Skip to content (Press Enter)

Cara untuk meningkatkan produktiviti pasukan

Mana-mana pasukan yang bagus tahu untuk bekerja lebih pintar, bukan lebih kuat, tetapi mengekalkan cara kerja itu lebih sukar daripada yang dikatakan.

Seseorang menggunakan senarai tugasan dalam Dropbox Paper untuk menjadi lebih produktif

Apakah yang menghalang produktiviti pasukan?

Motivasi dan moral pasukan ada pasang dan surut kerana kita cuma manusia biasa. Malangnya, proses perniagaan anda tidak boleh ada pasang dan surut seperti itu. Mengekalkan tahap  produktivititertentu adalah penting. Dropbox membantu pasukan kekal bermotivasi dan produktif sambil mereka maju ke visi yang dikongsi.

Produktiviti pasukan anda mungkin mengejutkan anda. Mungkin anda fikir moral pasukan anda dalam keadaan yang bagus kerana mereka duduk bekerja di meja mereka lima hari seminggu, namun itu tidak semestinya benar. Contohnya, produktiviti didapati lebih tinggi dalam kalangan pekerja yang bekerja dari rumah—tetapi mengapa?

1. Berada di meja anda tidak bermakna anda sedang bekerja.

Hanya kerana komputer riba anda terbuka tidak bermakna mental anda fokus pada kerja. Salah satu kelemahan transformasi digital ialah tempat kerja—dan kerana acara pada tahun 2020—kini kita tahu yang bekerja boleh dilakukan dari mana-mana sahaja. Membebaskan pasukan anda daripada kekangan fizikal hanya salah satu daripada perkara terbaik Dropbox lakukan dan juga salah satu cara paling berkesan untuk menggalakkan produktiviti kerja anda. Menjauhi cara pemikiran kolot ini bukan sahaja penting untuk kecekapan pasukan. Jika, seperti pelanggan gembira kami di Castor and Pollux, kami mengalu-alukan klien untuk menyertai aliran kerja anda, terbuka dengan semua perkara, bekerjasama dan tidak terikat dengan pelayan pejabat adalah penting.

2. Hilang tumpuan pada perkara penting

Setiap ahli pasukan mempunyai peranan penting namun mudah untuk orang mula merasa tidak diperlukan. Ahli kumpulan dengan cepat boleh terpisah daripada kerjasama kandunganyang menjadikan mereka pasukan dan melihat kerja sebagai aliran tugas tanpa henti, bukan sebagai satu langkah menuju kepada matlamat bersama. Di sinilah Dropbox Paper muncul, membantu ahli pasukan untuk kekal terkini dengan semua orang lain. Integrasi kami dengan Trello dan Monday.com merupakan kerjasama yang hebat untuk daftar masuk biasa. Supaya anda semua tahu yang anda menuju ke tarikh akhir dan memahami yang anda bukan tidak bernilai, tapi seorang ahli pasukan yang sangat penting.

3. Tiada kebertanggungjawapan

Pasukan berfungsi lebih baik dengan sedikit struktur dan jangkaan, seperti pengurusan masa dan tarikh akhir. Jika anda tidak diberi tanggungjawab semasa projek, kekecewaan boleh berkembang. Ruang kerja moden ialah tentang hierarki rata dan bermaksud semua orang dinilai, dengan tugas utama untuk dipegang. Menguatkuasakan ini akan membantu semua orang melakukan yang terbaik.

Cara menggalakkan keberkesanan pasukan

Kini anda tahu perkara yang menghalang produktiviti pasukan anda, bagaimanakah anda boleh membantu pasukan anda melakukan yang terbaik?

Komunikasi adalah penting

Kebertanggungjawapan dan komunikasi berganding bahu. Tidak kira tempat pasukan anda bekerja, tidak kira perkara yang mereka kerjakan, anda semua mesti berhubung. Gunakan integrasi Dropbox seperti Slack yang dilengkapi manfaat seperti komunikasi tidak selaras (cth., tiada orang mengekori anda untuk respons masa nyata yang segera). Mengekalkan komunikasi akan mengekalkan penglibatan pekerja dan juga kunci untuk pembangunan pasukan, mewujudkan hubungan di luar jabatan anda.

Sama seperti anda boleh membuang sekatan lokasi fizikal atau hierarki lapuk, anda juga harus membuang sebarang had pada saluran komunikasi terbuka anda. Komunikasi kaku dan kekok membawa kepada silo organisasi, iaitu komunikasi digantikan dengan menjaga pagar dan produktiviti digantikan dengan sifat tidak mahu berkongsi.

Merapatkan jurang

Walaupun Dropbox tidak menjanjikan anda projek yang sempurna, Dropbox pasti dapat menjadikan pengalaman pengurusan tugas lebih lancar. Anda mungkin tidak menyedari hal ini, tetapi sejumlah besar masa hilang untuk mengklik masuk dan keluar banyak aplikasi, memuat turun, mengedit dan menghantar semula e-mel, dan sebagainya. Kekal berada dalam satu ruang kerja digital berpusat meminimumkan masa pertukaran antara apl berbeza serta gangguan seperti media sosial. Ini bermakna anda benar-benar boleh memanfaatkan aliran kerja dan mencipta kerja terbaik anda.

Bawa pasukan anda ke Patreon. Pelantar mereka membantu membentuk cara kreatif merealisasikan visi mereka dan menjangkau khalayak mereka. Secara asasnya, semakin Patreon aktif, semakin produktif pelanggan kreatif mereka. Seperti yang Pengurus Pemasaran Pencipta terangkan,"[Kami bergerak] 'selaju yang mungkin' supaya kami boleh mendahulukan pencipta...kami perlu bekerjasama dan berkomunikasi dengan sangat pantas sebagai sebuah pasukan".

Cari keseimbangan kehidupan-kerja yang sempurna

Sesetengah jenama paling berkuasa di dunia mempunyai tabiat kerja yang mungkin dianggap tidak produktif oleh tradisionalis. Daripada pod tidur siang hingga waktu kerja fleksibel, hari cuti tanpa had hingga ke bekerja jarak jauh, jika anda ingin mendapatkan yang terbaik daripada pasukan anda, fikirkan tentang pembangunan pasukan peribadi dan perkara yang mereka perlukan untuk menjadi yang terbaik. Mari kita mengaku—tiada siapa yang sukakan perjalanan ulang-alik dan tiada siapa benar-benar ingin menghabiskan 40 jam seminggu terikat di meja. Tetapi membuang perjalanan ulang-alik sepenuhnya dan membiarkan pasukan anda mendapatkan semula hampir 20 jam seminggu untuk masa peribadi? Itu mengubah cara orang berfikir dan terlibat dengan pekerjaan, yang secara positif memberi kesan kepada keberkesanan dan produktiviti pasukan.

Dropbox sedia untuk digunakan di mana saja anda berada. Sama ada anda di dalam kereta api, di rumah, di pejabat atau bekalan Internet terganggu, apabila anda sedia untuk bekerja, anda boleh. Dan apabila tiba waktunya untuk berehat, anda boleh putuskan sambungan dengan mengetahui semuanya selamat disimpan dan didokumenkan.

Tingkatkan produktiviti pasukan anda

Bermula