Skip to content (Press Enter)

Ciri Dropbox baharu untuk membantu anda menguruskan kerja dan rumah

Pasukan teragih dan keluarga yang tersebar bermakna sukar untuk kekal teratur, apatah lagi mengekalkan keseimbangan kerja dan hidup. Ketahui cara Dropbox boleh membantu.

Kata laluan apl media sosial dan perkhidmatan penstriman yang dikongsi, yang boleh disimpan dalam Dropbox

Dengan rakan sekerja dan ahli keluarga yang tersebar di seluruh dunia, sememanglah suatu cabaran yang sukar untuk kekal teratur dan mengekalkan keseimbangan kerja dan hidup. Itulah sebabnya kami melancarkan produk dan ciri baharu untuk membantu anda kekal teratur—di rumah dan semasa anda bekerja dari rumah. Dropbox telah menjadi tempat untuk memastikan hidup teratur dan menggerakkan kerja ke hadapan.

Memperkenalkan Dropbox Passwords: Simpan dan selaraskan kata laluan di seluruh peranti

 Apl Passwords menyimpan kata laluan anda di satu tempat yang selamat dan mengisi kata laluan secara automatik agar anda boleh mendaftar masuk ke laman web dan apl dengan serta-merta. Maklumat peribadi dalam talian anda dilindungi dengan lebih baik dan lebih mudah untuk anda urus dengan Dropbox Passwords. 

Kata laluan apl media sosial dan perkhidmatan penstriman disimpan dalam Dropbox Passwords

Ciri baharu: Lindungi dan susun dokumen anda yang paling sensitif dengan Dropbox Vault

Dengan menggunakan PIN untuk mendapatkan akses yang selamat, Vault menyediakan lapisan tambahan keselamatan untuk semua fail peribadi penting anda seperti kad insurans, pasport dan dokumen perumahan. Fail disusun dalam awan dan boleh diakses daripada mana-mana peranti. Nikmati ketenangan minda apabila anda tahu bahawa anda boleh menetapkan rakan atau ahli keluarga yang dipercayai untuk mengakses fail anda sekiranya berlaku kecemasan. Vault kini tersedia kepada pengguna Plus dan Professional.

Kenalan yang dipercayai dijemput untuk mengakses fail peribadi penting dalam Dropbox Vault

Sandaran komputer menyelaraskan folder pada PC atau Mac anda dengan Dropbox 

Sebaik sahaja anda menghidupkan ciri sandaran komputer, anda boleh menyandarkan folder secara automatik pada PC atau Mac anda, termasuk Desktop, Muat Turun dan Dokumen anda secara terus dalam folder Dropbox anda. Fail dan folder sentiasa diselaraskan antara awan dengan pemacu keras anda serta boleh diakses dari mana-mana sahaja. Sandaran komputer kini tersedia pada pelan Dropbox Basic, Plus dan Professional.

Folder desktop, muat turun dan dokumen disandarkan secara automatik dengan Sandaran Komputer Dropbox

Dropbox Family: Mencipta hab digital untuk yang tersayang

Pelan Dropbox Family memastikan kehidupan digital keluarga anda tetap berhubung dengan satu tempat yang teratur untuk berkongsi foto, video dan dokumen penting. Dropbox Family membenarkan sehingga enam orang ahli keluarga berkongsi 2 TB simpanan dan memiliki paparan akaun individu mereka sendiri—di bawah satu pelan dengan satu bil. Semua ahli pelan boleh menggunakan Folder Family untuk meletakkan kandungan kongsi seperti foto, video dan dokumen penting sambil mengekalkan akaun peribadi mereka sendiri.

Pratonton pelan Dropbox Family

Aliran kerja baharu membolehkan tandatangan tanpa kertas di Dropbox

Kami membawa penyelesaian e-Tandatangan dan simpanan yang terbaik dalam pasaran dengan kemas kini kepada produk HelloSign kami. Kini, anda boleh menghantar dengan mudah, menurunkan tandatangan dengan selamat dan menyimpan perjanjian terpenting anda dengan selamat dalam satu aliran kerja lancar tanpa meninggalkan Dropbox. Fungsi ini akan mula dilancarkan untuk memilih pengguna dalam beta pada beberapa minggu akan datang dan akan tersedia secara umum kepada semua pengguna, bulan hadapan. Untuk menerima kemas kini ketersediaan, layari halaman pemberitahuan HelloSign kami.

Pdf kemasukan yang dikongsi dengan Dropbox dan e-tandatangan yang diminta dengan HelloSign

Sesuaikan pengalaman Dropbox anda dengan App Center

Penyepaduan dengan alat pihak ketiga memainkan peranan yang penting ketika kita terus membina ruang kerja pintar kita. Hari ini, kami melancarkan Dropbox App Center baharu, iaitu satu tempat berpusat untuk mencari alatan daripada rakan niaga termasuklah Zoom, Slack dan Google. App Center yang ada dalam beta kini, membolehkan anda meneroka, mempelajari tentang apl dan menyambungkan apl dengan akaun Dropbox anda. Ini baru permulaan: lebih banyak apl dan fungsi akan datang nanti.

Dropbox Capture: menceritakan lebih banyak dan mengurangkan mesyuarat dengan mesej video dan rakaman skrin

Kadangkala menyatukan pasukan atau menerangkan sesuatu melalui e-mel boleh menjadi mencabar. Dropbox Capture membolehkan anda merakam mesej video terdahulu dengan tangkapan skrin, rujukan visual, dan rakaman supaya semua orang boleh menonton dan menyemak mengikut masa mereka sendiri. Alat ini paling sesuai untuk membantu memastikan seluruh pasukan mendapat kemas kini tanpa perlu mengadakan mesyuarat.

Pratonton Dropbox App Center

Kami teruja untuk membawa produk dan ciri baharu kepada anda untuk menyokong kerja, rumah anda dan semua yang ada di antaranya. 

Kemas kini (16 Jun 2020): Tajuk utama disemak semula untuk kejelasan.

Mahu lihat apa lagi yang boleh anda lakukan dengan Dropbox?

Ketahui lebih lanjut tentang ciri Dropbox