Sepanjang sejarah, teknologi baharu terus memajukan keupayaan kita untuk membuat sandaran, menyalin dan melindungi kerja kita.
Dengan kemunculan komputer rumah dan teknologi pemacu keras dalam beberapa dekad kebelakangan ini, amalan menyandarkan fail penting secara manual kepada pemacu keras luaran telah menjadi tugas rutin kebanyakan orang.
Kemajuan teknologi awan hari ini bermakna kita boleh menyimpan dan mengakses fail dan data kita melalui Internet, dengan menggunakan penyimpanan awan. Oleh itu, kita juga pasti boleh membuat sandaran kerja kita dengan menggunakan penyimpanan awan?
Mungkin—tetapi haruskah anda berbuat demikian?
Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda semua perkara yang perlu anda tahu tentang penyimpanan awan dan penyelesaian sandaran moden, supaya anda boleh memutuskan perkara yang paling sesuai untuk keperluan anda dan memastikan kerja anda dilindungi.
Apakah penyimpanan awan?
Penyimpanan awan ialah bentuk simpanan digital yang membolehkan anda memuat naik fail kepada pelayan jauh melalui Internet. Anggap simpanan ini sebagai pemacu keras komputer anda, kecuali simpanan ini hanya wujud dalam talian.
Hal ini membolehkan kami menyimpan versi terkini fail dan dokumen di lokasi dalam talian yang selamat, supaya kandungan tersebut boleh diakses oleh berbilang peranti dari mana-mana sahaja.
Fail yang disimpan dalam awan dilindungi daripada ancaman seperti kegagalan peranti. Jadi, jika komputer riba anda berhenti berfungsi secara tiba-tiba, anda akan dapat meneruskan kerja pada dokumen sebaik sahaja anda boleh mengakses PC lain.
Penyimpanan awan juga membolehkan kerjasama kandungan dari jauh, yang membolehkan berbilang orang melihat dan mengusahakan fail secara serentak.
Adakah penyimpanan awan menyandarkan fail anda?
Kebanyakan pelantar penyimpanan awan, termasuk Dropbox, mempunyai tahap perlindungan sandaran yang berguna untuk fail. Walau bagaimanapun, fail dalam penyimpanan awan tidak dilindungi secara automatik pada tahap yang sama dengan sandaran penuh.
Apakah maksud perkara ini dalam erti kata praktikal? Katakan anda terhapus fail kerja penting dalam penyimpanan awan anda secara tidak sengaja—situasi ini mungkin terjadi. Perlindungan terbina dalam Dropbox akan menyimpan salinan fail tersebut dalam folder “Tong Sampah” yang boleh dipulihkan selama kira-kira 30 hari selepas pemadaman. Sangat bagus jika anda menyedari kesilapan anda tepat pada masanya, namun akan menjadi mengecewakan jika anda tidak menyedari fail itu kehilangan sehingga selepas beberapa bulan kemudian.
Begitu juga, keupayaan kawalan versi berbeza antara pelantar penyimpanan awan dengan jenis fail yang berlainan. Hal ini bermakna jika anda membuat semakan pada fail aplikasi kompleks yang disimpan dalam penyimpanan awan dan menggantikan fail asal, tiada jaminan bahawa anda dapat mengundurkan kembali pengeditan tersebut.
Memandangkan sandaran automatik bukan fokus teras perisian penyimpanan awan, anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda boleh menyimpan sandaran dalam awan secara manual.
Bolehkah anda menggunakan penyimpanan awan untuk membuat sandaran fail anda secara manual?
Memandangkan penyimpanan awan pada hakikatnya berasaskan Internet yang setara dengan pemacu keras fizikal tradisional, logiknya memang anda boleh menyimpan sandaran pemacu tempatan anda dalam penyimpanan awan secara manual.
Walaupun anda secara teknikal boleh menggunakan penyimpanan awan sebagai cara untuk membuat sandaran fail pada mesin anda—contohnya, dengan memuat naik fail secara manual—ini bukanlah tujuan penggunaan penyimpanan awan peribadi mahupun perusahaan. Hasilnya, tindakan ini mempunyai beberapa kelemahan yang tidak perlu:
- Masa—masa yang diperlukan untuk menjalankan proses manual secara rutin akan mula bertambah dengan cepat
- Ruang—jika anda menyimpan 100 GB data tempatan setiap kali anda membuat sandaran, tidak lama lagi anda perlu membeli lebih banyak ruang penyimpanan awan atau menghapuskan sandaran lama untuk membebaskan ruang
- Kerumitan—tugas manual yang tidak perlu, dengan banyak peluang berlakunya kesilapan jika anda terlepas sesuatu atau menghadapi masalah Internet semasa pertengahan proses
Mujurlah, ada penyelesaian lebih mudah yang menyediakan semua ciri ini dan banyak lagi: sandaran awan automatik.
Apakah itu sandaran awan?
Sandaran awan ialah proses mencipta petikan fail dan folder mesin tempatan anda, dan menyimpannya pada arkib dalam talian.
Proses ini merupakan proses automatik yang menyimpan semua sandaran anda, dan bukannya menulis ganti setiap kali sandaran dijalankan.
Proses ini memudahkan anda memulihkan fail dan data anda pada mana-mana peranti, malah juga pada peranti baharu yang tidak mengandungi fail itu sebelum ini.
Apakah kelebihan menggunakan penyelesaian sandaran awan khusus dan bukannya penyimpanan awan?
Terdapat beberapa kelebihan menggunakan penyelesaian sandaran awan automatik dan dibina khusus, berbanding dengan penyimpanan awan sebagai sandaran—contohnya:
- Anda boleh menetapkan sandaran untuk berjalan secara automatik, menghapuskan keperluan untuk menyalin fail secara manual kepada pemacu keras atau penyimpanan awan
- Kehabisan ruang simpanan dan keperluan menghapuskan sandaran atau mengembangkan simpanan, seperti yang berlaku dengan penyimpanan awan, bukanlah masalah di sini
- Lebih baik untuk penyimpanan fail, folder, dan dokumen jangka panjang yang anda tidak perlukan akses tetap, tetapi perlu disimpan (seperti dokumen undang-undang)
- Untuk kerja yang memerlukan banyak proses kerjasama dalam projek, seperti pembangunan apl—sandaran awan membolehkan pengguna mengundurkan sistem mereka kepada versi terdahulu fail/dokumen
Dengan begitu banyak manfaat, anda mungkin tertanya-tanya pilihan yang anda ada apabila mencari pelantar sandaran awan yang sesuai dengan keperluan anda, dan kami rasa kami ada penyelesaian untuk anda.
Memperkenalkan Dropbox Backup
Dropbox Backup ialah penyelesaian sandaran awan revolusi kami, yang direka bentuk untuk melindungi fail dan data peribadi anda selancar dan seringkas mungkin.
Dengan hanya beberapa klik, anda boleh mula menyandarkan kerja penting anda secara automatik pada selang masa yang kerap dan memulihkan kandungan pada mana-mana peranti—pada bila-bila masa anda perlukan.
Tersimpan ganti fail secara tidak sengaja dan perlu mengundurkan kembali? Cuma cari versi lama anda dalam Dropbox Backup dan muat turun salinan.
Adakah kejadian frappuccino tumpah di kafe tempatan anda menyebabkan komputer riba anda basah, pincang tugas dan tidak hidup? Jangan bimbang—anda boleh memulihkan semua fail anda dalam beberapa klik, sebaik sahaja anda mendapat peranti gantian.
Apa-apa sahaja yang perlu anda pulihkan—dan atas apa-apa sebab sekalipun— sememangnya mudah dengan Dropbox Backup.
Hapuskan kerumitan membuat sandaran fail anda dengan Dropbox Backup
Hari-hari menghabiskan masa dan tenaga untuk membuat sandaran data anda secara manual sudah lama berlalu. Tiba masanya untuk penyelesaian moden yang membolehkan anda berada dalam keadaan terbaik.