Skip to content (Press Enter)

Tukar telefon anda menjadi scanner PDF

Hanya dalam beberapa tekan, ubah kontrak, resit dan dokumen fizikal lain kepada PDF dengan telefon anda. Kemudian simpan dan kongsi dokumen anda ke penyimpanan awan anda—semuanya dalam Dropbox.

true

Adakah semua dokumen penting anda disumbat ke dalam laci meja yang tidak teratur? Kotak di dalam almari? Bertimbun di atas meja? Daripada sentiasa perlu memberitahu orang ramai untuk tidak menyentuh "timbunan kertas itu", muat naikkan ke awan. Pengimbas PDF Dropbox dibina terus ke dalam apl, jadi menambah dan mengatur semua kertas anda semudah mengambil gambar dan menyimpannya ke folder.

 

Atur segala-galanya dengan Dropbox 

Ketahui tempat simpanan resit kerja anda pada setiap masa. Terus cari gambar papan putih sumbang saran apabila anda memerlukannya. Anda tidak akan sesekali hilang kad perniagaan penting lagi dalam poket kot. Apabila anda menggunakan telefon anda sebagai scanner PDF, maka mudah untuk menangkap dan memuat naik imej dan fail penting ke akaun Dropbox anda. Dari situ, Dropbox memberikan anda cadangan nama pintar dan folder berdasarkan imbasan terbaru anda agar anda boleh menyusun fail anda secara intuitif.

Cari fail dengan cepat

Dropbox menggunakan teknologi pengecaman aksara optik automatik ( OCR ), juga dikenali sebagai pengecaman teks, sebagai sebahagian daripada perisian pengimbasan kami supaya anda boleh mencari kandungan itu dengan mudah kemudian. Masukkan sahaja istilah atau kata kunci dalam bar carian dan satu senarai pendek kandungan yang berkenaan akan muncul. Anda juga boleh mencari kandungan menggunakan pratonton mini, ini akan memudahkan anda mencari dan menyusun semua fail PDF yang boleh dicari anda dalam Dropbox.

Cipta PDF yang boleh dibaca dan mudah diurus 

Dokumen yang diimbas boleh ditukarkan menjadi dokumen PDF dengan mudah dengan pelbagai penapis dalam hitam dan putih, papan putih atau asal. Imbasan anda dikesan secara automatik, maka anda juga boleh memotong dan memusingkannya dengan pintar. Tukar fail format PDF menjadi dokumen berbilang halaman hanya dengan menambah halaman tambahan dan menyusun semula mengikut kesesuaian anda. Anda juga sentiasa boleh mengambil semula imbasan tanpa perlu memulakan semula. Apabila anda sudah selesai, pilih tempat dalam Dropbox untuk anda menyimpan imbasan anda dengan cadangan nama pintar dan folder pintar.

Ubah dokumen fizikal kepada alat kerjasama digital 

Bebaskan diri anda daripada bergantung kepada folder fizikal dan dokumen paper dalam pejabat. Sebaliknya, ubah pasukan anda menjadi rumah kuasa yang teratur dan bekerjasama dengan fail tanpa kertas dan boleh dikerjakan yang boleh diakses semua orang di satu tempat. Pasukan anda boleh mengimbas dokumen dengan segera untuk mencipta PDF untuk disimpan dan pada masa yang sama menikmati mobiliti dan kebebasan yang lebih tinggi untuk bekerja dari mana-mana jua.

Kuasa imbasan dokumen ada dalam poket anda 

Ikut arahan ringkas ini untuk menggunakan pengimbas dokumen dalam apl mudah alih (tersedia pada telefon dan tablet iOS serta Android) untuk mengimbas fail terus ke akaun Dropbox anda atau menukar fail sedia ada kepada imbasan: 

  1. Buka apl Dropbox pada peranti mudah alih anda.
  2. Tekan ikon + (tambah).
  3. Tekan Imbas Dokumen.
  4. Sama ada ambil gambar kandungan yang ingin anda imbas atau pilih imej sedia ada pada peranti mudah alih anda.
  5. Jika mahu, buat suntingan atau imbas halaman tambahan.
  6. Tekan Seterusnya.
  7. Jika mahu, buat penyelarasn pada tetapan simpan.
  8. Ketik Simpan.

Bersedia untuk mula mengimbas?

Muat turun apl sekarang