Skip to content (Press Enter)

Cara memulakan perniagaan dalam talian secara kecil—dan menggunakan Dropbox sebagai pangkalan anda

Tidak kira pengalaman profesional anda, pastinya anda tidak pernah berasa semudah ini untuk memulakan perniagaan anda sendiri dan memulakan perniagaan dalam talian. Akan tetapi, dengan begitu banyak peluang yang tersedia hari ini, di manakah harus anda bermula? Dapatkan strategi dan nasihat yang berguna dalam panduan lengkap ini untuk memulakan perniagaan dalam talian secara kecil.

Ketahui lebih lanjut mengenai Dropbox
Seorang usahawan solo menjalankan perniagaan kecil dalam talian mereka dari pejabat rumah mereka

Adakah anda mengalami masalah berulang dengan sesuatu yang anda tidak dapat mencari penyelesaiannya, seperti kekurangan sumber untuk maklumat khusus industri? Atau, adakah anda sentiasa kreatif tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk meneruskan minat anda?

Kini tibalah masa untuk melancarkan perniagaan dalam talian anda sendiri.

Tidak dapat dinafikan lagi—pasaran di luar memang sibuk dan kompetitif. Dan idea yang hebat hanyalah permulaan dalam perjalanan. Tetapi jangan biarkan perkara ini melemahkan semangat anda—dengan bantuan strategi yang kukuh, penyelidikan yang baik, set alatan yang canggih dan sikap yang positif, anda akan bersedia untuk melancarkan perniagaan anda dengan yakin.

Kami akan membawa anda melalui beberapa langkah utama dalam proses memulakan perniagaan kecil dalam talian, bermula dengan faktor yang paling penting: idea anda.

Lompat ke bahagian:

Perkara pertama dahulu—hasilkan idea perniagaan yang kukuh

Idea anda pastinya bahagian paling penting dalam perniagaan anda. Aspek kemapanan haruslah merupakan perkara yang pertama dipertimbangkan dalam proses memulakan perniagaan—anda pasti tidak mahu melancarkan, atau melabur dalam, produk atau perkhidmatan yang tidak akan bertahan lama.

Anda mungkin mempunyai idea yang samar-samar tentang perkara yang anda mahu perniagaan anda capai, tetapi telah menghadapi halangan semasa memuktamadkan pelan anda. Salah satu cara untuk mengatasi halangan ini adalah dengan mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan.

Forum dalam talian ialah sumber yang hebat untuk perkara ini—apakah masalah yang sering cuba diselesaikan, tetapi tidak mendapat apa-apa hasil? Apakah soalan yang tidak dijawab atau tidak diselesaikan oleh kumpulan yang boleh menjadi khalayak sasaran anda?

Penyelidikan kata kunci, melalui alat yang tersedia secara percuma seperti Google Keyword Planner, juga boleh membantu membangunkan idea perniagaan anda Inilah proses untuk menyemak data enjin carian, untuk memahami perkara yang dicari orang berkaitan dengan pelbagai topik. Data ini mungkin mengenal pasti topik permintaan tinggi dengan persaingan yang agak rendah atau titik kesulitan khusus yang boleh ditangani oleh perniagaan anda.

Kelebihan menjalankan perniagaan dalam talian adalah bahawa pasaran dan peluang baharu sering muncul secara berkala. Jika anda memilih model perniagaan perseorangan sebagai “usahawan solo”, terdapat banyak jenis pilihan yang tersedia—daripada blog dan penciptaan kandungan sehinggalah pembangunan web dan pengeluaran muzik.

Pengeluaran muzik boleh menjadi perniagaan kecil dalam talian yang menguntungkan untuk pencipta kandungan digital

Buat penyelidikan pasaran anda

Proses ini mungkin kelihatan membosankan, terutamanya jika anda tidak sabar-sabar untuk bermula, tetapi proses ini memberikan landasan kukuh yang akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang. 

Dunia perniagaan dalam talian sememangnya sangat kompetitif. Itulah sebabnya sangat penting untuk kita menentukan hal dengan jelas, bukan sahaja untuk sasaran perkhidmatan untuk perniagaan anda, tetapi juga caranya

Memahami pasaran akan meletakkan anda dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyampaikan perniagaan anda kepada khalayak sasaran anda apabila anda bersedia untuk memulakan dagangan. 

Langkah yang harus memainkan peranan utama dalam strategi penyelidikan pasaran anda termasuk:

  • Analisis pesaing—adakah perniagaan sedia ada sudah menjual produk atau perkhidmatan anda? Jika ya, bagaimanakah anda boleh melakukannya dengan lebih baik? Apakah yang akan menjadikan perniagaan anda berbeza?
  • Mengenal pasti khalayak sasaran atau pelanggan anda untuk membangunkan persona pembeli—apakah julat umur, status keluarga dan pekerjaan mereka? Adakah mereka tinggal di kawasan atau wilayah tertentu? Apakah minat dan corak perbelanjaan mereka?
  • Memahami permintaan semasa (dan akan datang) untuk produk atau perkhidmatan anda—perkara ini terkait dengan langkah pembangunan idea dalam bahagian sebelumnya. Adakah industri yang ingin anda ceburi agak baharu dan masih berkembang? Atau adakah industri tersebut sudah mantap, tetapi menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dengan pasaran moden?
  • Menilai kebolehlaksanaan idea anda—perkara ini berkaitan dengan tiga perkara di atas. Adakah anda sebenarnya cukup tahu tentang produk atau perkhidmatan yang ingin anda jual? Adakah anda atau sesiapa yang anda kenali sanggup membelinya?

Dengan melakukan semua usaha ini, anda pasti mahu memastikan nota anda selamat dan mudah didapatkan semula. Penyimpanan awan memudahkan proses anda menjejaki penyelidikan dan penemuan anda, supaya anda dapat mengemas kini fail anda daripada mana-mana peranti apabila anda mendapat inspirasi secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti perkara yang membuatkan khalayak sasaran anda terdetik—dan cara anda akan menyesuaikan diri dengan keperluan mereka dengan lebih baik berbanding dengan pesaing anda—anda boleh mula mengembangkan strategi perniagaan anda.

Membangunkan strategi perniagaan anda

Seperti meneliti pasaran sasaran anda, menjalankan strategi perniagaan mungkin kelihatan seperti langkah yang tidak perlu. Tetapi langkah ini merupakan penggunaan masa dan sumber yang lebih baik daripada menceburi usaha niaga yang ditakdirkan gagal kerana perancangan dan persediaan yang tidak mencukupi.

Strategi perniagaan menggariskan objektif anda, pertumbuhan dan pelan kewangan serta visi keseluruhan. Walaupun anda mempunyai sedikit atau tiada kos permulaan, mengetahui tindakan yang perlu anda ambil untuk bersaing dalam pasaran pilihan anda akan memberi anda peta jalan yang jelas untuk pembangunan.

Sebahagian daripada peringkat ini mungkin melibatkan penciptaan nama perniagaan (jika perlu) jikalau anda belum ada. Anda juga harus mempertimbangkan jenis model perniagaan dalam talian yang ingin anda lakukan, seperti bekerja secara bebas, e-Dagang atau produk maklumat seperti kursus dalam talian.

Pelan perniagaan anda perlu bersifat fleksibel dan berpandukan analisis dan maklumat pasaran terkini. Perkara ini termasuk mengiktiraf kekuatan prospektif anda, serta kemungkinan kelemahan anda dan cara anda merancang untuk mengatasi kelemahan itu.

Faktor lain yang perlu disertakan ialah kaedah pembayaran anda, pelan pemasaran dan cara anda boleh bertindak balas terhadap apa-ap perubahan yang tidak dijangka dalam keadaan pasaran. Jika perniagaan kecil anda akan memperdagangkan produk, anda juga perlu memikirkan tentang sumber inventori, jualan dan fungsi pengedaran anda.

  • Semasa anda membina strategi anda, jejaki kemajuan anda dengan menggunakan Dropbox Paper untuk mencatat idea anda untuk nama perniagaan, pelan pembangunan dan strategi pemasaran.
Seorang usahawan solo yang mengusahakan strategi perniagaan untuk permulaan kecil dalam talian mereka

Mengendalikan aspek undang-undang

Keperluan undang-undang untuk perniagaan berbeza-beza mengikut negeri. Jadi, anda perlu membiasakan diri dengan undang-undang dan peraturan di rantau anda sebelum melancarkan perniagaan dalam talian anda. 

Beberapa keperluan undang-undang yang perlu anda fikirkan termasuk:

  • Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak berkuasa yang berkaitan
  • Mendapatkan mana-mana permit dan/atau lesen yang diperlukan
  • Memohon nombor ID cukai negeri dan persekutuan
  • Mendaftar mana-mana tanda dagangan, paten atau hak cipta
  • Berbincang dengan perunding atau pakar cukai jika anda memerlukan bimbingan atau bantuan

Dengan ciri pengimbas dokumen Dropbox, anda boleh menggunakan telefon mudah alih anda untuk mengimbas dokumen penting seperti kontrak dan penyata kerja dari mana-mana sahaja. 

Setelah fail ini telah didigitalkan, anda boleh mengurusnya dengan lebih cekap dalam akaun Dropbox anda. Anda juga boleh mencipta e-Tandatangan yang lancar dengan HelloSign—yang lebih memudahkan proses meminta tandatangan daripada klien dan pihak lain untuk memastikan kontrak anda sah di sisi undang-undang setelah perniagaan anda berjalan.

Sebaik sahaja anda mempunyai semua aspek ini, penting untuk memastikan keselamatannya. Sandarkan dan simpan dokumen anda dalam Dropbox Backup—sistem awan yang selamat yang fail anda boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda memerlukannya.

Bina laman web anda dan wujudkan kehadiran dalam talian anda

Mempunyai laman web yang mesra pengguna dan menarik secara visual adalah sangat penting untuk perniagaan kecil dalam talian. Pada peringkat awal ini, kami mengesyorkan anda mempunyai navigasi, fungsi dan grafik yang ringkas pada laman web anda.

Apabila menyediakan laman web anda, simpan imej produk dan video dalam akaun Dropbox anda untuk dipilih apabila anda bersedia untuk membina. Dropbox Paper juga akan menyediakan ruang yang berguna untuk menulis dan mengedit salinan laman web sebelum laman disiarkan secara langsung di tapak.

Langkah pertama dalam membina laman web anda adalah dengan memilih nama domain anda dan pelantar pengehosan pilihan. Memandangkan sifat berbilang saluran dalam perniagaan dalam talian hari ini, tapak anda perlu dioptimumkan untuk lebih daripada pengguna desktop sahaja. Dianggarkan jualan runcit mudah alih di Amerika Syarikat menyumbang 36% daripada keseluruhan perbelanjaan digital pada tahun 2021—dan angka ini pasti akan meningkat pada masa hadapan.

Sebagai pencipta kandungan digital, pilih Dropbox Shop—sebuah muka depan kedai dalam talian yang boleh disesuaikan yang membolehkan anda menambah kandungan terus daripada Dropbox. 

Dengan Dropbox Shop, anda boleh berkongsi senarai produk anda terus dengan pelanggan anda—tidak memerlukan orang tengah. Anda menetapkan nada dan penjenamaan kedai anda, dengan muka depan kedai tanpa iklan, URL tersuai dan profil penjual.

Bahagian depan kedai pencipta kandungan digital di Dropbox Shop
Tetapi jangan hanya lancarkan laman web anda kemudian biarkan laman itu sahaja. Semak prestasi tapak anda dan nilaikan senarai produk anda, untuk mengetahui perkara yang berfungsi dengan baik dan perkara yang perlu ditambah baik. Dengan Shop, analitis yang anda kumpulkan tentang arah aliran pelanggan utama akan membantu anda menyesuaikan strategi jualan anda dengan tepat bagi mengetahui perkara yang diperlukan oleh pelanggan anda.
Lihat analitis dan data prestasi untuk barangan digital anda dengan Dropbox Shop

Membangunkan strategi pemasaran dan mengembangkan asas pelanggan anda

Pemasaran yang berkesan menjadi semakin penting dalam dunia yang mahir teknologi hari ini. Pemilik perniagaan kecil perlu sentiasa membangunkan pendekatan mereka untuk menarik bakal pelanggan dan klien.

Gunakan nota penyelidikan pasaran anda dan persona pembeli yang anda bangunkan untuk menyesuaikan kempen pemasaran anda. Mesej anda merentas media organik, berbayar, e-mel dan media sosial hendaklah konsisten dan mencerminkan keperluan dan minat pelanggan anda.

Sebagai perniagaan kecil, membangunkan pangkalan dan reputasi pelanggan anda adalah penting—anda tidak mahu membebankan pelanggan dengan maklumat dan akhirnya ditandakan sebagai spam! Sebaliknya, mulakan dengan perlahan-lahan dan gunakan maklum balas yang anda peroleh untuk mengumpulkan statistik pelanggan yang lebih mendalam.

Tidak kira bidang perniagaan yang anda ceburi, anda perlu mencipta kandungan untuk laman web anda yang bermakna untuk khalayak sasaran anda Jika anda menjual kandungan digital seperti video senaman, anda boleh mencipta satu siri artikel percuma yang menawarkan nasihat (seperti cara untuk memanaskan badan dan menyejukkan badan dengan berkesan), yang menggalakkan pembaca melanggan perkhidmatan anda.

Perkemas proses anda untuk meningkatkan produktiviti

Menjalankan perniagaan baharu—terutamanya apabila anda bekerja sendiri atau mengetuai pasukan yang sangat kecil—boleh menjadi agak sukar. Syukurlah, bekerja dalam talian bermakna terdapat banyak cara untuk meringankan beban kerja anda supaya anda boleh menumpukan perhatian pada cara mengembangkan perniagaan anda.

Apabila anda beroperasi daripada sistem berpusat seperti Dropbox, pelbagai alatan tersedia untuk anda memperkemaskan banyak operasi harian yang biasa. Alatan ini termasuk:

  • Integrasi dengan pelbagai alat komunikasi dan produktiviti seperti Zapier dan Gmail
  • Dropbox Paper untuk menguruskan tugas dan pelan projek
  • Dropbox Backup untuk menyandarkan fail anda kepada awan secara automatik
  • Penyelarasan peranti, supaya anda boleh mengusahakan fail anda dalam Dropbox pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda mendapat inspirasi kreatif

Perniagaan dalam talian anda mungkin memerlukan sedikit masa sebelum boleh dilancarkan. Tetapi jangan risau jika anda tidak melihat kejayaan dalam jangka pendek—kami sedia membantu anda merealisasikan visi anda.

Alatan produktiviti dan kerjasama Dropbox memudahkan proses anda memperkemaskan proses dan membantu perniagaan kecil anda berjalan dengan cekap

Bawa perniagaan anda kepada peringkat seterusnya dengan Dropbox

Set alat dan ciri yang tersedia dengan akaun Dropbox menyediakan asas yang paling berkesan untuk bermula—dan mengembangkan—perniagaan kecil dalam talian.

Dropbox direka bentuk untuk menjadikan kerja produktif, kreatif dan secekap yang mungkin. Sama ada anda menjual kandungan digital sebagai usahawan solo atau menghantar projek kepada klien dan memerlukan ruang untuk mendapatkan maklum balas dan anotasi langsung, Dropbox pasti mempunyai ciri untuk membantu anda.

Perkongsian fail selamat yang ringkas dan penyimpanan awan hanyalah permulaan. Setelah perniagaan anda berkembang, anda boleh mengatur pasukan anda, bekerjasama dalam masa nyata, dan juga menyandarkan seluruh komputer anda—sekiranya situasi yang paling teruk berlaku dan anda perlu memulihkan fail anda kemudian.