Skip to content (Press Enter)

Kajian kes

Paymark

Penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka New Zealand memastikan tenaga kerja mudah alih mereka gembira dan produktif—sambil memastikan data sensitif selamat—dengan Dropbox sebagai bahagian penting bagi sistem storan dan perkongsian fail mereka.
Tangan mengeluarkan fail daripada folder

Hasil Utama Paymark

  • Kerjasama lebih mudah, lebih berkesan
  • Mobiliti dan ketangkasan meningkat
  • Perkongsian selamat dengan rakan niaga luar

Cabaran

Penerimaan dipermudahkan

Selama lebih 25 tahun, Paymark telah memproses transaksi pembayaran digital untuk orang ramai di seluruh New Zealand. Syarikat ini telah memelihara kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan pembayaran dengan meletakkan keselamatan, kebolehpercayaan, dan inovasi sebagai tunggak operasi berhadapan pelanggan dan dalaman mereka. Apabila Paymark memutuskan untuk melaksanakan dasar bawa-peranti-sendiri dalam tenaga kerja, melaksanakan aplikasi yang dipercayai, selamat, dan mesra mobiliti menjadi keutamaan besar. Walaupun syarikat ini telah mempunyai produk legasi, ia tidak berkesan untuk pelbagai peranti baru yang digunakan. Kerjasama yang meningkat dengan pihak ketiga memerlukan satu penyelesaian pengguna yang mudah untuk digunakan namun tidak akan membahayakan data yang sensitif. Dengan sokongan yang kuat terhadap Dropbox antara kakitangan Paymark, syarikat ini memilih untuk mencuba Dropbox sebagai penyelesaian baru mereka. Simon Burson, Pengurus Keselamatan Paymark, berkata, “Setelah mereka mencuba Dropbox, penerimaan menjadi agak agresif. Malah pasukan perundangan kami, yang bersikap agak konservatif tentang peralatan baru, terus mula menggunakannya.”

Terdapat populariti yang luar biasa untuk Dropbox dalam kalangan kakitangan kami. Peralihan tidak pernah selancar ini.

Simon Burson, Pengurus Keselamatan, Paymark

Penyelesaian

Menyokong tenaga kerja mudah alih yang selamat

Hari ini, Paymark bergantung pada Dropbox untuk terus menghubungkan kakitangan dan rakan niaga, tanpa mengira jenis peranti yang mereka gunakan atau lokasi mereka semasa melakukan kerja. “Kami bergantung pada Dropbox untuk perkongsian fail dan kerjasama pada semua kerja kami yang sedang berjalan,” tambah Burson. ”Bagus apabila dapat mengakses fail yang kami perlukan, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja kami memerlukannya.” Apabila pekerja perlu melaksanakan pemindahan P2P, Dropbox menyediakan rekod boleh diaudit untuk mereka. Sebelum ini, semasa e-mel digunakan, pemindahan P2P bukan sahaja sukar untuk dipantau—ia juga kurang selamat. Disebabkan integrasi dengan CASB dan platform keselamatan siber awan, CloudLock, semua perkongsian Dropbox menjadi selamat dan mematuhi piawaian pematuhan PCI yang perlu ditepati oleh Paymark. Seperti yang dijelaskan Burson, “CloudLock membolehkan kami untuk menjalankan pemantauan masa nyata terhadap nombor kad kredit, untuk memastikan bahawa tiada sesiapa akan tersilap meletakkannya di tempat yang salah semasa menggunakan Dropbox.“

“Kami mempunyai satu set peralatan yang tidak memuaskan dan ia mengekang orang kami. Beralih kepada Dropbox memberi kami peluang untuk meningkatkan produktiviti kakitangan sambil meningkatkan kepuasan pekerja. Akhirnya, kami mendapat sesuatu yang lebih berkesan, selamat, dan menjadikan semua orang gembira.

Simon Burson, Pengurus Keselamatan, Paymark

Hasil

Melonjak produktiviti dan kepuasan hati

Dengan mobiliti disokong sepenuhnya dan sistem keselamatan teratur, kerjasama dalam seluruh organisasi Paymark kini lebih ringkas dan selamat. Selain daripada menambah baik proses dalaman untuk Paymark, Dropbox Business turut memudahkan pekerja untuk bekerja dengan rakan niaga luar. “Keupayaan kami untuk bekerjasama dalam apa-apa sahaja daripada rundingan kontrak kepada reka bentuk dan pembangunan piawaian teknikal bersama pihak ketiga jelas sekali telah bertambah baik dengan Dropbox,” kata Burson. Keputusannya adalah tenaga kerja yang lebih cekap dan produktif. Burson merumuskan impak Dropbox Business dengan menambah, “Kami mempunyai satu set peralatan yang tidak memuaskan dan kami cuma menggunakan apa-apa sahaja cara untuk menanganinya. Beralih kepada Dropbox memberi kami peluang untuk meningkatkan produktiviti kakitangan sambil meningkatkan kepuasan pekerja. Akhirnya, kami mendapat sesuatu yang lebih berkesan, selamat, dan menjadikan semua orang gembira.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda

Cuba secara percuma