Skip to content (Press Enter)

Apakah itu penghijrahan data?

Menyimpan data adalah satu perkara, tetapi bagaimana jika anda perlu memindahkannya?

Pindahkan data dengan Dropbox
Seseorang menghijrahkan data antara dua komputer riba

Apakah itu penghijrahan data?

Penghijrahan data ialah proses untuk memindahkan sejumlah data yang besar dari satu lokasi ke lokasi lain. Anda mungkin mempertimbangkan memindahkan fail PC anda ke pemacu keras luar, satu bentuk penghijrahan data dengan cara paling mudah, tetapi umumnya, penghijrahan dara berlaku pada skala yang jauh lebih besar.

Apakah tujuan penghijrahan data?

Penghijrahan data digunakan untuk mengemas kini teknologi perniagaan, sama ada untuk kecekapan atau keselamatan. Undang-undang Moore menyatakan bahawa kita boleh mengharapkan pembangunan yang ketara dalam kepantasan dan keupayaan teknologi dalam setiap dua tahun atau lebih kurang, bermakna sentiasa penting untuk kekal di hadapan.

Mendapatkan yang terkini dengan teknologi dan meninggalkan sistem legasi anda adalah bahagian yang tidak boleh dielakkan dalam perniagaan model. Ia juga bermakna mengambil semua data anda daripada satu sistem dan memindahkannya ke tempat lain, dan itulah penghijrahan data.

Apakah jenis penghijrahan data yang ada?

Terdapat beberapa jenis penghijrahan data yang berbeza, dengan setiap penggunaan yang berbeza:

  • Penghijrahan simpanan: Ini berlaku ketika data dipindahkan dari satu format simpanan ke format simpanan lain, contohnya, mendigitalkan rekod kertas untuk penyimpanan dalam talian.

  • Penghijrahan aplikasi: Ini berlaku ketika anda menukar aplikasi dengan yang baharu. Contohnya, memindahkan program legasi perniagaan anda kepada Xero untuk kewangan anda.

  • Penghijrahan pangkalan data: Ini berlaku ketika anda memindahkan keseluruhan pangkalan data anda ke lokasi baharu, seperti daripada PC pejabat setempat anda ke sepenuhnya berasaskan awan.

Adakah penghijrahan awan sama dengan penghijrahan data?

Penghijrahan awan ialah satu bentuk penghijrahan data, dan berkenaan memindahkan data dari desktop dan pelayar fail berasaskan pejabat anda ke awan. Ia juga istilah yang digunakan apabila anda memindahkan dari satu awan ke awan yang lain.

Bukankah awan sama untuk setiap perniagaan?

"Awan", pada dasarnya, Internet, tetapi cara anda mendapatkan akses ke awan bergantung pada perkhidmatan pilihan anda. Dropbox, contohnya, berbeza daripada Google Drive. Kedua-duanya menawarkan penyimpanan awan, tetapi mendapat akses ke salah satu tidak memberikan anda akses automatik ke fail yang disimpan pada awan yang lain. Penghijrahan data ialah memindahkan data dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagaimanakah anda membuat rancangan penghijrahan data?

Rancangan permainan adalah penting untuk menjayakan penghijrahan data. Jika anda tidak mempunyai rancangan, anda akhirnya boleh kehilangan data semua sekali, atau sekurang-kurangnya mengalami masa henti yang panjang yang pasti tidak dapat dilakukan oleh perniagaan anda.

Berikut ialah beberapa langkah penting yang perlu diambil sebelum anda melakukan pemindahan sebenar:

Memahami kualiti data anda

Lihat pada status semasa data anda—sejauh manakah sensitif, apakah format dalamnya, adakah penghijrahan akan mengubah semua ini? Dengan mengecam masalah berpotensi sebelum ia berlaku, anda boleh membuat peruntukan dan menyesuaikan rancangan penghijrahan anda untuk mencegah kehilangan data.

Buat sandaran

Anda seharusnya mempunyai salah satu daripada ini, tetapi jika tiada, cipta satu. Penghijrahan data ialah satu usaha besar dan jika semuanya salah, anda perlu tahu bahawa data perniagaan anda masih selamat di satu tempat dan dapat membantu dengan pemulihan bencana. Jika anda perlu menyediakan komputer atau komputer riba baru, anda boleh mengakses semua fail sedia ada anda dengan satu sentuhan butang.

Video yang menerangkan cara sandaran memudahkan pemindahan fail kepada komputer baharu.

Memahami rangka masa anda

Penghijrahan data ialah komitmen yang besar, jadi anda tidak boleh mengharapkan ia muncul pada satu pagi dan minta disemak senarai sebelum waktu tengah hari. Ingat, anda memindahkan semua data perniagaan anda, dan itu bermakna keseluruhan pasukan anda akan terkesan, serta pihak berkepentingan anda. Anda mungkin perlu membuat persiapan dan belanjawan untuk masa henti atau mungkin mengatur untuk melengkapkan proses penghijrahan pada hujung minggu. Mana-mana juga cara, jangan tekan "pergi" sehingga anda tahu dengan tepat apa yang bakal anda hadapi.

Memahami kakitangan anda

Siapakah sebenarnya yang menjalankan penghijrahan ini? Adakah pasukan IT profesional anda atau anda membiarkan pengekod anda mencuba yang terbaik? Memindahkan data anda sama penting dengan memindahkan kewangan perniagaan anda—jika ia hilang atau rosak, anda akan menanggung akibatnya. Menggunakan alat penghijrahan data yang terbaik sama penting dengan perniagaan anda menggunakan alat pengurusan yang betul atau mana-mana proses penting lain, jadi pilih dengan bijak. Mujurlah, tambahan penghijrahan data Dropbox Movebot boleh menyediakan perniagaan anda dengan panduan pakar yang anda cari-cari dan meringkaskan keseluruhan proses untuk pasukan anda.

Apakah strategi penghijrahan data yang terbaik?

Sedia untuk bermula? Pastikan anda ingat petua-petua ini:

Memberikan kebenaran yang betul

Ini langkah yang anda mungkin terlepas pandang, tetapi bahagian pertama dalam mana-mana penghijrahan hendaklah mengunci sesiapa yang tidak perlu terlibat dan memberikan akses kepada mereka yang perlu. Ini pada dasarnya pemindahan jantung perniagaan anda, agar anda tidak mahu sesiapa secara tidak sengaja menekan benda yang salah. Sama juga, anda tidak mahu risau tentang akses di tengah-tengah krisis. Memastikan semua orang tahu peranan mereka dan mempunyai alat yang diperlukan.

Memastikan seseorang memantau

Penghijrahan data, dilakukan dengan betul, hendaklah proses yang lancar, tetapi jangan anggap begitu. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menangani sebarang masalah yang timbul. Sekalipun anda menggunakan perisian atau perkhidmatan khusus, anda tetap perlu berwaspada.

Menguji sistem anda

Jangan panggil semula semua orang setelah penghijrahan anda selesai. Anda perlu mengujinya, dan anda perlu ingat hal ini apabila anda mengira masa henti. Anda mungkin mahu membawa masuk kakitangan pilihan untuk membantu mengetahui sama ada penghijrahan anda telah memberi kesan kepada tugas sehari-hari mereka. Jika anda menemui masalah, ia mungkin mengambil beberapa hari untuk dibetulkan.

Jalankan penyelenggaraan dan simpan sandaran

Sesetengah masalah mungkin tidak dapat dilihat serta-merta, sebab itulah penting anda menyediakan sandaran. Jika dan apabila anda yakin bahawa penghijrahan telah berjaya dan semua masalah telah diselesaikan, kemas kini sandaran anda mengikut format fail semasa anda agar anda bersedia apabila tarikh penghijrahan seterusnya bermula.

Persediaan ialah kunci

Penghijrahan data mungkin menjadi tugas IT terbesar yang perniagaan anda akan hadapi, jadi pastikan anda melakukannya dengan betul, melengkapi diri anda dan perniagaan anda dengan alat terbaik untuk kerja tersebut. Tambahan penghijrahan data Dropbox ialah penyelesaian yang ideal untuk penghijrahan data yang mudah dan profesional. Membantu anda mengurus akses dan kebenaran, analitis yang mantap memastikan anda sentiasa mengikut kelajuan setiap langkah, dan bantuan manusia sentiasa ada.

Perniagaan anda mungkin telah mencapai tahap yang mana penghijrahan data tidak boleh dielakkan, tetapi kehilangan data adalah sesuatu yang anda boleh elak jika anda membuat persediaan dengan betul.

Jadikan proses penghijrahan data berjalan lancar

Bermula