Skip to content (Press Enter)

Kajian kes

Moleskine

Moleskine ialah pengeluar global dan peruncit buku nota dan produk berasaskan kertas yang mewah. Kira-kira tujuh tahun yang lalu, syarikat ini menyedari keperluan untuk beralih kepada produk digital dan mula membangunkan apl, aksesori peranti digital dan alat menulis. Dengan pasukan yang tersebar di seluruh dunia yang bekerja untuk mencipta portfolio produk digital, Moleskine memerlukan kaedah untuk mempermudahkan kerjasama dan mempercepatkan perkembangan serta inovasi produk.

To improve innovation and speed up product design with Dropbox

Jenama runcit global menyatukan pasukan yang teragih dari segi geografi

Cabaran
Mempercepatkan inovasi produk dan pembangunan dengan pasukan yang teragih di seluruh dunia
PENYELESAIAN
Kit alat digital yang menggalakkan inovasi dan kerjasama: Dropbox, Zoom dan Slack
Impak
Produk dan pembangunan baharu dimasukkan ke pasaran dengan lebih pantas

Perjalanan menemui Dropbox

Dengan produk yang terjual di 29,000 buah kedai di seluruh 95 buah negara serta merupakan hos bagi produk digital yang tersedia untuk dimuat turun, pasukan reka bentuk, pengeluaran dan pembangunan Moleskine ada di seluruh dunia. Sukar untuk mereka bekerjasama apabila idea dan usul dihantar melalui e-mel antara pasukan reka bentuk yang bekerja dari empat benua yang berbeza.

Lihat cara Moleskine memasarkan produk mereka dengan lebih pantas menggunakan Dropbox

2 min.

Mengguna pakai Dropbox Business dan Dropbox Paper telah membantu Moleskine memperkemaskan proses pembangunan produk.

Dokumen usaha sama memastikan pasukan yang teragih di seluruh dunia terus selaras dari mana-mana jua mereka berada, lantas menghapuskan keperluan komunikasi e-mel secara maya, menambah baik proses inovasi dan mempercepatkan masa yang diambil untuk memasarkan produk baharu.

Sebenarnya, produk digital pertama daripada Moleskine dibangunkan dan dikeluarkan tanpa pasukan mereka perlu bertemu secara bersemuka. Ini merupakan pencapaian yang hebat memandangkan produk ini melibatkan pekerja di Eropah, Australia, Kanada, Singapura dan AS untuk membawa produk ini daripada konsep sehinggalah pengeluaran.

Moleskine tentang bekerja dengan Dropbox
Apabila bercakap mengenai reka bentuk dan inovasi baharu, Dropbox Paper membolehkan kami memberikan idea dengan pantas, sama ada untuk video, gambar atau teks. Kemudian, kami membincangkan kelebihan idea tersebut secara langsung di dalam dokumen, mengumpul maklum balas yang berharga dan menemui ketetapan, penyelesaian dan idea baharu dengan cepat untuk meningkatkan serta mengembangkan pembangunan produk baharu dengan segera. Fungsi ini bermakna kami boleh mengurangkan masa pengembangan selama beberapa minggu.
Peter Jensen, Ketua Inovasi Digital, Moleskine

Mempercepatkan masa untuk dipasarkan
dengan Dropbox Paper

 
Dengan Dropbox Paper sebagai teras kit alat digital pasukan ini, kini, Moleskine dapat memasarkan produk dengan lebih pantas

Sebelum menggunakan Dropbox Paper

Pasukan yang teragih di seluruh dunia dengan aliran kerja yang rumit

Tiada ruang untuk pasukan yang teragih di seluruh dunia untuk menyatukan projek, berkongsi kandungan dan mengulangi idea mereka

Proses pembangunan produk yang lebih perlahan

Fail reka bentuk dikongsi dan disemak melalui e-mel, lantas memperlahankan proses maklum balas dan seringkali menyebabkan masalah dengan kawalan versi

Inovasi dan kreativiti tersekat

Aliran kerja yang disilo mencegah idea daripada dikongsi dan tidak membolehkan suara semua orang didengari

Penglibatan pekerja yang terhad

Proses inovasi yang terhad bermakna idea pekerja seringkali tidak digunakan, lantas merisikokan penglibatan pekerja

Dengan Dropbox Paper

Kerjasama yang lancar merentasi sempadan dan zon masa

Kerjasama global menjadi lancar, dengan kandungan dan idea pasukan disatukan bersama di satu tempat

Kitaran pembangunan yang dipercepatkan dan masa yang lebih singkat untuk dipasarkan

Semakan dan maklum balas dipusatkan di satu tempat dan boleh dihantar pada masa nyata, lantas menghapuskan keperluan menghantar e-mel dan mempercepatkan masa untuk memasarkan produk baharu

Proses pembentukan idea yang menghasilkan produk lebih baik

Aliran kerja baharu mendemokrasikan proses inovasi dan menggalakkan semua orang berkongsi idea dan maklum balas

Pasukan yang terlibat diperkasakan untuk berusaha sebaik mungkin

Apabila semua ahli pasukan dapat menyumbang dengan setara, maka pekerja terlibat dan diperkasakan untuk bekerja sebaik mungkin

Moleskine boleh memasarkan produk dengan lebih pantas disebabkan Dropbox.

Peter Jensen, Ketua Inovasi Digital, Moleskine

Pemerhatian Menyeluruh Kes Penggunaan

Pembangunan Produk Global

Apabila pasukan sentiasa membangunkan konsep reka bentuk yang baharu, maka Dropbox Paper bertindak sebagai buku nota untuk pereka memberikan idea bagi mendapatkan maklum balas segera. Proses maklum balas serta-merta ini membantu Moleskine membawa idea daripada konsep kepada reka bentuk dengan lebih pantas. Ini mengurangkan berminggu-minggu masa kitaran reka bentuk, lalu membolehkan Moleskine menghasilkan dan membawa produk baharu kepada pelanggannya dengan lebih pantas.

Platform Kerjasama yang Terbaik

Gabungan Dropbox, Zoom dan Slack membantu Moleskine membina tempat kerja yang bersedia untuk masa depan. Dari mana-mana jua di dunia ini, pasukan boleh bergabung bersama untuk menghasilkan produk baharu, tanpa perlu berada dalam bilik yang sama. Ciri ini membina hubungan bekerja yang kukuh merentasi pasukan reka bentuk dan pembangunan serta membolehkan bakat global untuk menjadi sebahagian daripada proses inovasi.

Penglibatan Pekerja

Proses maklum balas masa nyata telah memudahkan pekerja menyumbang kepada projek dan membuatkan mereka berasa lebih rela memberikan yang terbaik dan terlibat dalam pembangunan produk. Proses inovasi yang lebih terangkum ini membuatkan pekerja berasa terhubung dengan ahli pasukan global mereka dan diperkasakan untuk menghasilkan produk terbaik.

Terokai cara yang lebih baik untuk bekerja bersama.

Mari bermula dengan Dropbox Business