Bagaimanakah sandaran tambahan berfungsi?
Sandaran tambahan ialah jenis sandaran yang hanya mengemas kini perubahan yang dibuat pada fail anda sejak sandaran terakhir anda. Jadi, jika anda mengubah 10 patah perkataan dalam fail 10,000 perkataan, sandaran tambahan hanya akan melibatkan 10 perkataan yang diubah itu. Ini bermakna anda tidak perlu memproses semula fail yang tidak diubah sejak sandaran sebelumnya.
Sandaran kebezaan, sebaliknya, memproses semula semua fail yang telah berubah sejak sandaran terakhir anda. Sandaran ini serupa dengan sandaran tambahan tetapi, daripada hanya menggantikan 10 perkataan yang diubah dalam fail 10,000 perkataan, sandaran ini perlu memuat naik semula keseluruhan fail.
Apakah jenis pendekatan sandaran terbaik?
Jenis strategi sandaran terbaik akan bergantung pada keperluan anda, tetapi kebanyakan perniagaan akan mendapat manfaat daripada sandaran fail tambahan kerana cara ini menyediakan penyelesaian yang paling cekap masa. Jurang antara sandaran mencipta peluang untuk kehilangan data dan boleh membahayakan percubaan pada pemulihan bencana . Hal ini meningkatkan kepentingan sandaran yang kerap dan menjadikan kelajuan sandaran sebagai faktor penting. Oleh sebab sandaran kebezaan perlu memproses lebih banyak data daripada sandaran tambahan, sandaran kebezaan diselesaikan dengan lebih perlahan—menjadikan sandaran tambahan sebagai pilihan yang lebih baik.
Terdapat satu kelemahan bagi sandaran tambahan iaitu apabila data perlu dipulihkan, data mesti dipulihkan daripada setiap sandaran tambahan yang dibuat sejak sandaran penuh terakhir anda. Proses ini boleh menjadi satu proses sandaran yang sangat memakan masa. Anda juga mungkin sukar untuk menentukan tarikh tepat yang ingin anda sandarkan.
Petua popular untuk Sandaran
Anda menjalani hidup secara berbahaya jika perniagaan anda tidak melaksanakan sistem sandaran. Pastikan fail anda disandarkan dan disimpan dengan selamat agar jika perkara terburuk berlaku, anda tahu bahawa anda boleh bergantung pada pemulihan data. Berikut ialah beberapa petua untuk bermula:
Jangan simpan sandaran anda di lokasi yang sama
Jangan memilih untuk menjalankan sandaran penuh baru hanya untuk meletakkan fail anda di lokasi yang sama seperti lokasi asal. Contohnya, jika anda menyimpan sandaran fail PC anda dalam fail khusus pada pemacu C anda, tindakan ini tidak akan melindungi anda daripada kegagalan sistem pengendalian dan kehilangan data. Jika PC anda kemudiannya rosak, kerosakan itu akan menghilangkan semua data anda, termasuk sandaran anda, dan anda tidak akan dapat melakukan pemulihan penuh.
Anda juga mungkin ingin mengelakkan simpanan sandaran mudah hilang atau rosak seperti pemacu cakera atau pemacu keras luaran. Membuat sandaran semua data pada pemacu keras luaran secara berterusan mungkin kelihatan seperti senario sandaran yang sempurna dengan perbelanjaan yang sangat sedikit. Walau bagaimanapun, peranti ini boleh rosak dan memerlukan pemformatan iaitu perlu dipadamkan sepenuhnya sebelum peranti boleh berfungsi semula.
Jangan lupa untuk menjalankan sandaran anda
Anda harus menjadualkan sandaran automatik dan pastikan anda mematuhi jadual anda. Sememangnya mudah untuk meredamkan peringatan atau menangguhkan proses apabila anda sedang melakukan sesuatu. Berbuat sedemikian terhadap sandaran anda hanya akan menimbulkan bencana. Tetapkan masa setiap minggu untuk menjalankan sandaran anda, sebaik-baiknya di luar waktu pejabat. Ini bermakna semua data anda boleh disimpan dengan selamat tanpa mengganggu aliran kerja biasa anda.
Pastikan data yang disandarkan itu dilabelkan dengan betul
Sangat mudah untuk membiarkan sandaran berjalan di latar belakang tanpa perlu mengingatinya. Tetapi sekiranya anda perlu menggunakan data sandaran anda suatu hari nanti, anda akan bersyukur kerana anda meluangkan masa untuk melabelkan semua data dengan betul. Anda mungkin tidak mahu meluangkan masa untuk menamakan setiap set data dengan tepat. Namun, anda harus berusaha untuk berbuat demikian bagi dokumen anda yang paling penting dalam semua fail sandaran terbaru anda. Terutamanya kerana anda mungkin tidak dapat mengenal pasti fail anda berdasarkan tarikh sahaja.
Walaupun anda mengikut semua petua ini, sandaran yang berjaya masih memerlukan sedikit usaha daripada anda. Sama ada menyimpan, mengisih atau mendapatkan semula data, anda pasti tertanya-tanya jika ada cara yang lebih mudah. Dan ada caranya.
Sandaran awan dan penyelarasan delta
Dropbox menjadikan perniagaan anda mudah untuk menyelaraskan fail dengan cara yang selamat dan terjamin menggunakan teknologinya sendiri yang dipanggil penyelarasan delta. Penyelarasan delta membolehkan sandaran tambahan, menjadikan masa sandaran lebih pantas tanpa perlu menggunakan banyak ruang simpanan dalam akaun Dropbox anda.
Walaupun setiap sandaran tambahan sejak sandaran penuh terakhir mesti dipulihkan untuk menangkap setiap perubahan, Dropbox Rewind membenarkan pengguna memulihkan keseluruhan sandaran dari titik tertentu tepat pada masanya. Pengguna boleh memulihkan sejumlah besar perubahan sekali gus sambil masih mendapat manfaat daripada menyandarkan data mereka secara berperingkat dengan Dropbox Rewind.
Dengan semua perkara berada dalam talian, anda boleh menikmati fleksibiliti yang tiada tandingannya. Anda tidak perlu berada di pejabat, atau pada peranti kerja anda—anda boleh mengakses fail anda dari mana-mana sahaja. Dropbox juga menawarkan ciri penyelarasan sambung semula automatik agar anda tidak akan kehilangan kemajuan atau muat turun anda jika sambungan Internet anda terputus, penyelarasan akan bersambung semula apabila anda mempunyai sambungan Internet.