Skip to content (Press Enter)

Temui fail dengan mudah menggunakan ciri Dropbox Rewind

Memulihkan fail yang terhapus dengan Dropbox Rewind

Kemas kini (17 Mac 2020): Dropbox Rewind kini tersedia untuk semua pasukan Dropbox Business. Pentadbir boleh melaraskan tetapan untuk pasukan mereka dengan melawati konsol pentadbir.

Kemas kini (30 September 2019): Pasukan Dropbox Business kini boleh menghidupkan ciri ini melalui program akses awal kami dengan melawati konsol pentadbir.

 

Anda mungkin menghapuskan atau menyimpan fail penting secara tidak sengaja pada suatu ketika semasa proses kerja anda. Jangan risau, kami sedia untuk membantu anda—dan itulah sebab yang tepat kami membina pemulihan fail dan sejarah versi dalam Dropbox. 

Tetapi, apa yang anda boleh lakukan apabila malapetaka berlaku? Katakan aplikasi ranap di tengah-tengah projek dan memadamkan semua kerja terbaru anda. Atau lebih teruk lagi, anda disasarkan oleh perisian tebusan dan mengunci anda daripada mendapatkan fail anda. Membaiki kecelakaan dahsyat ini bukan semudah membalikkan pengeditan atau memulihkan fail yang hilang.

Kini anda tidak perlu risau tentang kemalangan besar kerana Dropbox menyokong anda. Kami telah membina Dropbox Rewind—satu ciri baharu yang membawa akaun anda kembali ke masa sebelum malapetaka terjadi dan menjadikan Dropbox tempat yang lebih selamat untuk menyimpan segala yang penting bagi anda.

Tangkapan skrin animasi Dropbox Rewind

Dengan Rewind, membetulkan kemalangan besar dengan kandungan dalam akaun anda sememangnya mudah. Hanya log masuk ke dropbox.com dan pulihkan keseluruhan akaun anda agar kelihatan seperti sebelum kecelakaan tersebut. Anda akan dapat memilih masa yang tepat yang anda perlukan untuk mengembalikan akaun anda dan membuat asal semua yang salah sekaligus. 

Selepas mengundurkan fail atau akaun anda, kemalangan tersebut seolah-olah tidak pernah berlaku. Fail anda yang dipulihkan akan diselaraskan dengan semua peranti yang dipautkan dan anda boleh bernafas lega selepas itu. Gunakan pilihan sandaran fail tambahan seperti penyelarasan delta dan sandaran tambahan.

Perlu menggunakan Rewind atau hanya mahu tahu sama ada ia wujud jika anda memerlukannya? Pengguna Dropbox Plus boleh memutar balik akaun mereka ke mana-mana tempat dalam tempoh 30 hari lalu, dan pengguna Dropbox Profesional mendapat sehingga 180 hari perlindungan. Untuk pelanggan Dropbox Business kami, nantikan kemaskinian ketersediaan ciri.

Rewind hanyalah satu cara untuk Dropbox memastikan fail anda selamat

Ketahui tentang pemulihan fail