Sudah tiba masanya untuk berhenti membuat kerja lebih sukar daripada yang sepatutnya. Perkemaskan aliran kerja anda dengan tandatangan elektronik yang mudah dijejaki, dikongsi dan disimpan
Mencetak, memfailkan dan memantau dokumen yang sah di sisi undang-undang tidak harus terlalu sukar dan membosankan malah tidak juga perlu membuang masa berharga anda untuk mencari dokumen. Meminta pelanggan datang ke pejabat untuk menandatangani dokumen yang sah di sisi undang-undang tidak perlu mencabar dan juga memakan masa. Dan kemudian terdapat masalah alam sekitar dengan kertas terbuang.
Penyelesaian? Menggunakan aliran kerja e-Tandatangan seperti Dropbox Sign. e-Tandatangan boleh meningkatkan keseluruhan proses syarikat anda. Dan apabila digunakan bersama, Dropbox dan Dropbox Sign adalah direka secara unik untuk memperkemaskan proses itu dengan lebih jauh.
Memastikan semua perkara lancar—dan selamat—semuanya di satu tempat
Dropbox dan Dropbox Sign dapat membantu anda mendapatkan dokumen penting ditandatangani dengan pantas, semuanya dengan manfaat tambahan jejak audit—bukti tempat dan masa dokumen itu ditandatangani. Jejak audit telah terbukti dapat mengurangkan hujah dan perselisihan kontrak, dengan alasan menjadikan e-Tandatangan lebih kukuh daripada tandatangan tulisan tangan.
Menggunakan Dropbox dan Dropbox Sign bersama sebagai kedai sehenti membantu anda menukar kontrak daripada draf pertama menjadi PDF akhir yang ditandatangani secara sah dengan cepat. Manakala, salinan yang ditandatangani disimpan semula secara automatik ke folder anda dalam Dropbox.
Anda boleh bekerjasama dalam Dropbox dengan ahli pasukan anda untuk memuktamdkan dokumen sebelum menghantar dokumen tersebut untuk ditandatangani melalui Dropbox Sign.
Begini caranya
Apabila anda sudah bersedia untuk menambahkan tandatangan elektronik pada dokumen penting di Dropbox, hanya pilih dokumen PDF atau Word yang ingin anda tandatangani, dan anda akan melihat menu Buka yang anda boleh pilih Dropbox Sign dengan serta-merta.
Dokumen anda akan dibuka dalam Dropbox Sign, supaya anda boleh menghantar dokumen untuk ditandatangani dengan hanya beberapa klik pantas. Dokumen anda yang ditandatangani secara elektronik disimpan kembali dalam folder projek Dropbox asal yang sama dengan salinan yang ditandatangani secara automatik.
Dropbox dan Dropbox Sign bekerjasama untuk menjadikan proses tandatangan lancar, selamat dan teratur.
Semua dokumen yang berkaitan dengan projek itu kini teratur dalam Dropbox dan disimpan dengan selamat dalam awan. Anda kemudian boleh menggunakan keizinan Dropbox untuk mengawal orang yang mempunyai akses ke atas dokumen yang ditandatangani.
Kurangkan penghasilan sisa, jimatkan lebih banyak masa dan wang
Bukan sahaja tandatangan elektronik memastikan kerja lancar, ciri ini juga mengurangkan jejak karbon anda. Mendapatkan tandatangan dalam talian membantu mengurangkan sisa kertas dan gas rumah hijau dengan menyingkirkan keperluan menghantar dokumen antara destinasi. Dan sudah tentu, menggunakan aliran kerja e-tandatangan mengurangkan kertas dan kos pos—serta masa yang digunakan untuk mengurus kerja kerta fizikal juga.
Dropbox dan Dropbox Sign dapat membantu pasukan menikmati aliran kerja yang lebih cekap dengan mengatur, menjejak dan menyimpan dokumen penting mereka semua di satu tempat. Bersedia untuk memperkemaskan aliran kerja e-tandatangan anda dengan Dropbox?