Usahasama video boleh menjadi sukar. Orang sering kali bekerja dalam zon waktu yang berbeza, menghantar fail besar, memberikan pandangan tak selaras dan–kemungkinan besar–bekerja pada versi yang berbeza untuk suntingan yang sama.
Dengan produk seperti Dropbox Replay–produk kegemaran di kalangan pembuat filem di Festival Filem Sundance 2023–ia lebih mudah berbanding sebelum ini untuk mengurus huru-hara.
Berikut merupakan beberapa cara Dropbox yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda dan membawa anda ke penyuntingan akhir yang bersih dengan lebih pantas.
Apakah itu penyuntingan video secara kerjasama, sebenarnya?
Pertama sekali: Penyuntingan video secara kerjasama ialah apabila sekumpulan orang bekerja bersama-sama menggunakan perisian penyuntingan khusus untuk menghasilkan fail video yang telah siap. Mengikut sejarah, ini merupakan proses yang kompleks yang memerlukan banyak muat naik, muat turun dan pengurusan pelbagai versi fail.
Berakhirnya penghantaran pemacu pena USB, CD dan kaset video ke merata-rata tempat–dan syukurlah. Terima kasih kepada sistem berasaskan awan dan produk seperti Replay–alat semakan dan kelulusan video yang membenarkan anda memberi komen dengan tepat bahagian video yang anda ingin ubah–penyuntingan kerjasama adalah lebih mudah berbanding dahulu. Malah kini pasukan yang tersebar di berbilang zon waktu boleh bekerjasama dari jauh dan menikmati hari kerja yang lancar.
Cara untuk mengelakkan kekusutan ketika menyunting video
1. Komen terus pada rangka dengan Replay
Seperti yang Jake Van Wagoner, pengarah yang berpangkalan di Utah bagi filem Aliens Abducted My Parents and Now I Feel Kinda Left Out, memberitahu blog “Work in Progress” kami, dia dan editor yang berada di Los Angeles menggemari Replay untuk maklum balas penyuntingan yang tepat. “Filem itu sedang dimainkan semasa kami menontonnya bersama-sama dan kami boleh berhenti sejenak, memasukkan nota, dan dia tahu betul-betul tempat yang kami maksudkan dan perkara yang kami bincangkan.”
2. Semak suntingan daripada telefon anda
Peringkat semakan ialah peringkat yang banyak projek video tersangkut, dalam kitaran gelung maklum balas terputus-putus yang tidak berkesudahan. Di sinilah Replay dapat membantu. Pertama, ia berasaskan pelayar, jadi anda tidak memerlukan perisian tambahan, akaun Dropbox atau akses khas untuk pihak berkepentingan.
Anda juga boleh menggunakan semakan masa nyata, bilik tontonan maya kami, untuk membuat nota dan memberikan maklum balas masa nyata sebagai satu pasukan. Jika itu bukan pilihan, nota tepat bingkai dan khusus piksel menyingkirkan keraguan daripada input pihak berkepentingan. Selain itu, semua komen kekal dalam potongan fail tersebut.. Tiada lagi perbualan aliran kerja silo.
3. Percepatkan penghasilan dengan Dropbox Sign
Kertas kerja adalah musuh penyuntingan video secara kerjasama. “Apabila anda menyedari yang dokumen tidak perlu ditandatangani secara fizikal, anda boleh meluangkan lebih masa untuk mengejar kemajuan,” penerbit Power Signal Jordan Drake memberitahu kami di Sundance. Simpan semua keluaran dan kebenaran model anda di satu tempat dan dapatkan ia ditandatangani dengan lancar menggunakan Dropbox Sign.
4. Simpan semua di satu tempat–dan akses ia dari mana-mana jua
Penyimpanan awan Dropbox ialah satu impian untuk menyimpan fail anda di satu tempat dengan selamat dan mengaksesnya dari mana-mana peranti. Anda semua akan bekerja dalam satu set fail. (Tiada lagi pengurusan versi dengan parap dan tarikh pada penghujung nama fail.)
Dengar itu? Ia adalah bunyi usahasama video yang Menjadi. Lebih. Mudah.
5. Hantar fail yang lebih besar dengan lebih mudah
Tidakkah ia mengecewakan untuk menyelesaikan proses dan kemudian tidak dapat berkongsi video anda dengan sesiapa sahaja? Masalah selesai: Dropbox mengalahkan persaingan. Kami boleh mengendalikan fail yang lebih besar berbanding pesaing seperti WeTransfer–250 gigabait* cukup bagus? Ia akan menjimatkan hari anda berulang kali.
Hantar dengan menggunakan pautan dengan cepat dan mudah, tambah penjenamaan tersuai pada halaman muat turun anda jika anda mahu, dan kekalkan kawalan sepenuhnya terhadap kebenaran akses, kata laluan, dan apa-apa lapisan keselamatan tambahan lain yang anda perlukan.
Seperti yang Amy Lee, pengarah syarikat kreatif yang sangat bergantung pada Replay dan penyimpanan awan untuk kerja videonya, memberitahu kami, “Apabila Dropbox memperkenalkan lebih banyak ciri yang disepadukan dengan produk mereka, ia hanya menjadi sebahagian daripada cara kami bekerja dalam industri kami.”
*Tersedia dengan Penambahan Dropbox Replay