Skip to content (Press Enter)

Apakah yang dimaksudkan dengan selaras?

Selaras membawa maksud baharu dalam zaman digital. Berikut ialah sebab ia perkara yang baik untuk anda—dan fail penting anda.

Bandingkan pelan
Seseorang menggunakan Dropbox untuk melaraskan fail

Apakah yang dimaksudkan dengan selaras?

Selaras, bermaksud dua atau lebih perkara berfungsi secara harmoni. Contohnya, jika sebuah filem tidak selaras. Pergerakan bibir pelakon tidak akan sepadan dengan trek audio. Mengecewakan, tetapi tidaklah sekecewa mendapat fail yang tidak diselaraskan.

Apabila anda selaraskan fail anda, anda mengarahkan ia untuk mengemas kini mengikut cara yang sama pada dua peranti anda atau lebih. Itu bermakna anda tidak lagi perlu risau tentang meninggalkan gambar berharga anda pada PC rumah atau membawa dokumen menggunakan USB. Jika anda selaraskan dokumen pada satu peranti, anda boleh mengakses pada mana-mana peranti. Hayat bateri lemah pada komputer riba anda? Bertukar saja kepada telefon anda. Berupaya menyelaraskan fail bermaksud tidak kira anda memuat naik, mengedit atau berkongsi daripada telefon, PC atau tablet, anda akan sentiasa terkini. Anda akan sentiasa mendapat perkara yang diperlukan, pada bila-bila masa anda memerlukannya.

Jadi, bagaimana penyelarasan berbeza daripada menyandarkan fail?

Perbezaanya tidaklah serumit yang anda fikirkan. 

Animasi dan ilustrasi memperincikan cara untuk membezakan antara Dropbox Backup dan penyelarasan

Bagaimanakah Dropbox melaraskan fail?

Dropbox menggunakan penyimpanan awan untuk selaraskan fail. Itu bermakna tidak kira apa jua peranti yang anda guna untuk mengakses akaun Dropbox anda, semua fail anda berada pada peranti menanti anda. Bermula dengan membuat akaun Dropbox dan memuat naik sebarang fail yang anda mahu selaraskan. Ia umpama peti besi dalam talian. Gambar yang berharga boleh hilang atau terhapus secara tidak sengaja pada telefon atau PC anda, tetapi jika ia di muat naik ke Dropbox, anda akan sentiasa dapat mengaksesnya.

Mengapakah saya perlu selaraskan fail dengan Dropbox?

Mudah ialah jawapan yang paling jelas, tetapi terdapat cara lain menggunakan penyimpanan awan yang boleh menjimatkan masa, usaha dan bahkan wang anda:

Kosongkan ruang

Penyimpanan tambahan boleh menambah $100 atau lebih dengan mudah dalam bil akhir anda apabila bercakap tentang membeli peranti baru. Dengan menyimpan fail dan folder sebagai dalam talian sahaja, kandungan kini disimpan dalam awan, bukannya pada penyimpanan dalaman peranti anda. Anda tidak perlu risau tentang menghapuskan fail untuk memberikan ruang kepada fail atau apl baru.

Sesekali tidak tanpa fail

Sama ada ia mesyuarat, perjumpaan keluarga atau mencetak dokumen penting, anda tidak perlu risau tentang tertinggal fail di rumah atau di tempat kerja—ia akan berada di dalam akaun Dropbox anda. Itu bermakna anda boleh mengakses fail daripada telefon, PC, komputer riba, tablet atau bahkan komputer di perpustakaan jika perlu.

Tidak terlambat untuk mengedit

Anda menemui ralat ketika anda mahu mencetak surat rasmi atau manuskrip kreatif anda? Tiada masalah, hanya edit dalam Dropbox menggunakan MS Office atau G Suite. Perubahan akan disimpan pada semua peranti anda dan anda boleh mencetak versi akhir anda. Tidak lagi perlu bergegas-gegas mencari PC untuk memadamkan satu kesilapan tipo, anda boleh melakukan semuanya pada telefon iOS atau Android anda.

Backup fail

Menyimpan fail pada peranti anda mungkin nampak seperti penyelesaian paling mudah. Lagi pula, bukan selalu anda perlu memeriksa mesej teks anda untuk melihat gambar atau nama restoran yang disyorkan. Masalahnya ialah jika telefon anda rosak atau hilang, begitu juga semua fail anda. Memang, anda boleh mencuba pemulihan fail yang mungkin mahal jika anda menggunakan perkhidmatan profesional, atau anda boleh saja menggunakan awan. Tidak kira apa yang berlaku pada fail anda, sandaran fail bermaksud semua dokumen dan gambar anda masih selamat dan tersedia ketika anda memerlukan.

Kerjasama

Anda boleh berkongsi dokumen dengan rakan, keluarga atau rakan sekerja dan menjemput mereka untuk mengedit atau meninggalkan komen. Ini boleh menjadi cara yang bagus untuk menyusun item sehari-hari seperti nombor telefon atau membuat buku alamat dalam talian yang boleh dikongsi. Tiada lagi hilang kenalan.

Kerap berkongsi dan bekerjasama pada dokumen dengan orang yang sama? Pelan Dropbox Family mempunyai Folder Family untuk perkongsian dan semua orang menguruskan akaun peribadi mereka sendiri.

Apakah yang saya boleh selaraskan dengan Dropbox?

Dropbox menyokong pelbagai jenis fail termasuk dokumen Word, imej, PDF, video dan fail ZIP. Ia merupakan cara terbaik untuk mengakses fail besar seperti video panjang tanpa membiarkan ia mengambil ruang yang banyak pada telefon pintar atau PC anda. Apa sahaja yang anda perlu untuk diselaraskan, Dropbox boleh membantu.

Bagaimana jika saya berada di luar talian?

Apl desktop Dropbox akan memastikan folder tersedia kepada anda sekalipun Internet anda terputus. Sekiranya anda hilang sambungan sewaktu menaip perenggan penting, anda tidak perlu risau. Dropbox akan menyimpan jejak perubahan anda dan apabila anda berada dalam talian semula, Dropbox akan mengemas kini versi diselaras terakhir anda pada peranti anda yang lain. Ini sesuai untuk pasukan jauh atau ahli keluarga jarak jauh, kerana tidak kira sejauh mana Internet anda boleh diharapkan (atau tidak), Dropbox akan memastikan fail dan folder anda tetap boleh diakses.

Bagaimanakah jika seseorang mengubah dokumen saya secara tidak sengaja?

Penyelarasan memang hebat, tetapi kesilapan manusia boleh berlaku. Jika anda berkongsi dokumen dengan seseorang dan dia secara tidak sengaja mengubah atau memadamkan item penting, anda tidak perlu risau kerana Dropbox membolehkan anda memulihkan versi lama. Selama tempoh anda mahu kembali kepada versi dokumen yang kurang daripada 30 hari, anda boleh lakukannya. Anda boleh kembali ke selaras terakhir anda jika anda memutuskan bahawa perenggan yang ditulis semula itu tidak sesuai, memberikan anda kebebasan editorial.

Sejauh manakah keselamatan dokumen saya yang dikongsi?

Amat selamat! Anda boleh memilih dengan tepat sesiapa yang anda mahu berkongsi fail anda. Anda bahkan boleh berkongsi dengan mereka pautan yang dilindungi dengan kata laluan atau menetapkan tarikh untuk akses tamat agar penerima terpilih hanya akan dapat mengakses fail anda untuk masa terhad. Jika anda mempunyai hobi kreatif baharu seperti fotografi atau menulis namun risau tentang harta intelek anda dicuri, anda bahkan boleh menambah tera air, menjadikan Dropbox satu cara yang sempurna untuk berkongsi pratonton hasil kerja anda dengan bakal pelanggan.

Selaraskan dengan Dropbox

Bandingkan pelan