Skip to content (Press Enter)

Kajian kes

Les Lunes

Pengasas jenama runcit Les Lunes mengurus operasi global di seluruh Bay Area, Paris dan Shanghai dengan Dropbox Paper.
Dua orang berjabat tangan selepas kontrak kertas ditandatangani.
Pasukan Les Lunes sedang bergambar.
Beginilah cara Les Lunes mengurus operasi global mereka di seluruh Bay Area, Paris dan Shanghai.

Hasil Utama Les Lunes

  • Kerjasama lancar merentasi tiga benua
  • Produktiviti dipertingkatkan melalui pengurangan e-mel
  • Aliran kerja yang lengkap dari satu lokasi

Cabaran

Kerjasama yang mampan

Dalam era, perkataan 'mampan' dan 'kitar semula' ialah beberapa perkataan yang paling hangat dalam fesyen, Les Lunes menjadi pelopor. Diasaskan pada tahun 2010, syarikat pakaian mampan ini menggunakan fabrik yang diperbuat daripada buluh dalam semua produk syarikat. Idea CEO, Anna Lecat untuk perniagaannya adalah hebat; mempunyai pasukan reka bentuk yang berpangkalan di Paris, bahan sumber dan pembuatan di China dan penjualan di Amerika Syarikat. “Saya ingin wujudkan sebuah syarikat yang boleh kami kawal keseluruhan proses dan menggaji orang yang paling berbakat dalam bidang mereka, tidak kira tempat mereka berada,” jelas Lecat. 

Ini bermakna mencari penyelesaian yang bukan sahaja menyelaraskan pasukan Les Lunes, di mana-mana sahaja mereka berpangkalan, tetapi membenarkan mereka berkomunikasi dan bekerjasama secara bebas dalam segala-galanya daripada kerja reka bentuk, kandungan pemasaran hinggalah kepada mentadbir maklumat. “Oleh sebab pasukan kami sangat teragih, memiliki alat yang membolehkan kami berkomunikasi, berkongsi data, gambar, pesanan pembelian, segala-galanya dan dalam masa nyata adalah sangat penting,” kata Lecat.    

Lecat beralih kepada Dropbox Paper untuk menghubungkan reka bentuk, pengeluaran dan pasukan di kedai Les Lunes secara holistik.

Saya tidak dapat bayangkan cara kami akan bekerjasama tanpa Dropbox. Dapat bekerja bersama-sama dari mana-mana lokasi dapat meningkatkan dan memastikan perniagaan kami berkembang pada kadar yang dipercepatkan.

Anna Lecat, CEO

Penyelesaian

Dropbox fabrik, Paper benang

Pada awalnya, Les Lunes mula menggunakan Dropbox untuk mengurus keseluruhan proses reka bentuk pakaian global syarikat dengan memuat naik reka bentuk ke folder kongsian atau berkongsi imej model yang memakai pakaian baru. Kini, Les Lunes telah menambah Dropbox Paper pada set alat kerjasama syarikat. 

Pasukan ini akan mengambil pakaian daripada konsep kepada boneka pakaian dalam Paper, menggunakan keupayaan maklum balas masa nyata untuk menghidupkan perbualan mengenai reka bentuk ini. Ini membenarkan penggaya di AS dan pereka di Paris berkongsi maklum balas pelanggan dengan mudah kepada seluruh pasukan, “Proses reka bentuk kami bermula dengan pelanggan kami,” kata Lecat. “Mereka sentiasa memberi kami idea yang hebat tentang padanan, gaya, warna dan bahan. Dan kami lakukan semua itu dalam Paper.” 

Untuk mencipta kandungan bagi bahan pemasaran mereka, Les Lunes menggunakan Paper untuk menggabungkan teks, imej dan media besar dengan lancar dalam satu ruang kerja. Pasukan menampal pautan atau memuat naik kandungan daripada Dropbox ke dalam Paper dengan cepat. Memberikan komen masa nyata menjadi kebiasaan untuk mencapai kata sepakat pada kiriman media sosial. 

Les Lunes juga menjalankan semua operasi perniagaan syarikat melalui Paper. Ketika mereka menyediakan kedai baru di seluruh AS, pasukan menggunakan ciri senarai tugas untuk sentiasa mengikuti tarikh akhir apabila memilih papan tanda, memasang rak, menyesuaikan perabot dan menempah perjalanan.

Dropbox Paper ialah rakan karib baru saya. Paper telah menghapuskan rantaian e-mel yang panjang dan benar-benar membolehkan kami berkomunikasi dengan lebih baik sebagai satu pasukan—Paper menjimatkan masa kerja kami.

Tobe Sheldon, Pengurus Rantau

Hasil

Pasukan global yang berhubung

Sudah menjadi pengguna peribadi Dropbox sebelum Les Lunes diasaskan, Lecat tahu bahawa Dropbox merupakan penyelesaian yang tepat untuk menghubungkan syarikatnya dengan berkesan dan memberikan pengawasan lengkap yang dia inginkan. “Saya sangat sukakan Dropbox sehinggakan semasa pasukan Les Lunes ditubuhkan, tiada masalah untuk kami mendapatkan Dropbox,” kata Lecat. 

Dropbox memastikan pasukan Les Lunes yang teragih itu berhubung dan produktif sama ada mereka berada di China, AS atau Eropah. Pekerja boleh mengakses dan berkongsi dokumen Dropbox dan Paper dari mana-mana sahaja mereka berada, tidak kira zon masa mereka berada dan boleh berkongsi maklum balas dengan serta-merta. Selain itu, menggunakan Dropbox Paper telah menambah baik cara seluruh pasukan global berkomunikasi, mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan untuk mentafsir rantaian e-mel yang panjang secara drastik dan menentukan versi fail terkini. 

Malahan, Paper telah mempengaruhi budaya dan bahasa bekerja di Les Lunes. “Kami lebih bersemangat untuk berkongsi sekarang,” kata Lecat. “Kami sentiasa berkata, ‘letakkan di Paper.’”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda

Cuba secara percuma