Skip to content (Press Enter)

Kajian kes

Martin Sign Company

Perniagaan kecil ini mereka bentuk papan tanda tersuai untuk jenama kecil dan besar, bergantung pada Dropbox untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan sekerja di lokasi jauh.
Seseorang bekerja berhadapan meja dengan berbilang monitor

Hasil Utama Martin Sign

  • Kerjasama lebih lancar bersama pelanggan
  • Produktiviti meningkat menerusi akses mudah alih
  • Kawalan lebih baik ke atas aset kreatif syarikat

Cabaran

Menandakan papan baru

Selepas 12 tahun bekerja untuk kedai papan tanda besar, Martin Wall memutuskan bahawa beliau paling suka dengan papan tanda ”Pembukaan Besar-besaran.” Martin Sign Company ditubuhkan pada 2011, memberi peluang kepada graduan seni ini peluang untuk menghasilkan papan tanda kraf tangan sendiri untuk muzium MoMa di SF, perkhidmatan tempahan OpenTable, dan pelanggan lain. Buat kali pertama, Wall bukan sahaja mendapat kebebasan kreatif, tetapi juga kebebasan untuk menjalankan perniagaan mengikut cara sendiri. Pada kerja lama beliau, Wall menghabiskan masa berharga bergantung pada DVD dan pemacu luaran untuk menghantar reka bentuk kepada pelanggan. Pelayan syarikat lama beliau juga tidak mesra pengguna. ”Apabila saya menjejakkan kaki keluar dari premis syarikat, saya tidak dapat mengakses sebarang fail saya,” kata Wall. Lokasi pertama Martin Sign Company merupakan ”almari” bersaiz 700 kaki persegi di Mission District, San Francisco, yang mana Wall dan rakan kongsi perniagaan, Matt Cella, dapat terus selaras menerusi perbualan dan e-mel secara kerap. Tetapi selepas menggaji pereka bentuk pertama syarikat ini, trafik e-mel meningkat secara mendadak. Pernah menggunakan akaun Dropbox peribadi untuk berkongsi projek seni peribadi beliau, Wall memutuskan untuk beralih kepada Dropbox untuk membantu memastikan fail teratur semasa bekerja. “Kami perlu nampak profesional, dan kami sudah tahu serta sukakan Dropbox,” kata beliau. “Kami benar-benar ingin melabur dalam teknologi yang tepat dan memastikan kami mengikut arus.”

Dengan fleksibiliti Dropbox, saya boleh tambah pengguna dalam sekelip mata atau menjadikan hidup pelanggan lebih mudah dengan berkongsi kerja seni di dalam folder. Kebolehskalaan ini telah membolehkan kami berkembang lebih pantas daripada jangkaan saya sebagai sebuah perniagaan kecil.

Martin Wall,
Presiden & Pemilik,
Martin Sign Company

Penyelesaian

Bekerjasama di dalam dan luar pejabat

Kini dengan 10 pekerja dan lebih 2,000 pelanggan, Martin Sign Company menggunakan Dropbox dalam seluruh proses reka bentuk dan pemasangan mereka. Untuk mengumpul fail reka bentuk daripada klien, kakitangan menggunakan permintaan fail atau menjemput mereka ke folder kongsian. Rangkaian kedai roti, contohnya, menyerahkan menu mereka kepada Martin Sign melalui Dropbox, memudahkan kakitangan untuk tahu mereka sedang mengusahakan versi terkini. “Klien tahu tempat untuk menghantar fail seni mereka kepada kami,” kata Wall. “Ataupun apabila mereka minta kami untuk menjana pruf, mereka boleh menyemak dan memberi komen pada idea kami dengan mudah.” Kerja seni hanyalah permulaan. Klien juga memuat naik foto lokasi tempat papan tanda itu akan diletakkan supaya pemasang tahu bahan untuk digunakan. “Ia mengambil beberapa penyerahan untuk mendapat papan tanda yang sempurna,” kata Wall. “Daripada mencari dalam peti masuk yang penuh, kami tahu tempat versi terkini diletakkan di dalam folder Dropbox kami.” Setelah pasukan ini berkembang, Dropbox juga telah membolehkan kakitangan Martin Sign kekal produktif di mana-mana sahaja mereka bekerja. Pereka bentuk kami berpindah ke Wisconsin atas sebab keluarga, kata Wall. “Dengan Dropbox, kami dapat terus mengekalkan dia kerana dia boleh bekerja dari jauh,” kata Wall. “Ia seolah-olah seperti dia tidak pernah pindah.” Apabila kakitangan berada di tapak kerja, mereka boleh membuka kerja seni daripada Dropbox pada telefon mereka. Selepas kontraktor menyiapkan kerja ataupun pekerja beredar, Wall menggunakan pemindahan akaun dalam Konsol Pentadbir untuk memindahkan fail projek kepada ahli pasukan baru. Dengan cara ini, tiada sesiapa akan keliru.

Saya tahu ramai pemilik perniagaan membelanjakan sekitar $25,000 untuk kos pelayan. Itu wang yang kami jimatkan dengan menggunakan Dropbox, sambil mendapat akses lebih mudah kepada fail kami.

Martin Wall,
Presiden & Pemilik,
Martin Sign Company

Hasil

Menjimatkan wang, melabur dalam pertumbuhan

Dropbox telah membantu merealisasikan impian Wall untuk menjalankan syarikat sendiri, kata Wall. “Saya tahu ramai pemilik perniagaan membelanjakan sekitar $25,000 untuk kos pelayan,“ katanya. “Itu wang yang kami jimatkan dengan menggunakan Dropbox, sambil mendapat akses lebih mudah kepada fail kami.” Wall menambah bahawa Dropbox telah membolehkan syarikat ini menyesuaikan perniagaan dengan pasaran yang kerap berubah. Apabila beliau memulakan Martin Sign Company, Wall berkata beliau lebih fokus pada sudut kreatif perniagaan. Tetapi Dropbox telah membantu beliau menjadikan syarikat ini majikan dan pembekal yang lebih baik, katanya. “Dengan fleksibiliti Dropbox, saya boleh tambah pengguna dalam sekelip mata atau menjadikan hidup klien lebih mudah dengan berkongsi kerja seni di dalam folder,“ katanya. “Kebolehskalaan ini telah membolehkan kami berkembang lebih pantas daripada jangkaan saya sebagai sebuah perniagaan kecil.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda

Cuba secara percuma