Secara teori, kerjasama kelihatan cukup mudah—anda hanya perlu terbuka terhadap idea dan menyelesaikan masalah sebagai satu pasukan. Malangnya, kerumitan kecil boleh menyebabkan kerjasama menjadi lebih sukar daripada yang anda fikirkan.
Itulah sebabnya kami membina ciri untuk membantu anda mengelakkan halangan kerjasama dan kembali bekerjasama.
Berikut ialah empat cara Dropbox dapat membantu anda.
1. Pasukan anda sentiasa kehabisan ruang
Ini bulan yang produktif: pasukan anda baru sahaja menghasilkan lima video pelancaran, setiap satu video diterjemahkan dalam puluhan bahasa yang berbeza.
Malangnya, semua video yang dikongsi itu kini berada dalam folder pasukan yang sudah penuh, ini menyebabkan beberapa pekerja kehabisan ruang simpanan tempatan. Masalah seperti ini bermula sebagai gangguan kecil dan akan bertambah buruk dari semasa ke semasa.
Pekerja anda tidak perlu mengurus mikro ruang pemacu keras mereka, Dropbox dapat melakukan perkara ini untuk mereka. Apl desktop Dropbox membenarkan pasukan anda mengakses fail daripada desktop mereka, tanpa menggunakan semua ruang pada pemacu keras mereka.
Dengan menyimpan fail dan folder sebagai dalam talian sahaja, kandungan kini disimpan dalam awan. Fail akan terus muncul pada desktop, dan ahli pasukan boleh mengakses fail pada bila-bila masa mereka mempunyai sambungan internet. Biarkan pasukan anda terus berkongsi kerja mereka, dan bukannya bimbang tentang cara memberikan ruang kepada fail.
2. Perbualan pasukan berselerak
Anda telah menghantar butiran kempen iklan anda, selepas dua hari, puluhan rakan sekerja telah memberikan maklum balas. Malangnya, komen tersebut berselerak pada tiga e-mel, dua mesyuarat, papan putih dan mesej teks. Anda boleh menghantar pelan kempen anda menggunakan Paper selepas ini. Paper menyimpan perbualan di satu tempat, tanpa mengira masa dan cara rakan sekerja anda memberikan respons. Kolaborator boleh memberikan komen tentang teks, foto atau video; saling melihat maklum balas; dan menyumbangkan idea mereka sendiri dalam dokumen yang menjejaki perubahan dalam masa nyata.
Anda dan rakan sepasukan anda boleh membuat dan membenamkan rakaman skrin dengan mudah supaya semua orang dapat menyampaikan mesej mereka dengan jelas.
Sebagai pemilik dokumen, anda boleh memasukkan pengulas baru, mengawal akses individu dan menentukan tahap maklum balas yang anda mahu, sama ada komen sahaja atau pengeditan dalam dokumen. Ini merupakan ruang kerja bersama yang memastikan semua orang terlibat dan termaklum.
3. Menjejaki kolaborator mengambil terlalu banyak masa
Anda sudah bersedia untuk menerima maklum balas, tetapi separuh daripada rakan sepasukan anda belum memberikan balasan walaupun sudah melebihi seminggu. Adakah mereka lupa tentang anda? Adakah mereka terlepas mesej anda?
Pasukan Dropbox Business kini dapat menjejaki kolaborator dengan maklumat pelihat—paparan yang mengemas kini secara langsung bagi individu yang membuka fail dan masa terakhir mereka melihat fail itu. Anda dapat melihat dengan siapa fail dikongsi dan menyemak siapa yang melihat fail sekarang. Perlu mendorong seseorang? Anda dapat melihat siapa yang belum melihat fail tersebut lagi dan membuat susulan dengan rakan sekerja yang betul, semua perkara ini dilakukan tanpa mengganggu orang lain dalam kumpulan.
Pasukan Dropbox Business boleh mencuba versi akses awal maklumat pelihat hari ini.
4. Anda tidak dapat mengawal siapa yang melihat kerja anda
Kadangkala anda mahu mendapatkan maklum balas peribadi daripada satu atau dua orang sahaja. Namu, kali terakhir anda menghantar contoh reka bentuk awal melalui e-mel, rakan sekerja anda mengirimkan contoh itu semula kepada seluruh pasukan pemasaran, ini menimbulkan perdebatan selama sejam.
Dengan Dropbox, anda dapat berkongsi fail dengan selamat bersama-sama beberapa rakan sekerja yang rapat sahaja. Dropbox akan meminta kolaborator anda untuk mendaftar masuk terlebih dahulu, jadi hanya orang yang anda percaya dapat mengakses fail tersebut. Setelah reka bentuk anda benar-benar sedia untuk dipaparkan, anda boleh mencipta pautan kongsian. Sesiapa sahaja dapat melihat fail yang dihantar dengan menggunakan pautan kongsian, walaupun mereka tidak mempunyai akaun Dropbox.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pilihan perkongsian Dropbox dalam Pusat Bantuan.
Apabila orang menghabiskan lebih sedikit masa bimbang tentang cara mereka bekerjasama, jadi mereka dapat meluangkan lebih banyak masa untuk bekerjasama. Apabila anda dapat mengatasi masalah kerjasama, anda cenderung menyukai cara anda bekerja.