Skip to content (Press Enter)

Kajian kes

BNIM

Dropbox membolehkan firma arkitek berprestij ini bekerjasama dalam fail reka bentuk yang besar dari mana-mana pejabat atau peranti dengan mudah, menghasilkan kelulusan yang lebih cepat dalam projek klien.
Dua orang saling bertukar dokumen melalui tablet di atas meja

Hasil Utama BNIM

  • 40% pengurangan dalam kos tetap pengurusan IT
  • Masa respons lebih cepat dengan rakan sekerja, perunding, dan pelanggan
  • Keselamatan dan pemilikan lebih ketat ke atas reka bentuk proprietari

Cabaran

Memudahkan aliran kerja semasa perkembangan

BNIM mereka bentuk bangunan yang bukan sahaja nampak hebat, tetapi turut memenangi anugerah kebangsaan kerana kemampanan dan kecekapan tenaga. Kejayaan ini telah mendorong syarikat ini melebarkan sayap jauh dari ibu pejabatnya di Kansas City, melancarkan tujuh pejabat baru di seluruh Amerika Syarikat. Tetapi apabila pekerja di lokasi yang berlainan perlu bekerja bersama-sama, proses sedia ada jelas menyekat pertumbuhan. Setiap pejabat mempunyai pemacu rangkaian yang berasingan, menyukarkan rakan sekerja dan perunding di bandar-bandar berbeza untuk bekerjasama, terutamanya semasa mengendalikan fail rumit seperti model Autodesk Revit 3-D. Tarikh akhir usul menyelinap lebih awal daripada yang dijangka, kerana arkitek perlu memuat naik fail ke pelayan pada malam sebelum tarikh akhir itu, kata Erin Gehle, Pengarah Komunikasi. “Kami terpaksa memperuntukkan margin yang besar hanya untuk komunikasi,” kata Gehle. Semasa di luar pejabat, arkitek terpaksa bergelut dengan VPN dan perisian pengurusan projek, satu perjuangan yang berulang setiap kali seseorang melakukan suntingan. “Alat sedia ada kami tidak membantu apabila kami berkongsi model Revit yang besar,” kata Paul Waters, Pengarah IT. “Beberpa mekanisme lain perlu digunakan.” Untuk menangani semua masalah ini, pekerja mula menggunakan akaun Dropbox peribadi menggunakan alamat e-mel BNIM mereka. Selepas menilai beberapa pembekal awan perusahaan, kami tidak hairan apabila Dropbox muncul sebagai pemenang. "Dari sudut pandangan agnostik peranti, Dropbox adalah yang paling mudah untuk dikendalikan," kata Waters.

“Dahulu kami ada begitu banyak langkah untuk berkongsi dan bekerjasama dalam fail. Dropbox telah menghapuskan langkah tersebut supaya aliran kerja kami lebih cekap.

Paul Waters, Pengarah IT, BNIM

Penyelesaian

Rangka tindakan baru untuk kerjasama

Bagi pekerja BNIM, proses peralihan daripada konsep kepada rangka tindakan telah menjadi jauh lebih lancar sejak menggunakan Dropbox. Gehle mengatakan bahawa daripada menghabiskan berjam-jam menangani batasan pelayan, pekerja memulakan permintaan fail dengan pantas, yang akan membimbing penerima untuk menambah kandungan ke folder khusus. “Apabila perunding meneliti sesuatu usul dan mahu melihat imej lain, ia satu proses yang sangat mudah,” katanya. Pasukan arkitek dan jurutera kini boleh mengulangi model dengan mudah di dalam folder kongsian. Apabila bersedia untuk menghantar reka bentuk kepada pelanggan, mereka menggunakan pautan kongsian, yang telah menghapuskan kebimbangan terhadap saiz atau jenis fail. Kakitangan BNIM kini boleh berkongsi kebanyakan dokumen ini bersama pelanggan pada peranti mudah alih, menjadikan lebih mudah untuk menggambarkan konsep awal semasa berada di tapak pembinaan. “Bekerja pada telefon saya adalah satu pengalaman yang lebih lancar sekarang, berbanding memuatkan e-mel atau cuba untuk memuat turun fail,” kata Gehle. Beralih kepada Dropbox juga telah memberi BNIM ketenangan yang diperlukan kerana dokumen proprietari syarikat akan sentiasa selamat. Waters menggelar Konsol Pentadbir sebagai “penyelamat,” memberi BNIM kawalan lebih besar ke atas data menerusi ciri-ciri seperti penghapusan jarak jauh, yang membolehkan IT menghapuskan fail daripada peranti apabila pekerja meninggalkan syarikat.

“Ia benar-benar telah mengubah keupayaan kami untuk bertindak balas dengan pantas. Ia meningkatkan nama baik kami kerana menjadi responsif, celik dan bersemangat. Serta klien menghargainya.

Erin Gehle, Pengarah Komunikasi, BNIM

Hasil

Masa respons lebih pantas

Dropbox membantu pekerja BNIM menjimatkan masa—sama seperti bangunan yang direka bentuk oleh firma ini membantu pelanggan menjimatkan tenaga. “Tiada lagi berjaga lewat malam untuk memindahkan fail kembali ke rangkaian,” kata Gehle. Tempoh kitaran kerja yang lebih cepat juga telah disedari oleh pelanggan. “Ia benar-benar telah mengubah keupayaan kami untuk bertindak balas dengan pantas. Ia meningkatkan nama baik kami kerana menjadi responsif, celik dan bersemangat. Serta pelanggan menghargainya.” Jabatan IT BNIM telah menyaksikan kesan yang sama dari segi kelajuan dan kecekapan dengan Dropbox. Waters menganggarkan perkhidmatan ini telah mengurangkan kos tetap pengurusan IT sebanyak 40%. “Contohnya, daripada bertanya kepada pengguna yang kehilangan fail ‘anda mahu ia dipulihkan kepada hari apa?’ pengguna boleh melakukannya sendiri,” katanya. Sebagai pasukan IT yang memahami perniagaan, penjimatan masa ini membantu BNIM kekal di hadapan. “Kami berusaha untuk meletakkan BNIM di hadapan dari segi kecanggihan teknologi dan meneliti semua cara baru yang muncul untuk mengukuhkan proses reka bentuk,” kata Waters. “Jadi pengurangan kos tetap ini sememangnya hebat.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda

Cuba secara percuma