Skip to content (Press Enter)

Menguruskan pekerja jarak jauh yang bekerja dari rumah

Pasukan Bekerja Dari Rumah? Berikut merupakan beberapa amalan terbaik kerja jarak jauh untuk membantu anda semua melakukan kerja terbaik.

Seorang pekerja di rumah sedang bekerja daripada komputer riba mereka

Menghubungi pasukan pekerja jarak jauh

Syarikat di seluruh dunia beralih ke arah model pejabat yang merangkumi pasukan pekerja jarak jauh. Manfaat pekerja jarak jauh adalah jelas. Anda boleh mengambil bakal pekerja terbaik bekerja tanpa mengira lokasi atau zon masa. Selain itu, jika pekerja jarak jauh anda bekerja secara bebas, anda berdua menikmati fleksibiliti. Tetapi bagaimana dengan pekerja sepenuh masa anda yang bekerja dari rumah? Bagaimanakah mereka masih boleh rasa terhubung apabila tidak dapat berbual dengan rakan kerja lain? Ini lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Perkara biasa untuk menjadi golongan nomad digital, atau mempunyai beberapa orang ahli sebagai pasukan. Nomad digital sudah menjadi kebiasaan pada zaman digital ini. Walaupun anda mempunyai lokasi pejabat tradisional untuk bekerja, banyak perniagaan dijangka untuk menawarkan pekerjaan yang fleksibel. Malah, lebih separuh daripada pekerja Generasi Z dan milenium mengatakan ini ialah faktor penting yang mereka cari pada peranan kerja.

Berikut merupakan cara untuk mencipta budaya syarikat dan pasukan yang sebenar, walaupun syarikat anda terletak di pelbagai lokasi atau anda bekerja secara jarak jauh.

Penglibatan Pekerja

Sama ada ahli pasukan anda bekerja daripada kedai kopi tempatan, ruang bekerja bersama atau di dalam bilik tidur kosong mereka, komunikasi ialah kunci untuk memastikan anda semua terhubung.

Alat seperti SlackDropbox Paper danZoom semuanya ada untuk membantu anda dan pekerja anda kekal berhubung. Walaupun anda semua berada di zon waktu yang berbeza, kelebihan komunikasi tak selaras bermaksud ini bukan lagi penghalang produktiviti. Sama ada anda meninggal mesej untuk dibaca kemudian atau sesuai untuk panggilan video, pastikan komunikasi diberi penekanan dari hari ke hari. Sebuah pasukan ialah orang yang bekerja bersama, namun tiada sesiapa yang boleh bekerja bersama jika mereka tidak dilibatkan bersama. Amalkan kemahiran komunikasi terbaik anda; bersikap terbuka dan mudah didekati walaupun saluran utama komunikasi anda ialah digital.

Pastikan anda semua mudah dihubungi semasa waktu kerja anda dan bersedia dengan waktu kerja fleksibel; jangan melarang pekerja dari zon waktu Pasifik untuk menghubungi pasukan anda di New York hanya kerana waktu itu di luar waktu pejabat. Oleh itu, jangan lupa tentang kepentingan keseimbangan kerja/kehidupan. Jika anda beralih ke arah pekerja jarak jauh, maka anda mesti bersetuju sebagai pasukan tentang cara yang dipersetujui bersama untuk mengatasi halangan seperti perbezaan waktu.

Budaya syarikat sejagat

Hanya kerana separuh pasukan anda berada di meja mereka di pejabat dan separuh lagi berada di seluruh negara, tidak bermakna keseluruhan pengalaman kerja mereka harus berbeza. Budaya dan komunikasi ialah nadi pejabat dan hari ini, semua itu boleh menjadi digital. Jika anda menghargai sifat terbuka, jujur dan santai, dengan hierarki rata dan pengurusan mikro minimum di seluruh pejabat, perkara yang sama juga untuk tenaga kerja jarak jauh anda. Jika anda tidak mengharapkan sifat ini daripada pasukan di pejabat anda, jangan mengharapkan ia daripada pasukan jarak jauh anda.

Oleh itu, contohnya, jika tengah hari Jumaat berakhir beberapa jam awal untuk berkumpul minum bersama, jangan jangkakan pekerja jarak jauh anda mula mengerjakan laporan pada pukul 4:30 petang dan siap pada penghujung hari Jumaat. Begitu juga, jika anda membiarkan pekerja di pejabat rehat tengah hari pada bila-bila masa yang mereka suka, jangan meneliti status dalam talian pekerja jarak jauh anda yang berubah ke "jauh" pada pukul 11 pagi. Secara ringkasnya, jangan layan pasukan jarak jauh anda sebagai "orang lain"—pasukan tetap pasukan, tanpa mengira bentuk dan saiz pasukan.

Wajar untuk rasa tidak berada di bilik yang sama seperti bak kata pepatah "bila kucing tiada, tikus pun bermaharajalela". Tetapi di penghujung hari, asalkan mereka bermotivasi, termaklum dan terhubung, tiada alasan untuk sesiapa pun merasa seperti mereka boleh mengabaikan kerja. Dan anda tidak seharusnya menawarkan keseimbangan kehidupan kerja kepada separuh pasukan anda sahaja.

Berikan sokongan yang pasukan jarak jauh anda perlukan

Tidak selalunya mudah untuk mengikut rentak kerja sebuah syarikat apabila anda tidak berada di syarikat itu secara fizikal. Jika anda beralih menuju ke idea mengupah individu yang akan bekerja tetap dari rumah, anda bertanggungjawab untuk melengkapkan pekerja baru anda sama seperti yang anda lakukan dengan pasukan di pejabat anda. Ini bermaksud memberikan mereka semua maklumat yang sama seperti pekerja pejabat anda terima, termasuk individu yang perlu dihubungi untuk hal berkaitan gaji, sumber manusia dan permohonan cuti. Semua pekerja juga perlu tahu bahawa mereka boleh menghubungi pengurus mereka untuk bercakap tentang sebaran masalah yang mereka ada, berkaitan kerja atau sebaliknya. Anda juga tidak harus menjangkakan orang untuk bekerja menggunakan komputer riba atau PC pejabat rumah mereka sendiri, atau membeli perisian sendiri. Jika anda ingin ahli pasukan anda melakukan kerja yang terbaik, anda perlu berikan alat terbaik kepada mereka. Iaitu...

Cari alat terbaik

Di pejabat, anda boleh menjerit dari meja ke meja, berborak di kawasan rehat atau menulis pada papan putih. Tidak sama jika pasukan anda jarak jauh. Alat digital yang betul adalah untuk menjadikan golongan digital nomad berjaya dan paling cekap, jadi bersedialah.

Dropbox memudahkan kerjasama, tidak kira tempat anda dan pasukan anda berada. Daripada perkongsian fail hingga ke pengeditan, Dropbox mencipta pejabat dalam talian untuk tenaga kerja jarak jauh anda. Beri dan dapatkan maklum balas masa nyata, berkongsi imej, video dan dokumen dengan selamat, dan melihat fail dikemas kini dengan anotasi dan edit dalam masa nyata. Dropbox membolehkan semua ahli pasukan tidak ketinggalan, tanpa mengira perbezaan zon waktu mereka.

Biar Dropbox bantu menghubungkan anda

Bermula