Pertemuan dengan Pelanggan

Tiga kajian kes meneroka fleksibiliti tempat kerja kontemporari, dari pusat pertanian bandar di Eropah sehinggalah ke studio seni bina yang bekerja jauh di Asia Tenggara. Pertemuan ini memperlihatkan cara perubahan yang mana pasukan teragih mengubah semula hubungan antara kerja dan lokasi.

Last Lemon

Last Lemon ialah studio kreatif yang diasaskan oleh Lisa Swerling dan Ralph Lazar. Dilahirkan di Afrika Selatan, Swerling dan Lazar pernah bekerja di London, Paris dan Maui, mereka juga pencipta 'dunia kartun' termasuk 'Harold's Planet' dan 'Totally out of Nowhere,' Sekarang mereka tinggal di Marin County, California, fleksibiliti kerja jarak jauh telah membolehkan Lemon untuk meneruskan projek bersama klien di Eropah, sementara mengembangkan praktis seni sebagai tindak balas kepada persekitarna baru mereka.

Goy Architects

Goy Architects ditubuhkan di Singapura oleh Goy Zhenru pada tahun 2015, studio seni bina yang menumpukan untuk menggabungkan pertukangan vernakular dengan pembinaan moden yang mampan. Studio ini bekerja di seluruh Asia Tenggara dengan tiga rakan kongsi – Dessy Anggadewi, Sam Loet, dan Goy Zhenru – masing-masing bekerja di Indonesia, Thailand dan Singapura. Pasukan teragih Goy Architects mengamalkan seni bina yang berakar pada pengetahuan tempatan tetapi dicantikkan lagi melalui pertukaran antarabangsa. 

ECF Farmsystems

ECF Farmsystems ialah organisasi pertanian bandar fleksibel yang merancang dan membina sistem pertanian akuaponik siap guna (turnkey). Terletak di Berlin Schöneberg, ECF telah mencipta semula persekitaran luar bandar secara tradisional di salah sebuah bandar yang mempunyai poupulasi paling padat di Eropah. Kedekatan ECF dengan peruncit Berlin, di samping sistem pengeluaran semula peredarannya yang inovatif, ini dapat memastikan rantaian bekalan yang sedar dari awal hingga akhir. 

Terokai cara yang lebih baik untuk bekerja bersama.

Mari bermula dengan Dropbox Business