Skip to content (Press Enter)

Cara mencari apl penulisan terbaik untuk anda

Agak sukar untuk menulis, maka kami menggabungkan senarai beberapa apl menulis yang popular dan menggariskan cara apl ini boleh membantu anda meluahkan pendapat anda dengan lebih baik.

Terokai Dropbox Paper
Tangkapan skrin nota ditulis dalam apl Dropbox Paper

Apl terbaik untuk penulis

Walaupun ada pepatah mengatakan tak pandai menganyam, pandan disalahkan, namun mengarang kata-kata boleh jadi sukar dan apa-apa yang boleh membantu pengalaman menulis anda lebih menyenangkan harus disambut dengan mesra. Nasib baiklah, tidak ada kekurangan pilihan yang tersedia tetapi ini juga boleh membuatkan anda keliru dengan banyak pilihan. Untuk membantu anda mengemudi pilihan ini, kami telah melihat pada beberapa alatan menulis terbaik yang sedia ada dan memeriksa waktu alatan ini akan sangat bermanfaat.

Penulisan umum

Walaupun perisian menulis yang canggih ada kegunaannya, namun mencapai pen dan kertas sahaja juga boleh membantu dalam senario yang lebih santai. Kebolehan untuk menulis sesuatu dan menyimpannya di suatu tempat yang boleh dilihat kemudian ialah keperluan yang sangat lazim dan terdapat banyak apl yang boleh membantu anda berbuat demikian. Editor teks yang kosong seperti notepad untuk Windows atau TextEdit untuk Mac mungkin cukup sesuai untuk sesetengah situasi, tetapi pengguna mencari pilihan pemformatan yang lebih menyeluruh atau semakan ejaan mungkin mendapati pilihan ini kurang menarik. Penulis yang mencari tawaran yang lebih lengkap untuk penggunaan secara umum akan lebih gembira dengan pemproses kata.

Microsoft Word

Bagi kebanyakan orang, Microsoft Word ialah program pertama yang terlintas di fikiran apabila mereka memikirkan istilah "apl menulis." Pemproses kata yang merupakan sebahagian daripada Microsoft Office ini adalah salah satu program paling popular di dunia. Alat yang serba boleh ini dipenuhi dengan templat, pilihan pemformatan dan penyuntingan.

Dropbox menyediakan penyepaduan apl dengan Microsoft yang membolehkan kerjasama masa nyata di Word dan membenarkan pengguna menyunting fail sedia ada melalui Dropbox, apl mudah alih atau Microsoft Office untuk web. Perubahan disimpan kembali ke Dropbox secara automatik. Apl mudah alih Dropbox dan Office bersepadu antara satu sama lain, maka anda boleh mencipta, menyunting dan berkongsi dengan mudah antara apl.

Microsoft Word memerlukan langganan tetapi bagi yang mencari alternatif percuma, mereka boleh memilih OpenOffice atau LibreOffice. Walaupun program ini kurang ciri-ciri, tetapi kedua-duanya menawarkan banyak fungsi yang dijangkakan oleh pengguna Word daripada pemproses kata.

Dokumen Google

Google Docs ialah apl penulisan berasaskan awan yang membolehkan anda bekerjasama dengan rakan atau rakan sekerja anda bagi mencipta kandungan bersama pada masa nyata. Pemproses kata dalam talian yang sangat popular ini merangkumi ciri pintar seperti Smart Compose dan Grammar untuk membantu pengguna menulis dengan lebih pantas dan lebih tepat. Aplikasi ini menyimpan hasil kerja anda secara automatik dalam Google Drive dan menyokong penyuntingan di luar talian selain daripada ciri kerjasama dalam talian yang asli. Untuk bermula, anda cuma memerlukan akaun Google percuma untuk kegunaan peribadi atau daftar diri untuk akaun G Suite untuk perniagaan.

Disebabkan penyepaduan apl Dropbox dengan Google, Dropbox dapat menyimpan Google Docs di samping dokumen lain. Ini bermakna anda boleh menemui semua fail anda di satu tempat yang teratur. Edit dan komen Google Doc muncul sebagai pemberitahuan dalam Dropbox, maka anda akan diberitahu apabila ada perubahan.

Penulisan kreatif

Kerja penulis novel dan lakon layar lazimnya memerlukan format yang lebih unik. Walaupun pemproses kata ada templat sebegini, namun sesetengah penulis ingin mengambil selangkah lebih jauh dan mencari apl menulis yang khusus untuk seni pilihan mereka.

Scrivener

 Scrivener yang merupakan pilihan yang dipandang tinggi untuk kerja bentuk panjang dan dibina khas untuk tujuan ini, adalah agak hebat sebagai satu pemproses kata. Penulis mendapat statistik penulisan yang boleh menjejaki perkembangan ke arah matlamat hitung kata harian, himpunan templat yang banyak, paparan papan gabus untuk membantu penulis secara visual dengan papan cerita dan pelbagai pilihan mengeksport.

Scrivener juga terkenal dengan rangkaian pintasan papan kekunci yang menyeluruh, direka untuk membantu pengguna yang berpengalaman menavigasi program dengan lebih pantas.

Storyist

Storyist ialah pemproses kata dengan ciri penuh yang disesuaikan kepada penulis novel dan penulis skrip. Program yang menawarkan editor gaya terbina dalam ini membolehkan pengguna menyesuaikan naskhah mereka mengikut kehendak. Selain itu, program ini juga dilengkapi dengan pelbagai templat naskhah dan lakon layar yang lazim ditemui. Alat rangkanya yang fleksibel memberikan paparan cerita penulis pada tahap tinggi dan kad indeks bersama nota cerita boleh dipaparkan di sebelah manuskrip semasa menulis. Storyist boleh mengimport skrip Final Draft FDX, lalu memudahkan kerjasama dengan penulis skrip lakon layar dan menawarkan ciri penyuntingan buku yang boleh mengubah naskhah menjadi PDF yang sedia untuk dicetak.

Storyist menawarkan percubaan percuma tetapi malang sekali bagi pengguna Windows, hanya edisi apl MacOS dan iOS sahaja yang tersedia.

Ulysses

Ulysses adalah eksklusif untuk Mac, iPad dan iPhone dan tawaran iOS aplikasi ini menggunakan pintasan Siri dan tindakan sentuh 3D. Penulis pada semua peranti akan mendapat antara muka bebas gangguan dengan penyunting teks berasaskan penanda dan pilihan tema yang banyak. Ulysses menggunakan statistik langsung untuk membenarkan pengguna memantau kemajuan dengan mudah ke arah matlamat harian dan tarikh akhir penulisan, lalu memberikan kebertanggungjawapan dan membantu penulis untuk terus membuat perkembangan. Melalui penyepaduannya dengan Dropbox, folder luar boleh disimpan dalam pustaka teks Ulysses, lalu membolehkan pengguna menemui semua hasil kerja mereka di satu tempat.

Final Draft

Final Draft ialah apl untuk penulis skrin dan mengangkat dirinya sebagai perisian pilihan untuk pembuat filem di seluruh dunia. Penulis tidak perlu bimbang kerana projek mereka akan diformatkan mengikut standard profesional aplikasi yang mempunyai lebih daripada 100 templat di samping pilihan penghalaman dan pemformatan. Ciri Pertuturan kepada teks Final Draft menggunakan ciri perencanaan macOS dan ciri SmartType aplikasi ini menggunakan isian automatik nama dan lokasi lazim, yang bermakna penulis tidak perlu meluangkan banyak masa untuk menulis dan masih produktif.

Dropbox Paper

Dropbox Paper ialah apl editor dokumen dan pengambilan nota yang sangat bermanfaat dalam pelbagai jenis senario. Pengguna akan menyukai susun atur Dropbox Paper yang ringkas dan bebas gangguan kerana susun atur sebegini menjadikannya sesuai untuk penulisan harian. Apl ini juga percuma—hanya akaun Dropbox Basic diperlukan untuk mula membuat dokumen Paper, maka anda boleh terus bermula. Hati penulis lebih tenang apabila semua kerja mereka disimpan dengan selamat dalam akaun penyimpanan awan yang dilindungi dan sedia untuk diakses bila-bila masa diperlukan.

Paper berfungsi sebagai apl mudah alih dan apl desktop, lantas membolehkan pengguna untuk menyemak dan mengedit kerja mereka semasa dalam perjalanan. Pengguna Paper juga boleh membuat penyelarasan di luar talian dengan apl mudah alihnya, yang bermakna sekiranya sambungan Internet anda terganggu, versi fail peranti anda akan disimpan dan diselaraskan dengan akaun anda sebaik sahaja sambungan anda dipulihkan.

Pilihan perkongsian Paper menjadikannya alat yang sesuai untuk projek penulisan usaha sama. Apabila bekerja secara berkumpulan, anda dan ahli pasukan anda boleh menyunting fail yang sama pada masa nyata. Versi terdahulu fail juga boleh dipulihkan dengan mudah, lantas menghilangkan sebarang kebimbangan tentang kawalan versi. Paper juga boleh digunakan sebagai templat sumbang saran untuk penulis yang mengalami rintangan pengarang dan ciri pengurusan tugasan Paper membolehkan pengguna menyediakan tugasan dan menanda tarikh akhir untuk memastikan kerja diteruskan mengikut perkembangan. Dengan meneroka dan menggunakan ciri ini, ahli profesional kreatif boleh memberikan dorongan tambahan yang mereka perlukan untuk menyiapkan projek penulisan mereka.

Akhir sekali, boleh dikatakan apl penulisan terbaik untuk anda ialah apl yang anda buka pada ketika itu. Sama ada aplikasi itu merupakan editor teks biasa yang anda gunakan untuk mencatat idea yang baru terbentuk atau perisian mahal yang sangat anda harapkan sepanjang semua peringkat proses penulisan anda, inilah pentingnya untuk mencatat idea anda apabila idea itu datang. Apabila Dropbox Paper membolehkan anda mengakses dan mengembangkan idea tersimpan anda walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet, maka semakin sukar untuk anda mencari alasan yang baik untuk tidak menulis. Semua apl yang dinyatakan di atas bersepadu dengan Dropbox, maka jika anda sudah selesa dengan satu program, anda masih boleh menikmati pengalaman simpanan yang mudah dan lancar.

Simpan idea anda tanpa mengira di mana-mana jua anda berada

Cuba Dropbox Paper secara percuma