Skip to content (Press Enter)

Cara untuk mengesan tanda-tanda keletihan kerja dan mengelakkannya

Terokai cara untuk mengenal pasti, mengatasi dan mengelakkan keletihan kerja, untuk menggalakkan kedua-dua produktiviti pasukan anda dan kesejahteraan rakan sekerja anda.

true

Apakah itu keletihan kerja?

Kerja tidak memberi kepuasan seperti dahulu? Adakah anda tidak dapat menyiapkan banyak kerja, dan walaupun kerja anda siap, anda mendapati bahawa anda tidak melakukan yang terbaik? Adakah anda mengantuk—secara kerap—dan rasa agak terasing? Jika ya, kemungkinan besar anda sedang mengalami keletihan kerja.

Memahami maksud keletihan, cara untuk mengenal pasti dan cara untuk mengurangkannya sangat penting untuk mana-mana tempat kerja, dan sudah tentu penting untuk kesihatan mental anda sendiri. Keletihan mungkin bukan diagnosis psikiatri DSM-5 (belum), tetapi ia juga bukan hanya kata kunci: keletihan itu wujud. Sesiapa yang pernah mengalaminya boleh memberitahu anda keadaan itu benar dengan penyebab dan kesan berbeza dan keadaan itu boleh berlaku kepada sesiapa.

Keletihan bukan hanya cara bergaya untuk menyebut "kepenatan" atau "tertekan"—ada lebih daripada itu. Perkataan itu sendiri ialah gambaran yang agak baik sebenarnya kerana apabila seseorang mengalami keletihan, mereka seperti lilin yang tidak menyala.

Keletihan menggambarkan kehilangan motivasi dan galakan, peningkatan sinisme dan penurunan harga diri. Keadaan ini menjejaskan kedua-dua kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental serta boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan peribadi dan profesional anda, dan tugasan harian menjadi sukar dan tidak memberi galakan.

Istilah itu pertama kali diterbitkan pada 1970-an oleh pakar psikologi Herbert Freudenberger, yang menerangkan keletihan sebagai "keadaan kelesuan mental dan fizikal yang disebabkan oleh kehidupan profesional seseorang."  Organisasi Kesihatan Sedunia meringkaskan keletihan sebagai "sindrom yang dikonsepkan sebagai akibat daripada tekanan tempat kerja kronik yang masih belum berjaya dikendalikan," dan Klinik Mayoyang terkenal menerangkan keletihan sebagai "keadaan kepenatan fizikal atau emosi yang juga melibatkan rasa penurunan prestasi dan kehilangan identiti diri."

Sukar untuk memisahkan keletihan daripada sensasi seperti tekanan kronik dan keletihan emosi kerana setiap satu boleh menyumbang kepada yang lain, dan kebanyakan gejala keletihan dibayangi oleh penyakit mental, terutamanya kemurungan.

Satu perkara yang membezakan keletihan ialah bagi kebanyakan bahagian, keletihan secara khusus berkaitan dengan, atau disebabkan oleh masalah berkaitan kerja. Sudah tentu, keletihan akan memberi kesan kepada kehidupan di rumah, tetapi kehidupan kerja anda yang biasanya terjejas.

Berita baiknya? Keletihan tidak semestinya kronik dan boleh dirawat dan dicegah dengan cepat. Untuk bermula, anda perlu memahami penyebabnya.

Apakah yang menyebabkan keletihan?

Keletihan kerja ialah hasil daripada tekanan, kepenatan dan rasa tidak puas hati di tempat kerja.  

Berbeza dengan tekanan, keletihan mempunyai kuasa untuk menguasai anda. Anda mungkin tidak tahu kewujudannya sehingga keletihan sudah berlaku. Kekecewaan umum di tempat kerja boleh menyebabkan kepenatan, atau sebaliknya, tetapi apabila digandingkan dengan tekanan di tempat kerja yang kronik, keletihan boleh berlaku. 

Dari segi jenis tekanan tempat kerja yang boleh mendorongnya, terdapat beberapa kemungkinan penyebabnya. Mungkin anda rasa anda tidak mempunyai kawalan ke atas kerja atau beban kerja anda. Atau anda rasa seperti anda sedang dikendalikan secara mikro dan tidak mempunyai kuasa untuk mengurus hari anda hari ke hari. Ini boleh menyebabkan perasaan tidak berdaya. Hal ini juga boleh berlaku jika anda tidak pasti tentang jangkaan daripada anda, daripada bos atau penyelia anda. Apabila anda tidak jelas sepenuhnya tentang tanggungjawab anda atau rasa seperti anda tidak boleh menyumbang kepada atau mengawal kehidupan kerja anda, anda mungkin mengalami keletihan.

Keletihan juga adalah sifat kerja itu sendiri. Sebilangan orang lebih suka kekonsistenan dalam kerja mereka, manakala yang lain menumpukan kepada kepelbagaian. Jika anda mendapati kerja anda tidak mencapai jangkaan yang anda harapkan atau inginkan, kepuasan anda boleh menurun dengan cepat. Kemungkinan anda mendapati kerja anda membosankan, mendatar atau tidak memuaskan, atau sebaliknya, kerja anda mungkin terlalu tidak teratur atau kelam-kabut.

Pemberitahuan tanpa henti boleh mengganggu tumpuan anda kerana permintaan baru nampak seperti masuk daripada setiap sudut. Anda mungkin perlu meluangkan lebih banyak masa kepada pentadbiran umum sehingga mengganggu anda daripada peranan kerja sebenar anda. Kebanyakan orang mendapati diri mereka menghabiskan terlalu banyak masa pada tugasan kasar di tempat kerja sehingga menjadi sukar untuk menyiapkan perkara penting tanpa tidur lewat. Bekerja terlalu kuat, untuk masa yang terlalu panjang boleh membawa kesan buruk.

Walaupun jika anda selalunya menikmati kerja anda, jika keseimbangan hidup-kerja anda tidak seimbang, anda cenderung untuk kehilangan tenaga untuk kerja anda. Penting untuk selalu meluangkan masa dengan orang yang anda sayangi dan diri anda, dan jangan benarkan diri anda terbeban dengan kerja anda.

Sebab lain yang mungkin untuk keletihan kerja ialah jika anda mendapati bahawa kerja anda terlalu mudah atau menghafaz. Jika anda tidak merasa cabaran di tempat kerja, anda akan mendapati diri anda bosan atau gelisah—dan kebosanan itu sendiri boleh meletihkan.

Risiko keletihan boleh berlaku lebih mudah berlaku jika anda sudah mengalami penyakit mental seperti kemurungan dan kegelisahan. Keletihan akan meningkatkan rasa negatif yang anda sudah alami, kedua-duanya di tempat kerja dan di rumah. 

Tanpa penjagaan yang betul, keletihan pasti menimbulkan masalah kesihatan mental, jadi sangat penting untuk mengambil tindakan dengan segera jika anda fikir anda atau seseorang yang anda kenali mengalami masalah ini.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya keletihan?S

Jika anda rasa sangat penat luar biasa dan mood anda telah merosot, ini mungkin disebabkan oleh keletihan. Dari segi gejala fizikal, anda mungkin rasa lesu dan lemah, seperti anda kekurangan tenaga sepenuhnya untuk menyelesaikan kerja. Imuniti anda boleh bertambah buruk, jadi jika anda mendapati anda sering jatuh sakit—anda mungkin keletihan. Anda juga mungkin mendapati perubahan dalam selera makan atau corak tidur, dan sakit kepala dan sakit otot umum boleh juga menjadi gejala keletihan.

Secara mental, anda mungkin mendapati diri anda dipenuhi dengan pemikiran pesimis. Anda boleh merasa tidak berdaya dan putus asa, dan mungkin mengalami perasaan terasing daripada dunia di sekeliling anda. Kehilangan motivasi ialah gejala keletihan yang paling ketara.

Anda akan mendapati perubahan dalam tingkah laku juga, seperti mengelak menerima tugasan yang lebih berat, menjauhkan diri daripada bersosial atau mendapati diri anda berada dalam corak penundaan. Anda juga mungkin mendapati bahawa keletihan tidak hanya menimbulkan kesedihan atau rasa putus asa, tetapi juga kemarahan dan kekecewaan, serta anda mungkin mendapati diri anda mengarahkan kekecewaan ini dengan cara negatif. Atau, mungkin anda rasa terlepas daripada sebarang emosi—kebas dan tidak peduli terhadap kehidupan profesional dan sosial anda.

Ini semua adalah gejala serius yang boleh membawa kesan besar kepada produktiviti dan kesejahteraan keseluruhan anda. Keadaan ini tidak bagus untuk pasukan anda, dan sudah tentu tidak bagus untuk anda, tetapi ada harapan: keletihan boleh dielakkan.

Bagaimanakah saya boleh mengesan tanda-tanda keletihan di tempat kerja?

Anda mungkin tidak dapat mengenal pasti beberapa gejala dalaman keletihan pada rakan sekerja dengan serta-merta, tetapi jika anda melihat perubahan pada tingkah laku yang berubah-ubah, keletihan kerja mungkin menjadi penyebabnya. Dan sekiranya anda bimbang tentang ahli pasukan anda, anda mungkin menyedari bahawa mereka menipu di tempat kerja, tiba lambat atau bahkan berhenti kerja sama sekali.

Penurunan kualiti atau prestasi daripada rakan sekerja boleh bermaksud bahawa mereka keletihan. Jika ahli pasukan anda menjadi mudah marah dan menjauhkan diri, dan nampaknya telah kehilangan semangat mereka, mungkin mereka keletihan. Jika terdapat kemungkinan mereka akan dibebani oleh beban kerja mereka dan anda juga mendapati perubahan dalam tingkah-laku, keletihan mungkin berlaku.

Bagaimanakah saya merawat keletihan kerja?

Oleh kerana gejala-gejala keletihan berkait rapat dengan gejala-gejala kemurungan, penting untuk mempunyai idea yang kukuh tentang perkara yang anda alami, dan membincangkannya dengan doktor. Diagnosis diri sering kali menjadi pilihan pertama bagi ramai orang, tetapi tidak boleh menjadi yang terakhir.

Walaupun terdapat persamaan, kaedah untuk merawat keletihan dan merawat kemurungan, contohnya, sangat berbeza, jadi jika anda takut bahawa anda menderita, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah berjumpa dengan profesional kesihatan mental yang dapat menggunakan penilaian seperti Maslach Burnout Inventory untuk membantu mengenal pasti secara khusus perkara yang anda lalui dan cara terbaik untuk mengatasinya.

Bersikap terbuka tentang perasaan anda dengan penyelia anda adalah sangat penting. Satu-satunya cara untuk mendapatkan sokongan yang anda perlukan daripada orang sekeliling adalah jika mereka tahu anda memerlukannya. Jangan pernah takut untuk menghubungi dan menyuarakan kesukaran anda kerana, akhirnya, melakukannya perkara itu bukan hanya yang terbaik untuk anda, tetapi juga yang terbaik untuk pasukan dan syarikat anda.

Sekiranya keletihan mempengaruhi kualiti kerja anda, maka penting bagi syarikat anda untuk membantu anda mengatasinya, oleh itu memberitahu penyelia anda bahawa anda keletihan tidak boleh dilihat sebagai pengakuan kekalahan atau tanda kelemahan. Ini hanyalah masalah yang perlu ditangani untuk memastikan kesejahteraan anda dan matlamat syarikat anda dipertanggungjawabkan.

Sama ada terlalu banyak kerja, kurang kerja atau hanya ketidakpuasan umum dengan kehidupan kerja anda, keletihan hanya dapat diselesaikan jika anda mengemukakannya kepada pengurus atau penyelia anda. Mungkin memalukan atau menakutkan untuk melakukannya, tetapi bos dan syarikat yang berkualiti tinggi akan terbuka dan bersedia serta dapat menolong anda melalui masalah ini.

Tempat kerja anda harus menjadi tempat yang anda rasa selesa, disokong dan dihargai—jika anda tidak merasa perkara itu sesuai dengan pejabat anda—anda harus mengambil tindakan dan menyuarakan kebimbangan anda.

Yang paling penting, anda perlu menguruskan tenaga dan masa anda, dan itu bermaksud memastikan anda makan dengan baik, minum air secukupnya, bersenam secara teratur dan mendapat tidur yang cukup. Menyesuaikan tabiat anda untuk memastikan anda melakukan semua yang anda perlukan untuk kembali ke landasan yang betul.

Jika anda percaya yang ahli pasukan adan menderita keletihan, jangan takut untuk mendekati mereka. Bercakap dengan mereka tentang perkara yang mereka lalui, sebab mengapa mereka melaluinya dan perkara yang mereka fikir perlu lakukan untuk menyelesaikannya. Dalam kebanyakan kes, hanya sedikit masa rehat dan pulih yang diperlukan, manakala dalam kes lain, anda perlu memastikan ahli pasukan anda selesa dan berpuas hati dengan jawatan mereka. Jika anda tidak terbuka untuk membuat perubahan positif bagi menggembirakan pasukan anda, ini hanya akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

Cara mengelak keletihan

Sekiranya idea pergi bekerja membawa perasaan kegelisahan dan ketidakselesaan yang luar biasa kepada anda, mungkin kerana anda menghadapi keletihan kerja.

Penyebab keletihan yang sangat biasa ialah kerja menjadi terlalu kacau-bilau dan tidak teratur, atau dinamik di tempat kerja menjadikan anda sukar untuk menumpukan perhatian. Salah satu kaedah paling mudah untuk mencegah keletihan adalah dengan memastikan semua sistem dan infrastruktur yang anda miliki dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang paling cekap dan teratur untuk anda dan pasukan anda.

Ketidakteraturan dalam pasukan atau syarikat boleh menyebabkan perkara menjadi bercelaru dan sukar dikawal dalam fikiran anda. Terdapat banyak bahagian bergerak dalam mana-mana syarikat dan penting untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Ruang kerja yang logik dan teratur dalam talian dan luar talian dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih cekap dan terkawal. Mengehadkan gangguan ruang digital anda boleh menjadi sangat penting dalam memastikan anda mempunyai tenaga diperlukan untuk menumpukan perhatian pada tugas-tugas penting.

Menggunakan Dropbox ialah kaedah semua dalam satu untuk anda mengawal segala-galanya—mengurangkan potensi tekanan dan gangguan yang berkaitan dengan kerja melalui alat organisasisistem penyelarasan fail intuitif dan penyelesaian penyimpanan awan yang praktikal. Dengan ruang kerja pintar yang membolehkan anda mencari apl, platform dan kandungan anda pada satu tempat, memastikan kerja anda selesai menjadi lebih mudah. 

Sebagai seorang pengurus, anda harus memastikan ahli pasukan anda merasa yakin dan selesa untuk menyatakan segala kebimbangan mereka tentang peranan mereka dan pasukan secara umum. Ramai yang membiarkan diri mereka kepenatan kerana nampaknya lebih mudah untuk mengabaikan sesuatu masalah daripada mengatasinya. Pengurus harus sentiasa fokus untuk memupuk persekitaran tempat pekerja dapat bersikap terbuka dan jujur tanpa merasa takut atau diancam. Bersifat terbuka antara anda dan pasukan anda, akhirnya akan mendorong peningkatan produktiviti, dan pasukan yang lebih gembira yang merasakan suara mereka didengar dan objektif peribadi mereka dikenali.

Mencegah keletihan untuk diri sendiri bermaksud menguruskan masa anda dengan bijak—yang merangkumi beberapa perkara paling asas, tetapi paling berkuasa untuk kesihatan, seperti memastikan anda sentiasa mendapat tidur yang cukup dan menjalani gaya hidup yang sihat—dan sentiasa bersikap terbuka dan jujur tentang sebarang masalah yang mungkin timbul di tempat kerja. Sentiasa ingat bahawa penjagaan diri ialah asas kejayaan anda dan pasukan anda. 

Jika anda dapat merasakan bahawa keadaan mula merudum, tukar strategi, tetapi secara perlahan-lahan. Jika anda benarkan diri anda untuk bergerak terlalu perlahan, tindakan itu hanya memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, jika anda merasa keletihan, lakukan tindakan dan berhati-hati, tetapi jangan langsung patahkan momentum yang anda miliki. Ambil masa rehat boleh menjadi penyelesaian yang baik, tetapi tidak selalu dapat dilaksanakan, dan anda harus selalu berbincang dengan pengurus atau penyelia anda tentang masalah ini terlebih dahulu dan lihat jika penyelarasan segera dapat dilakukan untuk meningkatkan persekitaran kerja dan kesihatan mental anda.

Anda mungkin menjadi lilin yang kehilangan nyalaan buat sementara, tetapi jika anda menyedari masalah anda dan bersedia menyuarakannya dan kemudian berusaha untuk memperbaikinya, anda akan bersinar semula dalam masa yang singkat.  

Elakkan keletihan kerja dan kekalkan percikan semangat

Bermula