Skip to content (Press Enter)

Adakah perniagaan kecil dan sederhana bersedia untuk kembali?

Bagaimanakah syarikat kecil dan sederhana menghadapi wabak global? Kami telah meninjau 3,000 peneraju perniagaan untuk mengetahui tentang perubahan cara mereka bekerja disebabkan tahun 2020, sama ada lebih baik atau buruk.

Seorang pekerja menerima panggilan telefon sambil memakai pelitup muka

2020 tinjauan pendek untuk perniagaan kecil & sederhana

Penemuan Utama

  • 87% melaporkan perubahan tahap aktiviti perniagaan kerana pandemik global.
  • 75% bersetuju bahawa hubungan dengan pelanggan mereka telah berubah.
  • 90% bersetuju bahawa persekitaran kerja lebih bertumpukan secara digital adalah masa depan bagi cara kita bekerja.

Perubahan perniagaan kerana 2020

Sekatan pergerakan, tenaga kerja dan kesinambungan perniagaan — pandemik global telah menimbulkan beberapa cabaran besar bagi perniagaan kecil & sederhana Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, kebanyakan pengurus dan pemimpin melihat masa hadapan dengan ketidakpastian. Adakah pandemik telah mengubah perniagaan selamanya?

Untuk memahami kejadian semasa, Dropbox bekerjasama dengan VasonBourne  untuk melakukan tinjauan bebas mengenai pembuat keputusan perniagaan dan IT di UK dan AS dalam pelbagai ukuran hasil dan industri. Baca tentang cara syarikat menuju ke jalan pemulihan dan belajar cara untuk bangkit semula daripada krisis ini dengan lebih kukuh.

Pelan terbuka moden dalaman pejabat tanpa orang
Ibu bapa bekerja dari rumah menggunakan komputer riba sambil memegang anak mereka

Perniagaan tidak seperti biasa

87& melaporkan perubahan dalam aktiviti perniagaan.

Selepas gelombang awal wawancara pada bulan Jun yang lalu, memang jelas bahawa perniagaan kecil dan sederhana menghadapi beberapa cabaran bersejarah. 51% melaporkan penurunan dalam aktiviti perniagaan, dengan ramai yang berisiko untuk mengurangkan kakitangan atau menutup perniagaan.

Kerja jarak jauh, kesinambungan perniagaan, dan produktiviti adalah masalah yang paling meruncingkan. Perniagaan kecil di AS sahaja terdiri daripada 60 juta orang dan memainkan peranan besar dalam penciptaan pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi. Pandemik telah menyebabkan ramai pemimpin tertanya-tanya cara mereka menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Industri yang berbeza. Kesan yang berbeza.

Walaupun industri hospitaliti dan hiburan khususnya yang paling terkesan dengan sekatan COVID-19, industri teknologi mendapat bilangan yang lebih positif. Pada bulan June, 51% melaporkan peningkatan dalam aktiviti perniagaan. Pada bulan Ogos, angka itu meningkat sehingga 57%. Peningkatan pesat ini menunjukkan teknologi menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian kita, terutamanya lebih banyak organisasi menggunakan persidangan video, e-mel. dan alat IT.

Graf bulan Ogos 2020 menunjukkan peningkatan tahap aktiviti perniagaan untuk industri teknologi

Pandangan yang lebih cerah

Gelombang kedua tinjauan pada bulan Ogos mendedahkan beberapa berita yang lebih baik. Lebih banyak organisasi melaporkan peningkatan tahap aktiviti perniagaan dan tanda-tanda kemungkinan pemulihan. 

Bagaimanakah  perniagaan berjaya membuka peluang, pekerja sibuk, dan pelanggan bahagia? Sementara pelonggaran sekatan tentu memainkan peranan, banyak perniagaan menggunakan cara bekerja yang lebih bijak. Mereka dipaksa untuk berinovasi.

Adakah fleksibiliti jalan menuju pemulihan?

Walaupun semua cabaran dan halangan, keuntungan dan pertumbuhan tetap menjadi keutamaan utama perniagaan.
Oleh kerana jalan menuju pemulihan masih belum jelas, perniagaan harus fleksibel supaya mereka boleh menyesuaikan organisasi mereka kepada perubahan dalam permintaan pasaran, cara bekerja yang baharu, dan perubahan tingkah laku pelanggan.
Dengan melabur dalam alat kolaborasi/IT, perniagaan boleh menumpukan perhatian untuk meningkatkan produktiviti semasa penurunan.
Apabila prospek berubah dan peluang muncul, mereka akan lebih bersedia untuk mengambil peluang. Menurut tinjauan kami, 87% perniagaan kecil & sederhana bersetuju bahawa alat kolaborasi merupakan kunci untuk menyokong pertumbuhan perniagaan.

Kerja jarak jauh

Sekatan dalam kolaborasi memperlahankan perniagaan

Pertemuan maya dengan beberapa orang pekerja di lokasi yang berbeza
Berbilang folder dan fail disusun dalam grid

Kerja berpasukan semakin sukar

Semasa perniagaan menghantar pekerja pulang ke rumah untuk mematuhi langkah keselamatan COVID-19, ramai tidak bersedia dengan peralihan mengejut kepada bekerja jarak jauh. Bagaimanakah pekerja menyelaraskan projek ketika mereka tidak berada di dalam bilik yang sama? Tinjauan kami mengenal pasti beberapa halangan utama.

3 cabaran utama bekerja jarak jauh

1. Memastikan pasukan boleh bekerja bersama-sama
69% melaporkan bahawa "dokumen dan perbualan yang tersebar di pelantar berbeza yang tidak bersambung, justeru itu menjadikan kerja lebih sukar." Apabila pekerja sukar untuk bekerjasama, produktiviti akan menurun.
2. Mengukur produktiviti
Apabila pengurus tidak bertemu pasukan mereka secara bersemuka, agak sukar untuk memastikan mereka menyiapkan tugas dengan cekap. Adakah pekerja fokus, bermotivasi dan berada di landasan yang betul?
3. Mengekalkan budaya kerja yang kukuh
Budaya kerja adalah sebahagian besar bagi memberi motivasi, menarik minat dan mengekalkan pekerja. Tanpa ruang fizikal untuk pekerja berinteraksi dan bersosial, bagaimana anda memupuk budaya syarikat yang positif?

Dari kerja jarak jauh hingga kerja berpasukan

Budaya kerja yang mesra adalah yang utama bagi Team Epiphany

Budaya kerja yang mesra adalah yang utama bagi Team Epiphany

Semasa semua 80 pekerja agensi pemasaran ini bekerja dari rumah, pemilik syarikat iaitu Coltrane Curtis dan Lisa Chu mengekalkan perniagaan ini dengan mengakui bakat pasukan mereka serta membentuk semula acara kehidupan nyata sebagai pengalaman digital. Mereka dapat memupuk budaya pasukan dan kreativiti dengan menjadi fleksibel dan menginovasikan cara baru untuk bekerja bersama. Ketahui lebih lanjut tentang kisah mereka.

Tonton video
Merintis budaya bekerja dari mana sahaja

Merintis budaya bekerja dari mana sahaja

Apabila aplikasi perkongsian video, Cameo mula melihat pertumbuhan pesat semasa kawalan pergerakan, CEO Steven Galanis merebut peluang untuk melakukan perkara dengan cara yang berlainan. Cameo menjauhkan pejabat sepenuhnya dan hasilnya dapat membina pasukan yang lebih kukuh,

Tonton video
Menukar skrip untuk kerja teragih

Menukar skrip untuk kerja teragih

Semasa COVID-19 mematikan industri hiburan, syarikat produksi filem Array menjadikan halangan sebagai satu peluang. Ketahui cara Presiden mereka, Tilane Jones mampu menerajui perniagaan dan menyatukan pasukan.

Tonton video
Membantu jutaan pelajar kembali ke sekolah

Membantu jutaan pelajar kembali ke sekolah

Apabila sekolah di sekitar dunia tutup kerana pandemik, Sal Khan berusaha untuk mencipta sumber bagi membantu ibu bapa, guru dan pelajar menggunakan pembelajaran maya. Ketahui cara Khan Academy mengembangkan perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan masa nyata.

Tonton video

Transformasi digital

Kerja jarak jauh adalah inovasi penjejakan pantas

Apabila tenaga kerja teragih muncul as perniagaan normal yang baharu diperlukan untuk menyatukan pasukan dengan pantas untuk memastikan kerja tidak terhenti. 

Tiba-tiba, mereka menerima persidangan video, alat pengurusan projek. dan ruang kerja digital. Pada bulan Jun yang lalu, 74% peserta tinjauan mengatakan mereka menggunakan alat kolaborasi/IT dengan cara yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Pada bulan Ogos, 58% melaporkan bahawa pandemik telah menjadi pemangkin untuk transformasi digital, dengan ramai pihak merancang untuk menambah belanjawan IT mereka.

Graf mendatar tahun 2020 menunjukkan cara pandemik mendorong transformasi digital

Cara bekerja yang lebih bijak

 
Pemindahan yang tidak dijangka  kepada alat digital pada mulanya agak sukar, namun ia telah membuka mata orang ramai kepada pelbagai kemungkinan. Ini bukan sahaja beberapa ciri menarik untuk digunakan malah alat penting yang boleh meningkatkan aliran kerja, membuka kreativiti dan mengembangkan perniagaan.

Tomorrow Lab adalah kumpulan pereka dan jurutera pemenang anugerah yang mencipta produk teknologi revolusioner. Kolaborasi memainkan peranan utama dalam inovasi mereka. Alat membolehkan pasukan untuk menggabungkan proses reka bentuk, teknologi dan kejuruteraan dengan lancar dalam aliran kerja mereka. Walaupun protokol keselamatan COVID-19 memaksa syarikat untuk bekerja dalam talian, ia tidak mengganggu prestasi mereka. Mereka dapat memanfaatkan cara bekerja yang lebih pintar dengan menggunakan persidangan video untuk perjumpaan harian, perkongsian skrin untuk ulasan dan sesi membuat lakaran, dan Slack untuk komunikasi setiap hari.

Logo syarikat Tomorrow Lab
Papan kenyataan dengan lukisan, foto dan nota
Perkara seperti berfikir dalam kumpulan tidak wujud. Kolaborasi memerlukan alat untuk orang menggabungkan idea individu dan mencipta sesuatu yang lebih baik.
Tomorrow Lab
Pekerja Tomorrow Lab

Pengalaman pelanggan

Peraturan baharu. Tingkah laku pelanggan baharu.

Seseorang yang bekerja dari rumah pada komputer riba memandang ke bawah pada anjing peliharaannya
Kotak kadbod barangan runcit di atas lantai

75% bersetuju bahawa hubungan dengan pelanggan mereka telah berubah.

Krisis ini telah membuat perubahan pantas dan berkekalan terhadap harapan pelanggan. Oleh kerana sekatan dan langkah keselamatan, orang ramai terpaksa membuat kajian dan membuat pembelian dalam talian. Malah sebelum pandemik, 67% proses keputusan pembelian adalah digital. Bilangan ini hanya akan meningkat selepas pelanggan terbiasa dengan kemudahan dan pilihan yang lebih luas. Bagaimana perniagaan menonjol dan kekal berdaya saing? Organisasi perlu mengutamakan pengalaman pelanggan.

Adakah pasukan anda mempunyai alat untuk bekerja bersama?

 

92% bersetuju bahawa kolaborasi dalaman yang berkesan adalah kunci untuk memberikan pengalaman pelanggan yang berjaya.

Pelbagai orang membalas komen pada Dropbox melalui desktop dan mudah alih

Penemuan Utama

Cabaran perkhidmatan pelanggan terbesar

  • Mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pelanggan semasa
  • Menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pelanggan dalam talian yang baharu
  • Memberikan pengalaman dalam talian yang kuat
  • Memberikan sokongan yang berkesan melalui saluran digital

Cara meningkatkan pengalaman pelanggan

Peningkatan pesat dalam penggunaan digital sebenarnya merupakan peluang besar. Saluran dalam talian boleh membantu perniagaan mengurangkan kos, memperluaskan jangkauan pasaran, dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Tetapi mereka perlu bertindak pantas untuk mendapatkan kelebihan daya saing. Mewujudkan kehadiran dalam talian yang lebih kuat kini amatlah penting.

 

  • Gunakan sembang langsung untuk meningkatkan sokongan pelanggan.
  • Hubungi pelanggan baru dan semasa melalui saluran media sosial.
  • Pastikan laman web anda mesra pengguna dan peranti mudah alih — kini orang ramai lebih menggunakan peranti mudah alih. 

Penjual bunga menggunakan telefon pintar untuk menstrim tutorial berkebun di rumah dan menanam sukulen secara dalam talian

Menjadikan digital lebih peribadi

Revival Retro adalah perniagaan fesyen bebas dan pemenang anugerah yang menghidupkan kembali glamor 1920-an hingga 1940-an. Setelah menemui kejayaan awal sebagai kedai fizikal di London, jenama itu segera menyedari bahawa mereka memerlukan kehadiran dalam talian untuk lebih berdaya saing dan berkembang.Baca lebih lanjut mengenai kisah mereka
Dua orang memakai pakaian revival retro untuk bergambar
Logo syarikat Revival Retro
Saya berbangga dengan diri dan perniagaan saya kerana menjalin hubungan yang berkekalan dengan pelanggan kami. Saya fikir dengan menggunakan teknologi yang tepat, kita dapat menggunakan polisi tersebut dalam talian; mewujudkan kedai dalam talian yang terasa seperti kedai fizikal. Kejayaan perniagaan dalam talian kami telah menjalani transformasi dan prospek masa depan kelihatan sangat cerah. Media sosial, komuniti, dan imejan hebat menjadi asas pembentukan ini, dan Dropbox Business membantu kami menguruskan semuanya.
Rowena Howie, Pemilik Revival Retro
Rowena Howie, pemilik Revival Retro bergambar di luar kedainya

Selepas pandemik

Bangkit semula daripada krisis ini dengan semakin kuat

Orang yang duduk di atas sofa persidangan video pada komputer riba
Logo syarikat pelbagai alat kerjasama termasuk Dropbox, Slack, Microsoft, Adobe dan banyak lagi

90% bersetuju bahawa persekitaran kerja lebih bertumpukan secara digital adalah masa depan bagi cara kita bekerja.

Pandemik global membawa perubahan yang seperti sekelip mata kepada cara kita semua bekerja dan berkolaborasi — baik dengan pasukan dan juga pelanggan kita. Sememangnya tiada jalan kembali. Alat IT/kolaborasi bukan sahaja membantu pemulihan, bahkan ini memenuhi keutamaan perniagaan dan mendorong manfaat unik bagi organisasi, pekerja, dan pelanggan.  

Hari ini setiap perniagaan mengalami perubahan yang dipercepat. Kita harus berubah untuk kekal relevan dengan pelanggan sekarang dan masa depan. Inovasi penting dan setiap pelaburan digital yang kami lakukan berpunca daripada keperluan puluhan juta pelanggan yang kami bekalkan.

Catherine Hamilton, Pengarah Prestasi Perniagaan, Pejabat Pos

Cara kita bekerja tidak akan sama selamanya

Banyak perniagaan cuba untuk belajar daripada krisis dan menghasilkan tempat kerja yang lebih baik. Manakala ada pula yang telah mengumumkan model hibrid yang menggabungkan pejabat dengan kerja jarak jauh, syarikat lain menghilangkan pejabat sama sekali. Kedua-duanya boleh membawa faedah baru yang menarik seperti menurunkan kos, mewujudkan akses untuk kumpulan bakat yang lebih besar, dan memupuk keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik bagi pekerja. Namun ini hanyalah permulaan. Pada dasarnya perniagaan perlu berinovasi untuk kekal berdaya saing dan bangkit semula dengan lebih kuat selepas pandemik semakin reda. Dengan menerapkan jadual, lokasi, dan alat yang lebih fleksibel, mereka dapat membentuk budaya kerja baharu dan memulai era perkembangan baharu.

Bagaimana prestasi organisasi anda?

Sertai tinjauan penanda aras pantas kami untuk melihat cabaran pengurusan perniagaan semasa anda berbanding organisasi kecil dan sederhana yang lain.

Seseorang bekerja dari rumah pada komputernya sambil memegang minuman dan nota kertas

Mengenai tinjauan

VansonBourne
Meninjau 3,000 pembuat keputusan perniagaan dan IT di UK dan AS. Wawancara diadakan dalam 2 gelombang – Jun/Julai dan Ogos.
Peserta
Diwakili organisasi sederhana (250-2499 pekerja), kecil (20-249 pekerja), dan sangat kecil (2-19 pekerja).
Industri
Termasuk teknologi, pembinaan, peruncitan, kewangan, hospitaliti, dan pembuatan serta terdiri daripada pelbagai ukuran pendapatan.