Skip to content (Press Enter)

Cara Dropbox boleh membantu anda kekal tenang tidak serabut dan aman semasa dalam perjalanan

Kekal tersambung semasa anda melancong boleh menjadi agak rumit. Teroka beberapa kaedah yang digunakan oleh pengguna Dropbox untuk memudahkan urusan pelancongan.

Imej hiasan

Walaupun melancong itu sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan, tetapi hal ini boleh jadi rumit. Kemungkinan besar anda tertanya tentang perkara seperti "Di manakah pas masuk saya? Adakah hotel ini mempunyai Wi-Fi? Adakah rakan saya akan tiba tepat pada masanya untuk menaiki kereta api?" Ini kerana urusan melancong menjadi lebih lancar apabila anda boleh menyelesaikan misteri kecil sebegini, jadi berikut merupakan beberapa cara pengguna kita bergantung pada Dropbox untuk memudahkan urusan melancong.

Cari perkara yang diperlukan, apabila anda memerlukannya.

Mulakan dengan menyusun semua dokumen penting anda. Daripada bergantung pada cetakan, simpan salinan digital dalam Dropbox dan tandakan salinan sebagai kegemaran pada telefon atau tablet anda. Ini termasuklah pas masuk anda, maklumat hubungan rakan anda, butiran hotel, peta, jadual perjalanan, dll. Sebaik sahaja anda menandakan semua ini sebagai kegemaran, maka dokumen ini berada di hujung jari anda dalam apl mudah alih Dropbox dan tersedia walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet. Dengan cara itu, anda boleh menemui alamat hotel atau nama restoran anda dengan mudah untuk dimaklumkan kepada pemandu teksi anda, dan tidak memerlukan isyarat data.

Cara Menyusun Dokumen Pelancongan Anda Dengan video Dropbox

Pastikan semua orang kekal mendapat maklumat terkini

Cara lain anda boleh memastikan perjalanan anda tenang dan tersusun adalah menggunakan folder kongsian Dropbox. Sekiranya anda melancong secara berkumpulan, minta semua orang memasukkan maklumat penerbangan mereka ke dalam folder agar mudah untuk melihat destinasi yang sepatutnya dituju dan waktunya. Ini juga tempat yang bagus untuk menyimpan jadual perjalanan, maka semua orang akan tiba tepat pada masanya untuk makan dan aktiviti bersama. Hampir segala-galanya yang perlu anda kongsi dengan orang lain semasa melancong boleh dimasukkan ke sini: maklumat hubungan kecemasan, rekod imunisasi dan juga peta.

Kekalkan kenangan

Dengan ciri muat naik kamera , anda boleh menetapkan apl mudah alih kami untuk menyandarkan foto anda ke Dropbox apabila anda menangkap gambar sepanjang perjalanan anda. Ciri ini mudah untuk disediakan melalui apl mudah alih Dropbox, dan sebaik sahaja anda melakukannya, apl kami akan menyalin foto ke Dropbox di latar belakang. Apabila perjalanan anda tamat, semuanya akan diselaraskan dengan komputer rumah anda. Jadi daripada cuba mencari dalam ratusan foto dan video pada skrin telefon anda, anda boleh menggunakan Dropbox untuk menyusun dan berkongsi kenangan anda terus daripada komputer riba atau komputer desktop anda sahaja.

Kami berharap idea ini akan membantu anda menjejaki segala-gala yang diperlukan — daripada pas masuk kepada rakan anda, dalam perjalanan anda yang seterusnya. Selamat melancong!

Mahu lihat apa lagi yang boleh anda lakukan dengan Dropbox?

Ketahui lebih lanjut tentang ciri Dropbox