Skip to content (Press Enter)

Cara menukar fail video: Panduan untuk pencipta dan penyemak video

Tukar fail video dengan mudah dengan penyelesaian semua dalam satu Dropbox untuk penyimpanan awan, penyuntingan dan produktiviti.
Seseorang sedang menyemak rakaman pada kameranya di bilik suntingan.

Pencipta dan penyemak video sentiasa menghadapi cabaran apabila menangani berbilang fail video yang terdiri daripada pelbagai jenis. Kerjasama mungkin dihalang oleh isu ketidakserasian dan proses penukaran fail video mungkin memakan masa serta mengecewakan. Dropbox menawarkan penyelesaian yang dipermudah untuk penyimpanan awan, penyuntingan dan produktiviti—termasuk penukar video yang mudah digunakan.

Mengapakah menukar fail video?

Penukaran fail video boleh menawarkan pelbagai kelebihan—daripada mengurangkan saiz fail melalui pemampatan, kepada meningkatkan resolusi fail video anda untuk meningkatkan kualiti video. Anda mungkin hanya mempermudah perkongsian fail anda dengan menukar video menjadi jenis fail video yang lain. Tetapi kelebihan tidak berhenti setakat itu.

Meningkatkan keserasian

Dengan menukar fail video anda, anda dapat memastikan bahawa video anda boleh berfungsi merentasi pelantar (Facebook, YouTube dsb.) dan peranti. Contohnya, anda boleh menukar fail WMV, WebM atau FLV kepada format yang lazim digunakan seperti MP4 atau MOV.

Mengurangkan saiz fail

Sesetengah jenis fail video lebih memakan ruang berbanding dengan jenis yang lain dan memerlukan lebih banyak masa untuk dimuat naik. Keadaan ini tidak ideal apabila anda menjalankan penggambaran di luar dan perlu memuat naik set video berkualiti tinggi yang baharu ke awan. Penukaran fail video anda menjadi fail yang lebih kecil mengurangkan masa yang diperlukan untuk memuat naik atau menyimpan video, dengan hanya memampatkan fail.

Mempermudah perkongsian fail video

Walaupun terdapat cara untuk berkongsi fail besar dengan cepat, biasanya perkongsian fail yang lebih kecil dengan orang lain lebih mudah dan cepat. Dengan perisian yang sesuai, anda boleh menukar dan menghantar fail video dengan memenuhi apa-apa pun spesifikasi—baik anda menghantar fail untuk disemak pada peranti Mac, Windows, iPhone atau Android.

Paparan fail dan video yang disimpan dalam folder Dropbox yang boleh dikongsi dengan mudah.

Memastikan video anda lebih mudah diakses

Tidak semua orang mempunyai peranti paling canggih untuk menonton video anda. Penukaran video kepada berbilang resolusi atau format dapat mempermudah akses kepada video anda untuk penonton dengan peranti lebih lama atau sambungan Internet yang lebih perlahan.

Membolehkan penyuntingan yang fleksibel

Anda boleh menyesuaikan video anda untuk pelbagai peringkat proses penyuntingan dan pascapenerbitan dengan mudah dengan menukar video menjadi pelbagai jenis fail. Contohnya, tukar video resolusi tinggi untuk dipotong, kemudian tukar video kembali—semuanya dalam penyimpanan awan Dropbox anda.

Jika anda menggunakan Dropbox Replay, anda juga boleh memuat naik semula fail video baharu ini ke Ruang Kerja yang sama seperti video asal anda.

UI Produk untuk Dropbox Replay, yang menunjukkan Ruang Kerja untuk projek video dalam Dropbox Replay. Berbilang aset ditunjukkan, termasuk pelbagai rakaman dan folder untuk “Bahan rujukan”.

Dropbox ialah cara yang hebat untuk memusatkan maklum balas bagi projek video anda, supaya kolaborator dapat menambahkan maklum balas tepat pada bingkai pada versi terkini video anda.

Memberi anda peluang untuk meningkatkan resolusi video

Fail juga boleh ditukar untuk meningkatkan kualiti video menggunakan peningkatan resolusi AI, iaitu proses meningkatkan resolusi kandungan video. Ini ialah cara yang bagus untuk memastikan masa dan usaha yang anda curahkan pada video anda dibalas dengan output berkualiti tertinggi yang mungkin.

Cara menukar fail video dengan Dropbox

  1. Pilih fail video yang mahu anda tukar: Dropbox menyokong penukaran daripada pelbagai format video, termasuk AVI, MP4, MOV, MPEG dan MKV. Setelah video anda disimpan dalam Dropbox, klik kanan pada video, kemudian pilih Simpan sebagai. Anda akan diberikan pilihan untuk menyimpan dalam pelbagai format video.
  2. Pilih format output yang diingini: Dropbox menyokong pelbagai format, termasuk MOV dan MP4 untuk video, serta MP3, WAV dan M4A untuk audio.
  3. Mulakan proses penukaran: Setelah format video diklik, Dropbox akan mula menukar fail video anda. Masa penukaran akan berbeza-beza bergantung pada saiz fail dan format output yang dipilih.

Anda juga boleh menggunakan Dropbox untuk menukar fail video pada peranti mudah alih anda. Hanya buka apl Dropbox, pilih fail video yang mahu ditukar, kemudian tekan butang “Tukar”.

8 ciri Dropbox yang mempermudah penukaran fail video

Dropbox bukan sahaja menyimpan fail video anda. Dropbox juga boleh menjadi tempat simpanan semua projek video anda—daripada memuat naik fail secara automatik daripada apl penyuntingan video kegemaran anda, kepada menyemak video anda dan mendapatkan maklum balas. Selain itu, banyak lagi ciri yang menjadikan Dropbox pilihan muktamad untuk penukaran video.

1. Penyelesaian semua dalam satu yang selamat

Terima, muat naik dan tukar fail video di satu tempat, disusun dengan selamat dalam penyimpanan awan anda. Tidak perlu melayan iklan dan gangguan lain daripada penukar video percuma.

2. Tidak perlu menukar antara berbilang apl

Dropbox disepadukan dengan alat penyuntingan video profesional seperti Adobe Premiere Pro, jadi anda dapat melakukan semua kerja anda di satu tempat.

3. Perkongsian dan pengedaran yang mudah

Kongsi fail yang ditukar dengan sesiapa sahaja, walaupun mereka tiada akaun Dropbox.

4. Menyokong pelbagai format video

Tukar video kepada mana-mana format popular, termasuk MOV dan MP4.

5. Mengekalkan kualiti video semasa penukaran

Dropbox menggunakan teknologi canggih untuk memastikan kualiti terbaik video anda selepas penukaran.

6. Tetapan yang mudah untuk resolusi dan banyak lagi

Laraskan resolusi, kadar bit dan tetapan lain video anda yang ditukar dengan mudah.

7. Ciri penyuntingan video

Potong, pangkas atau gunakan penapis tanpa perlu mengeksport video anda setiap kali.

UI fail video MP4 bertajuk “villa-tour-video.mp4” yang sedang dipotong dan dipangkas dalam Dropbox Replay.

Anda boleh berbuat demikian dengan mudah dengan mana-mana fail video yang disimpan dalam Dropbox. Setelah fail sedia untuk semakan seterusnya, anda boleh melepaskan fail dalam Ruang Kerja Dropbox Replay. Kemudian, penyemak boleh menggunakan komen tepat pada bingkai untuk memberitahu anda waktu dan tempat penyuntingan perlu dibuat, yang memusatkan semua maklum balas anda.

8. Kestabilan dan kebolehpercayaan

Dropbox ialah pelantar yang selamat dan boleh dipercayai yang memberikan hasil yang konsisten—apa-apa pun penukaran video yang anda perlukan.

Soalan lazim penukaran fail video

Bagaimanakah saya menukar format fail video?

Anda boleh menukar format fail video dengan menggunakan penukar video, seperti penukar video yang dibina dalam Dropbox. Dropbox menyokong pelbagai format video yang popular, termasuk AVI, MP4, MOV, MPEG dan MKV.

Bagaimanakah saya menukar fail video kepada MP4?

Proses untuk menukar fail video kepada MP4 mudah dengan Dropbox. Selepas memilih fail video untuk ditukar, hanya pilih MP4 sebagai format output. Setelah penukaran selesai, format fail video baharu disimpan secara automatik ke Dropbox, iaitu tempat anda dapat berkongsi fail dengan orang lain kemudiannya.

Bagaimanakah saya menukar video iPhone kepada MP4?

Penukaran fail video pada iPhone anda juga mudah dengan Dropbox. Untuk menggunakan apl Dropbox untuk menukar fail video, hanya cari fail, kemudian tekan butang “Tukar”.

Bagaimanakah saya menukar video kepada MP4 secara percuma?

Anda boleh menukar video kepada MP4 secara percuma menggunakan Dropbox Basic. Daftar diri secara percuma untuk mendapat akses mudah kepada penukaran fail video.

Apakah penukar video dalam talian terunggul?

Dropbox ialah salah satu penukar video dalam talian yang terunggul kerana mudah digunakan, menyokong pelbagai format video dan mengeluarkan hasil berkualiti tinggi. Anda boleh menukar fail video apabila dalam perjalanan dengan apl mudah alih Dropbox, Dropbox Basic juga menyertakan ciri tambahan seperti penyimpanan awan, perkongsian fail dan pratonton fail.

Hapuskan kerumitan penukaran fail video anda dengan Dropbox

Dropbox mempermudah proses penukaran fail video, yang membolehkan anda mengendalikan pelbagai jenis fail dengan lancar. Anda dapat menukar video kepada mana-mana format popular, mengekalkan kualiti video serta berkongsi fail anda yang ditukar dengan sesiapa sahaja dengan cepat.

Simpan, tukar dan kongsi fail video anda—semuanya di satu tempat

Mulakan dengan Dropbox hari ini