Skip to content (Press Enter)

Perlu menghantar fail kepada pasukan atau klien anda? Anda ada pilihan.

Dengan semua alatan yang berhubung kini, kita ada banyak kaedah untuk menghantar fail antara satu sama lain. Berikut merupakan kaedah yang telah diuji dan dicuba untuk menukar fail projek—perkongsian dan Dropbox Transfer—dan waktu untuk menggunakan setiap satu daripadanya.

Anda bakal menyelesaikan projek dan hampir sedia untuk penyerahan akhir. Anda tahu bahawa fail anda selamat di Dropbox, tetapi bagaimana untuk anda menghantar fail daripada titik A ke titik B dengan selamat? Patutkah anda kongsi sahaja pautan seperti yang sering anda lakukan? Atau adakah cara yang lain? Kami ada untuk membantu anda mengetahui pilihan terbaik bagi penyerahan fail dan cara untuk memanfaatkan akaun Dropbox anda sepenuhnya.

Memahami waktu untuk membuat pautan kongsian dan waktu untuk memindahkan fail adalah mudah: Jika anda masih bekerjasama pada fail anda, maka cipta pautan boleh kongsi. Jika anda sudah selesai dengan projek, hantar projek dengan Dropbox Transfer.

Kongsi mana-mana fail atau folder dengan sesiapa sahaja

Jika projek anda masih berjalan, anda boleh mencipta pautan kongsian untuk fail atau folder agar anda boleh menambah komen, berkongsi kemas kini dan meminta maklum balas daripada sesiapa sahaja—walaupun mereka tidak mempunyai akaun Dropbox. Bahkan, anda dapat melihat orang yang membuat perubahan pada fail kongsi dalam masa nyata, lantas memudahkan anda untuk mengikuti perkembangan terkini projek yang penting. Fail kongsi akan diselaraskan secara automatik dan dikemas kini kepada sesiapa yang mempunyai akses ke fail.

Hantar fail akhir dengan Transfer  

Pada ketika ini, anda sudah selesai bekerjasama dan semua maklum balas dan kelulusan sudah diterima. Projek anda sudah selesai secara rasmi. Dengan Transfer, anda boleh menghantar fail akhir kepada sesiapa pun, sama ada dengan atau tanpa akaun Dropbox. Apabila anda menghantar fail menggunakan Transfer, sistem ini menghantar salinan fail anda agar kerja asal anda tetap selamat. Anda boleh menyeret satu fail atau koleksi fail ke dalam Transfer atau pilih sahaja fail yang disimpan dalam Dropbox. Memandangkan Transfer membenarkan anda menghantar sehingga 100 GB bagi setiap pemindahan, maka ini sesuai untuk pakar media dan orang kreatif yang lain seperti penyunting video, penerbit muzik, pereka grafik dan pembuat audio siar yang bekerja dengan fail yang besar.

Jenis fail yang sering digunakan oleh pakar termasuklah AI, WAV, DWG, PSD dan MPEG-4.

Fail dimuat naik ke Dropbox Transfer sudah sedia untuk dihantar
Mainkan video untuk melihat cara Dropbox Transfer berfungsi

Mainkan video untuk melihat cara Dropbox Transfer berfungsi

Tonton video

Dengan menggunakan Transfer untuk menghantar fail, anda boleh:

  • Menetapkan kata laluan dan tarikh luput untuk perlindungan tambahan
  • Serlahkan jenama anda dengan logo tersuai dan latar belakang 
  • Lihat orang yang telah melihat atau memuat turun pemindahan anda dan sahkan penerimaan

Anda tidak perlu tertanya-tanya lagi jika fail anda berjaya dihantar ke destinasi. 

Apabila anda sudah tahu waktu untuk berkongsi dan waktu untuk memindahkan fail anda, anda boleh melihat betapa mudahnya untuk menyiapkan kerja anda tanpa perlu meninggalkan Dropbox. Kami memudahkan urusan anda dan kolaborator anda untuk meringkaskan aliran kerja anda dan membawa projek akhir tersebut sehingga ke garisan penamat.

Dropbox Transfer tersedia pada semua pelan Dropbox. 

Lihat cara Transfer berfungsi.

Bermula dengan Dropbox Transfer