Skip to content (Press Enter)

Cara untuk menyimpan muzik tanpa audio dimampatkan

Ketahui cara mengurus fail muzik tanpa hilang dan tidak dimampatkan tanpa menjejaskan ruang pada cakera.

Jaga keselamatan fail dalam penyimpanan awan Dropbox
Seseorang memilih fail audio resolusi tinggi dalam folder dan memilih ‘Alih ke Dropbox’ untuk memastikan fail disimpan dengan selamat di awan.

Memahami kualiti bunyi

Baik anda pendengar mahupun pencipta yang bersemangat, anda mahu memastikan pustaka muzik anda menawarkan kualiti terbaik bagi runut kegemaran anda. Pemampatan audio ialah teknologi yang digunakan untuk mengurangkan saiz fail agar muzik lebih mudah disimpan, namun pengurangan saiz fail ini juga mengurangkan kualiti audio.

Jangan biarkan batasan simpanan menjejaskan kualiti bunyi semasa membina pustaka muzik anda. Di sini, kita akan meneroka beberapa petua untuk memastikan muzik anda mengekalkan kualiti tertinggi.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti fail audio. Kualiti yang lebih tinggi sememangnya lebih baik, namun audio berfideliti tinggi boleh menyebabkan isu dari segi simpanan kerana fail sedemikian biasanya amat besar.

Biasanya, kualiti audio diukur melalui kadar sampel dan kedalaman bit, yang akan kami simpulkan di bawah. Satu lagi istilah penting dalam kualiti audio ialah “tanpa hilang” atau antonim bagi istilah ini ialah audio “hilang”. Setiap format audio digital menawarkan keupayaan masing-masing dari segi kadar sampel, kedalaman bit dan pemampatan.

Apakah itu kadar sampel dan kedalaman bit?

Apabila kita menyebut tentang kualiti fail audio, kita biasanya merujuk kepada kadar sampel dan kedalaman bit.

Audio pada terasnya bersifat analog. Senang kata, audio cuma getaran atau gelombang yang bergerak menerusi udara. Gelombang tersebut yang menghasilkan bunyi perlu ditukar—didigitalkan—menggunakan alat yang dikenali sebagai transduser, seperti mikrofon dan amplifier, yang menukar gelombang bunyi ini menjadi isyarat elektrik.

Sistem digital kemudiannya boleh merakam isyarat elektrik ini dengan “mengambil sampel” isyarat. Kadar sampel fail audio boleh diumpamakan sebagai kadar bingkai fail video. Fikirkan video sebagai gabungan gambar tetap atau bingkai. Kadar bingkai lebih cepat bermaksud video beralih daripada satu bingkai kepada bingkai yang lain dengan lebih cepat, yang menghasilkan video yang kelihatan lebih lancar. Begitu juga dengan lagu, cuma daripada gabungan bingkai, audio ialah gabungan sampel isyarat audio.

Jadi semakin cepat kadar sampel, semakin lancar audio. Fail audio biasa, seperti audio pada CD, mempunyai kadar sampel sebanyak 44.1kHz atau 44,100 sampel setiap saat, manakala fail “resolusi tinggi” biasanya mempunyai kadar sampel sebanyak 96kHz, 96,000 sampel setiap saat dan ke atas.

Kedalaman bit pula diumpamakan sebagai resolusi video. Dalam video, resolusi ditentukan oleh bilangan piksel dalam bingkai. Dalam lagu pula, kedalaman bit mewakili bilangan bit yang membentuk bunyi. Apabila sampel isyarat audio diambil, maklumat bunyi diekstrak dan disimpan dalam bentuk bit. Kadar bit yang lebih tinggi bermakna lebih banyak maklumat boleh disimpan dalam setiap sampel, jadi semakin tinggi kadar bit, semakin tepat penghasilan semula karya asal oleh fail audio digital.

Kini, audio 96 kHz 24 bit dianggap sebagai “resolusi tinggi.”

Apakah itu audio tanpa hilang?

Melalui proses pemampatan audio hilang, fail audio dikecilkan dan cebisan data kecil hilang dalam proses ini. Jika anda memampatkan fail audio dalam format hilang kemudian nyahmampatkan semula fail, anda tidak akan dapat memperoleh semula butiran yang hilang ini. Pemampatan tanpa hilang membolehkan anda memampatkan fail audio tanpa kehilangan mana-mana maklumat yang penting.

Kemungkinan besar anda masih dapat mendengar setiap harmoni dan not rendah apabila mendengar fail audio hilang, namun anda akan kehilangan butiran halus yang dimasukkan semasa pengeluaran lagu. Jika anda menganggap diri anda seorang audiofil, perbezaan antara fail audio tanpa hilang dengan hilang pasti ketara bagi anda. Apatah lagi jika anda merakam muzik sendiri; audio tanpa hilang itu amat penting.

MP3 dan fail audio hilang termampat lain lebih mudah dikendalikan dari segi perkakasan dan lebih mudah disimpan, yang menjadi sebab format sedemikian biasa digunakan. Perkhidmatan penstriman seperti Spotify menggunakan audio hilang dan termampat, walaupun untuk akaun Premium, kerana dengan jutaan lagu yang tersedia, fail tanpa hilang dan tidak termampat akan menggunakan lebar jalur anda dengan banyak sekali.

Format fail audio

Selain kualiti bunyi, faktor penting lain untuk dipertimbangkan bagi jenis fail audio digital termasuk saiz fail dan sokongan metadata. Metadata merujuk kepada maklumat yang disimpan dalam fail. Dalam konteks fail muzik, metadata mungkin termasuk seni kulit luar, artis, album, tajuk lagu dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan runut. Apabila anda mengimport fail audio ke pemain muzik seperti apl Music Apple, aplikasi akan dapat membaca metadata ini dan mengkategorikan serta mengetag fail dengan semua butiran yang berkaitan.

Anda pasti pernah mendengar tentang format fail yang disenaraikan di bawah. Ini ialah format audio yang paling biasa digunakan. Setiap satu format ini menawarkan kualiti bunyi, saiz fail, sokongan metadata dan keserasian sistem pengendalian yang berbeza.

Format audio hilang

MP3

MP3 ialah format fail audio yang paling biasa digunakan. MP3 ialah fail termampat dan menjadi format pilihan kerana saiz fail yang kecil. MP3 amat sesuai untuk simpanan, terutamanya untuk menyimpan muzik pada telefon pintar anda yang mungkin terhad dari segi ruang, namun kualiti bunyi MP3 tidak hebat. Ciri saiz fail yang begitu kecil membolehkan pemain MP3 tersebar luas, yang membawa kepada iPod dan kemudiannya telefon pintar.

AAC

Fail AAC juga bersifat hilang dan termampat, namun menawarkan kualiti bunyi yang lebih tinggi daripada fail MP3. AAC ialah format yang digunakan untuk menstrim muzik pada YouTube dan Apple Music serta untuk lagu yang anda muat turun daripada iTunes. AAC ialah format pilihan Apple untuk menentang MP3.

WAV

WAV ialah format yang biasanya digunakan untuk audio CD. WAV ialah fail tanpa hilang dan tidak termampat yang menawarkan kualiti bunyi yang tinggi, namun amat memakan ruang. Fail WAV juga terhad dari segi sokongan metadata—yang agak penting semasa membina pustaka muzik dalam talian anda.

Ogg Vorbis

OGG atau Ogg Vorbis ialah format pemampatan hilang dan sumber terbuka, serupa dengan MP3 dan AAC, namun lebih serba guna tanpa perlu terikat dari segi lesen dan paten. Ini ialah format fail yang digunakan untuk muzik pada Spotify. 

Format audio tanpa hilang

WAV

WAV ialah format yang biasanya digunakan untuk audio CD. WAV ialah fail tanpa hilang dan tidak termampat yang menawarkan kualiti bunyi yang tinggi, namun amat memakan ruang. Fail WAV juga terhad dari segi sokongan metadata—yang agak penting semasa membina pustaka muzik dalam talian anda.

AIFF

AIFF ialah format Apple yang setara dengan WAV. AIFF ialah format audio resolusi tinggi, tanpa hilang dan tidak termampat, jadi jangkakan kualiti yang hebat dengan keperluan ruang simpanan yang besar. AIFF menawarkan sokongan metadata yang lebih baik daripada WAV.

FLAC

Saiz fail FLAC adalah kira-kira separuh daripada saiz fail WAV namun masih menawarkan audio tanpa hilang dan resolusi tinggi. FLAC ialah format tanpa royalti yang biasanya digunakan untuk memuat turun album berkualiti tinggi, namun untuk pengguna Apple, fail FLAC hanya boleh diakses melalui apl Files dan tidak disokong oleh apl Music.

MQA

MQA ialah format yang membolehkan Tidal menawarkan salinan resolusi tinggi pada kualiti yang amat tinggi. MQA ialah format tanpa hilang yang termampat, jadi format ini lebih sesuai untuk perkhidmatan penstriman.

ALAC

ALAC ialah format Apple untuk menentang FLAC. Sama seperti FLAC, ALAC ialah format pemampatan tanpa hilang yang dapat mengendalikan audio resolusi tinggi. ALAC menyokong metadata dan saiz ALAC adalah kira-kira separuh daripada saiz fail WAV. Perbezaan ALAC dengan FLAC ialah, sebagai format tersendiri Apple, ALAC lebih serasi dengan iTunes dan peranti iOS.

Apakah yang berlaku semasa pemampatan fail audio?

Apabila anda memuat turun lagu, anda memuat turun salinan atau penghasilan semula fail audio asal. Fail tanpa hilang yang tidak termampat ialah penghasilan semula yang paling tepat.

Untuk mengurangkan saiz fail, algoritma pemampatan digunakan untuk menyingkirkan bahagian lagu yang sistem percaya tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Dengan meningkatkan kelantangan bunyi frekuensi rendah, ketiadaan bunyi frekuensi tinggi menjadi kurang menonjol. Proses ini dikenali sebagai “penopengan.”

Dari segi pengeluaran, pemampatan audio mungkin merupakan teknik yang berguna. Dalam konteks ini, proses pemampatan berfungsi dengan mengurangkan julat dinamik dalam isyarat audio. Julat dinamik merujuk kepada lebar kelantangan—perbezaan antara kelantangan terendah dengan kelantangan tertinggi yang mampu dihasilkan oleh sesebuah audio.

Jika pengeluar mempunyai bunyi yang amat lantang pada awalnya tetapi menjadi perlahan secara beransur-ansur, mereka mungkin mahu memampatkan julat dinamik agar perbezaan kelantangan dikurangkan. Pemampatan bunyi biasanya akan mengurangkan kelantangan keseluruhan pada awalnya, namun pengurangan ini boleh diimbangi melalui gandaan penggenap—yang akhirnya boleh menjadikan bunyi lebih lantang daripada bunyi asal. Pemalam pemampatan dan juga alat analog setara membolehkan kawalan terhadap sifat bunyi yang dihasilkan oleh pemampatan dengan memanipulasi masa tindak, masa lepasan dan kawalan gandaan—gandaan penggenap dan pengurangan gandaan.

Pemampatan audio berguna untuk proses pengadunan dan pemurnian, namun dari segi penyimpanan muzik, pemampatan fail audio mendatangkan lebih banyak kekurangan daripada kelebihan.

Apakah format audio tanpa hilang yang terbaik?

Ciri “tanpa hilang” dan “tidak dimampatkan” adalah tidak sama. Contohnya, fail FLAC. Fail ini dimampatkan sehingga kira-kira separuh daripada saiz fail WAV atau AIFF, namun tetap tanpa hilang. Dengan kemampuan menawarkan resolusi setinggi 32 bit dan 96 kHz, fail FLAC boleh menawarkan audio yang lebih baik daripada kualiti CD (16 bit, 44.1 kHz).

Jadi jika anda mahu menyimpan muzik anda tanpa kehilangan kualiti, namun masih perlu berjimat dari segi ruang simpanan, FLAC ialah pilihan terbaik. Jika anda pengguna Mac atau iOS, ALAC ialah alternatif yang paling sesuai bagi FLAC.

Namun jika anda mahu menyimpan audio tanpa hilang dan tidak termampat, pilihlah WAV. Bagi pengguna Mac atau iOS atau pengguna yang mahukan sokongan metadata yang lebih menyeluruh, pilihlah AIFF. Pemampatan tanpa hilang itu hebat, namun tidak boleh menandingi kualiti yang ditawarkan oleh format tanpa hilang yang tidak termampat.

Walaupun anda pasti mahukan kualiti audio tertinggi untuk muzik kegemaran, anda tetap perlu mempertimbangkan ruang simpanan. Anda tidak akan menemukan format audio yang cekap ruang serta menawarkan bunyi tanpa hilang yang luar biasa, jadi apakah penyelesaian anda?

Penyimpanan awan muzik tanpa hilang

Baik anda seorang pemuzik mahupun pendengar, anda pasti mahu menyimpan semua muzik anda dengan selamat tanpa menjejaskan kualiti. Walau bagaimanapun, penyimpanan semua fail pada peranti anda mungkin bukan pilihan yang terbaik.

Dengan penyimpanan awan Dropbox, anda boleh menyimpan apa-apa format fail audio resolusi tinggi di awan agar anda boleh mengakses fail daripada mana-mana peranti yang boleh bersambung kepada Internet. Dropbox tidak memampatkan fail anda semasa muat naik atau mengubah suai fail dengan apa-apa jua cara, jadi yakinlah bahawa apabila anda memuat naik fail WAV sebagai contoh, kualiti audio yang tinggi akan kekal tidak berubah.

Atas sebab semua fail disimpan pada awan, anda tidak perlu risau tentang ruang cakera, yang memberi anda kebebasan untuk menikmati pustaka muzik yang penuh dengan audio tanpa hilang yang tidak termampat, dalam bentuk audio asal. Anda boleh mendengar lagu terus daripada Dropbox, jadi Dropbox juga boleh berfungsi sebagai perkhidmatan penstriman peribadi anda.

Dropbox juga memudahkan perkongsian muzik—baik anda berkongsi lagu kegemaran baharu anda dengan rakan dan keluarga mahupun bekerjasama dengan rakan pancaragam anda. Dengan Dropbox, anda boleh berkongsi fail audio berkualiti tinggi yang besar dengan hanya mengklik satu butang dan, disebabkan semua fail disimpan di awan, proses penghantaran fail dilakukan dengan sekelip mata.

Nikmati muzik anda tanpa menjejaskan kualiti

Bandingkan pelan