Skip to content (Press Enter)

Cara memuat naik, mengatur dan berkongsi foto keluarga

Simpan foto keluarga dalam awan untuk memastikan kenangan anda disimpan dengan selamat dan boleh dicapai.

Terokai Dropbox Family
foto keluarga di Dropbox bertajuk 'keluarga'

Ingat ketika duduk bersama-sama keluarga membelek album foto, dan mengagumi cara seseorang menghabiskan masa berjam-jam menyusun setiap halaman dengan teliti? Gambar dalam bentuk hati, nota tulisan tangan dengan tarikh terselit kemas di bahagian tepi. Kini buku foto tersebut semakin kusam, dan pita tidak melekat. Buku foto tersebut telah disimpan dengan selamat di dalam kotak untuk dipindahkan daripada almari ke ruang bawah tanah atau garaj. Sangat sentimental, tetapi tidak begitu mudah dicapai. 

Kini bayangkan keluarga anda boleh melihat foto resolusi penuh semua detik terbaik anda—dan anda boleh melihat foto mereka. Keindahan menyimpan foto anda secara dalam talian adalah anda boleh memastikan foto selamat, mengatur foto itu dengan betul, dan berkongsi foto tersebut dengan orang yang paling anda sayangi. Fikirkan semua kotak kasut yang anda boleh kitar semula, ruang yang akan anda jimat, dan kenangan yang akan anda kongsi.

Kumpulkan foto anda ke dalam awan

Memuat naik foto anda ke perkhidmatan penyimpanan awan seperti Dropbox ialah langkah pertama untuk memastikan kenangan keluarga disimpan dengan selamat, boleh dicapai, dan boleh dikongsi.

Muat naik kamera

Cara paling mudah untuk memastikan semua foto terkini anda selamat dan boleh dicapai adalah memuat naik secara automatik semua imej anda daripada peranti mudah alih dan kamera anda ke Dropbox. Satu faedah menggunakan muat naik kamera ialah Dropbox akan menamakan semula semua foto anda daripada nombor kepada tarikh anda mengambil foto, dan menjadikan foto lebih mudah untuk kekal teratur, iaitu, "IMG_1801.jpg" kepada "2021-04-26 15.30.42.jpg"

Bonus lain: Apabila anda menyandarkan foto dan video resolusi penuh ke Dropbox, anda akan dapat menghapuskan fail tersebut daripada telefon anda, dan mengosongkan ruang simpanan.

Permintaan fail

Cuba mengumpul foto semua orang daripada majlis perkahwinan, perjumpaan semula keluarga atau sambutan percutian? Daripada mencipta rantai Gmail yang menjengkelkan dengan sepupu, adik-beradik, dan rakan anda, hantar permintaan fail kepada semua orang dan minta mereka menghantar foto mereka terus ke Dropbox anda. Anda juga boleh mencipta folder kongsian supaya semua orang mempunyai akses.

Dropbox berkongsi cara anda boleh mengumpul fail daripada kumpulan besar dengan permintaan fail Dropbox.

Imbas foto lama

Daripada membiarkan foto pudar atau tersembunyi di dalam kotak di dalam almari anda, pastikan semua cetakan lama anda selamat. Tukarkan fail kepada PDF berkualiti tinggi terus daripada telefon atau iPad anda dengan menggunakan Dropbox Scan.

Integrasi penghantaran Facebook

Ramai di antara kita telah menggunakan Facebook sebagai simpanan foto kita selama bertahun-tahun. Daripada terus log masuk ke media sosial, hantar keseluruhan pustaka foto dan video anda daripada Facebook ke Dropbox dengan integrasi apl Facebook.

Penyelarasan peranti dan komputer

Anda boleh menggunakan Dropbox untuk memilih foto atau folder individu yang anda ingin simpan dalam awan secara manual. Setelah diselaraskan, anda boleh mencapai fail tersebut daripada semua peranti anda.

Atur foto anda seperti seorang profesional

Memandangkan anda mempunyai semua foto keluarga anda di satu tempat, anda boleh menjadikan foto tersebut lebih mudah ditemukan kemudian dengan sistem pemfailan dan penamaan yang betul.

Hapuskan foto yang tidak disengajakan atau pendua

Berpuluh-puluh imej tangkapan skrin iPhone yang tidak disengajakan tidak begitu menarik untuk dilihat dan mengambil banyak ruang penyimpanan awan. Jika anda menggunakan muat naik kamera automatik, anda pasti akan memuat naik banyak foto yang tidak diperlukan. Pratonton mini ialah cara terbaik untuk mencari dan menghapuskan foto yang anda tidak mahu dengan cepat.

Masukkan ke dalam folder

Daripada menamakan semula, anda boleh mengatur pustaka foto anda ke dalam folder. Resam penamaan folder yang paling berkesan, yang digunakan oleh orang biasa dan jurugambar profesional, adalah dengan membahagikan folder tersebut mengikut tarikh dengan folder bagi setiap tahun terlebih dahulu. Dalam folder tersebut, anda boleh membuat subfolder untuk setiap bulan. Kemudian, buat subfolder untuk acara, percutian atau peristiwa tertentu. Contohnya:

Foto Saya  /  2018  /  Januari 2018  /  Pertemuan Semula Keluarga Coulson 

Jika anda tidak mengambil banyak foto atau memuat naik imbasan foto lama, anda mungkin hanya ingin mempunyai subfolder untuk acara, seperti "Tahun-tahun bayi Jack," dan bukannya beberapa folder bulanan yang kosong.

Jika anda menggunakan muat naik kamera, Dropbox akan menukar nama foto anda secara automatik kepada tarikh anda mengambil foto tersebut, cth., "IMG_1801.jpg" kepada "2021-04-26 15.30.42.jpg" Menggunakan resam penamaan ini sebagai asas, anda boleh memilih kumpulan foto dari satu hari dan meletakkan foto tersebut ke dalam folder, seperti "26-04-2021 Mendaki Semasa Saya Sepatutnya Melakukan Kerja." Jika anda mempunyai banyak gambar, anda boleh menyematkan gambar tersebut dalam folder tahun dan bulan, seperti "Foto / 2021 / 2021-04 / 2021-04-26 Mendaki Semasa Saya Sepatutnya Melakukan Kerja."

Namakan semula (jika perlu)

Penamaan semula memakan masa dan selalunya tidak diperlukan. Sebelum menamakan semula, kami mengesyorkan agar foto anda diatur dalam folder terlebih dahulu. Jika anda perlu menamakan semula beberapa imej, format yang boleh dipercayai untuk nama fail adalah dengan memasukkan tempat atau acara dan tarikh anda mengambil gambar tersebut, contohnya "Paris_Oct 2019_01.jpg". Anda boleh memberikan nama yang lebih khusus seperti "Paris_Oct 2019_Eiffel Tower Tour_01.jpg," atau sertakan kata kunci yang boleh bertindak sebagai pengecam.

Kongsi foto dengan capaian mudah

Setelah segala-galanya berada di awan dan teratur, perkongsian foto dengan orang yang anda sayangi adalah semudah berkongsi folder melalui e-mel atau teks. Anda juga boleh memberi rakan dan ahli keluarga yang lain akses menyunting ke folder kongsian untuk menambahkan foto mereka dengan mudah.

Masukkan krew anda dalam Dropbox Family

Dengan pelan Dropbox Family baru, semua orang dalam isi rumah anda boleh berkongsi gambar mereka dalam Folder Family. Dapatkan ruang simpanan yang banyak dan jimatkan banyak wang apabila anda membahagikan pelan antara ibu bapa, anak, dengan adik beradik. Cara ini bagus untuk kekal berhubung walaupun anda berjauhan.

Antara muka Dropbox yang menggambarkan perkongsian foto

Bersedia untuk membawa keluarga anda bersama-sama?

Dapatkan Dropbox Family