatan. Saya kemudiannya boleh memberikan akses kepada folder tertentu supaya setiap orang boleh menemukan perkara yang diperlukan oleh mereka dengan cepat dan mudah dan sekadar itu sahaja. Sebagai pentadbir, saya juga boleh meletakkan tarikh luput pada fail, melihat kandungan yang telah dikongsi, dan menjejak orang yang telah memuat turun dan membuka fail. Saya juga boleh menambah atau mengalih keluar akses atau mengalihkan individu kepada kumpulan yang berbeza.

Set ciri Dropbox yang mantap telah meningkatkan kebolehlihatan ke dalam aktiviti perkongsian fail supaya kami tahu tentang perkara yang berlaku, orang berkenaan dan masanya.

"Saya mencipta kumpulan Dropbox untuk setiap jabatan dan menambah kumpulan kepada folder tertentu—dengan memastikan hanya orang yang betul mendapat akses. Dengan cara ini, folder akan tersusun dan mudah digunakan."

—Rachel Jedwood, Pegawai Pengeluaran, Liga Ragbi Kebangsaan
Kru pembinaan berdiri di hadapan sebuah bangunan

Kerjasama jarak jauh ditingkatkan dan penghapusan rantaian e-mel

NRL tahu manfaat menggunakan Dropbox tetapi keadaan pandemik telah menyerlahkan ciri yang berbeza dan mempercepat rentak kami menggunakan produk ini. Selepas perkembangan keadaan pandemik, kami mula mengehos semula perlawanan langsung dengan mematuhi sekatan. Kami memerlukan cara untuk berkongsi kandungan dengan cepat kepada penyiar dan pihak lain yang tidak dapat berada di stadium secara fizikal.

Dropbox membantu kami mengeluarkan bahan dengan lebih mudah dan cepat. Daripada hanya berkongsi pautan Dropbox untuk setiap fail, saya mencipta folder untuk setiap rakan niaga luaran kami dan menambah alamat e-mel mereka kepada folder, memberi mereka akses kepada fail yang diperlukan walaupun mereka tidak memiliki akaun Dropbox. Dengan akses kepada folder, mereka boleh melihat kandungan serentak daripada kru kamera dan jurugambar kami.

Pengeditan bahan visual memerlukan banyak usaha kerjasama, yang sebenarnya jelas dan mudah sahaja jika di pejabat. Tetapi peralihan kepada kerja jarak jauh bermakna kami tidak dapat pergi ke meja orang dan melihat bahan video bersama-sama, dan adalah mustahil untuk mencipta semula perbincangan secara bersemuka dengan e-mel berulang-alik. Komen akan terlepas apabila kami menyusun maklum balas e-mel, dan kerana e-mel tidak berlaku dalam masa nyata, editor mungkin mendapat satu lagi mesej selepas pengeditan siap, yang memerlukan mereka melakukan lebih banyak kerja.

Kami mengakhiri acara dengan menggunakan Dropbox Replay, yang membenarkan kami melihat bahan visual dengan seluruh pasukan dalam masa nyata. Replay mengurangkan keperluan menggunakan rantaian e-mel. Saya hanya memberikan pautan Replay dan menetapkan tarikh akhir untuk ahli pasukan memberikan maklum balas dan mereka boleh memberikan komen tepat pada cap masa dalam video. Maklum balas adalah lebih cepat, lebih tepat dan semuanya di satu tempat, walaupun kami semua bekerja di tempat yang berbeza.

Penggunaan Dropbox pada peringkat perusahaan telah memberikan lebih banyak fungsi dan manfaat daripada yang saya jangkakan.

—Rachel Jedwood, Pegawai Pengeluaran, Liga Ragbi Kebangsaan
Saya tidak dapat bayangkan cara bekerja tanpa Dropbox. Tanpa Dropbox, aliran kerja kami akan memerlukan lebih banyak cara penyelesaian dan kerjasama akan terselerak. Dropbox ialah satu pelantar yang memudahkan kerja, membenarkan berbilang pihak melakukan banyak perkara semuanya di satu tempat. Dropbox telah meningkatkan kerjasama antara pasukan dalam NRL dengan ketara dan memudahkan perkongsian aset yang lebih cepat dan jelas.