Skip to content (Press Enter)

Cara untuk membuat kapsul masa digital

Kita gemar mencari barang kenangan dan foto daripada acara terdahulu dan dengan kapsul masa digital, anda boleh memberikan hadiah ini kepada diri anda pada masa akan datang atau orang yang tersayang.

true

Apakah kapsul masa?

Kapsul masa merujuk kepada sebarang bekas yang dipenuhi dengan barang secara khusus dan sengaja untuk memaklumkan orang pada masa akan datang tentang kehidupan semasa kapsul ini dihasilkan. Kapsul masa dihasilkan untuk dilihat semula bertahun-tahun kemudian dan boleh memberikan perspektif baharu tentang zaman lalu dengan menyoroti aspek yang mungkin telah dilupakan. Secara umumnya, Thornwell Jacobs dipercayai merupakan pencipta konsep ini yang mendapat ilham daripada makam Mesir, yang bagaikan kapsul masa itu sendiri.

Anda mungkin pernah berbuat begini semasa kecil dahulu atau sebahagian daripada projek sekolah rendah, dengan mengisi kotak kasut dengan barang kenangan dan surat serta menanamnya di halaman belakang rumah. Anda pun boleh berbuat begini sekarang, menulis surat motivasi kepada diri anda pada masa akan datang untuk melihat kemajuan anda. Istilah ini juga boleh digunakan secara longgar, misalnya, untuk menerangkan rumah yang belum dihias beberapa dekad sebelum ini sebagai kapsul masa pada zamannya.

Anda pasti gembira apabila anda mengetahui bahawa idea kapsul masa ini bukan sekadar untuk zaman kanak-kanak atau rumah yang dipenuhi perabot dari zaman 70-an kerana terdapat beberapa penggunaan masa kapsul yang sangat menarik pada masa lalu.

Kapsul masa yang masyhur

Sesetengah kapsul masa adalah semudah bekas keluli tahan karat yang ditanam di halaman belakang sekolah untuk tahun persekolahan yang berikutnya. Yang lain pula jauh lebih canggih.

Kripta Peradaban

Mungkin salah satu kapsul masa yang paling terkenal ialah Kripta Peradaban yang merupakan bekas kedap udara, terletak di Universiti Oglethorpe di Brookhaven, Georgia dan diusulkan oleh Jacobs sendiri. Struktur yang berukuran 2,000 kaki padu ini dibina pada lewat 1930-an dan mempunyai tarikh pembukaan pada 8113.

Struktur ini diiktiraf dalam Guinness Book of Records kerana menjadi kapsul masa pertama yang berjaya. Artifak yang ada termasuklah salinan kitab Injil, skrip asal filem "Gone With the Wind," rakaman suara tokoh sejarah penting, perkakasan rumah yang asas dan juga alat mainan plastik karakter Disney. Artifak yang boleh dimamah usia disimpan dengan istimewa menggunakan bekas besi berisi gas lengai.

Kapsul Masa Westinghouse

Kapsul Masa Westinghouse yang diilhamkan secara langsung oleh Jacobs, terdiri daripada dua bekas berbentuk peluru yang berbeza, dan salah satunya ditanam pada tahun 1939 dan satu lagi ditanam pada tahun 1965. Kedua-duanya mempunyai tarikh pembukaan pada 6939. Kedua-dua bekas ini dibina sebagai tarikan untuk Pameran Dunia New York yang diadakan pada tahun penanaman kedua-duanya. Kedua-dua bekas ini terletak di Flushing Meadows-Corona Park di Queens.

Kapsul tahun 1939 yang pertama mengandungi barang seperti filem berita, kamus, sekotak rokok dan beberapa kepelbagaian benih, termasuklah gula dan beras. Barang tersebut dipilih untuk menggambarkan kehidupan abad ke-20 di Amerika Syarikat. Kapsul kedua yang ditanam pada tahun 1965 lebih tertumpu pada artifak dengan kepentingan saintifik, termasuk buku tetamu bagi semua yang hadir untuk melihat kapsul tersebut di pameran dunia.

Rekod Emas Voyager

Kapsul masa ini "ditanam" di ruang angkasa. Kapsul masa yang dimasukkan dalam kandungan kedua-dua pesawat udara Voyager yang dilancarkan pada tahun 1977 ini merupakan dua piring hitam. Kedua-duanya direka dengan niat berhubung dengan makhluk asing. Kuar Voyager 1 ialah objek buatan manusia paling jauh dari planet Bumi. Kandungan ini termasuk lagu muzik, imej dan bunyi alam semula jadi, ucapan yang dirakam bertajuk "helo daripada penduduk planet Bumi" dan imej planet.

Kapsul masa untuk zaman moden

Sekiranya anda tidak mempunyai akses sedia ada kepada bekas besi yang diisi gas lengai tetapi anda ingin mencipta kapsul masa anda sendiri, penting untuk anda mempertimbangkan perkara berikut:

  1. Berapa lama kapsul akan disimpan?
  2. Di manakah kapsul akan disimpan?

Apabila dunia hampir menjadi digital sepenuhnya, kita mendapati diri kita semakin kurang bergantung pada objek fizikal untuk memelihara sentimen atau menyimpan maklumat. Walaupun ini mungkin bermakna kapsul masa tradisional jarang diamalkan, tetapi kapsul ini membuka jalan untuk alternatif digital. Sama ada dalam talian atau dalam pemacu USB, kandungan sama ada foto, muzik, rekod bersejarah atau dokumen bertulis boleh dimasukkan dalam kapsul masa dalam bentuk digital.

Misalnya, jika anda hanya ingin berkongsi secebis kehidupan moden untuk dikongsi dengan anak anda nanti, maka mengisi kotak kasut dengan USB foto, cetakan artikel Wikipedia dan kisah berita serta senarai perkataan baharu yang berkemungkinan besar tidak lagi popular (fikirkan "terhangat") boleh menjadi penambahan yang menyeronokkan. Walau bagaimanapun, USB, kotak kasut dan bungkusan mudah hilang, hancur disebabkan kelembapan atau mula usang dan pudar selepas beberapa tahun. USB atau peranti simpanan media yang lain juga boleh menghadapi risiko unik tidak serasi dengan teknologi zaman pada masa peranti tersebut digali. Sambil memikirkan hal itu, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk melindungi kenangan anda dengan folder dalam talian yang selamat. Lagipun, kapsul masa memang idea yang menyeronokkan tetapi ini tidak bermakna tiada penyelesaian digital yang serius.

Bagaimanakah saya boleh membuat kapsul masa digital?

  1. Cipta kapsul anda dengan penyimpanan awan—Dropbox menyediakan penyimpanan awan yang membolehkan anda menyimpan fail kapsul masa digital anda dengan selamat di satu tempat. Anda boleh mengakses fail tersebut di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa anda perlukan. Pelan Dropbox Family kami membolehkan anda dan lima ahli lain mengakses Folder Family yang dikongsi, yang mudah untuk bekerjasama dan memasang kapsul masa anda bersama-sama di satu tempat.
  2. Imbas dokumen untuk disimpan secara digital—Menyimpan salinan digital bagi dokumen fizikal anda adalah mudah dengan pengimbas dokumen Dropbox. Ini bermakna anda tidak memerlukan apa-apa yang lebih berteknologi tinggi daripada telefon pintar anda untuk memastikan potongan majalah dan artikel surat khabar dapat dibaca pada 20 tahun akan datang seperti kali pertama anda melihat potongan tersebut.
  3. Muat naik foto daripada telefon anda—Dengan Dropbox, mudah untuk menyimpan kenangan daripada percutian keluarga dan acara terindah yang lain. Muat naik beberapa foto ke kapsul masa digital anda untuk diletakkan di sebelah mana-mana kenangan berharga, atau sandarkan semua foto anda secara automatik daripada telefon atau tablet anda, hasil daripada ciri muat naik kamera automatik. Dalam apl desktop kami, foto akan disalin daripada kamera, kad memori atau peranti mudah alih apabila item tersebut disambungkan ke komputer anda.
  4. Kongsikan kapsul masa anda—Dengan penyimpanan awan Dropbox dan ciri perkongsian fail, anda boleh menyimpan fail dan imej kapsul masa anda dengan selamat, kemudian berkongsi dengan pautan yang dilindungi kata laluan. Anda juga boleh meletakkan tarikh pada folder untuk mengehadkan akses kepada pengguna lain, hasil daripada kawalan keizinan fail lanjutan, menjadikan tarikh terbuka kapsul masa anda ditetapkan pada tempoh tertentu.

Apakah kandungan kapsul masa yang patut saya sertakan?

Itu semua bergantung pada anda! Lazimnya, anda ingin menyimpan foto, mungkin surat kepada sesiapa yang menemui kapsul masa itu dengan sekilas pandang terhadap kehidupan harian dan penjelasan kepada semua yang anda masukkan. Manfaatkan format digital sepenuhnya dan pertimbangkan video, muzik dan sebarang projek kreatif digital lain yang ingin anda kongsi.

Kapsul masa yang paling terkenal di dunia mungkin tidak akan dibuka selama beribu-ribu tahun tetapi kapsul masa anda boleh dibuka pada bila-bila masa anda suka. Berikut merupakan beberapa idea untuk memberi anda inspirasi:

  1. Kapsul masa digital azam Tahun Baharu: Ingin belajar menari sebagai sebahagian daripada azam tahun baharu? Rakam video percubaan anda, cari muzik yang paling cenderung untuk anda menari dan gambar inspirasi/ motivasi anda. Kemudian, masukkan semuanya dalam folder yang selamat dan jangan buka semula sehingga tahun hadapan. Duduk santai, tonton anda yang dahulu, alami perasaan malu dan lihat sejauh mana perkembangan anda!
  2. Kapsul masa belajar: Semua pelajar ada bergunung-gunung nota pada penghujung semester dan berkemungkinan besar, tiada ruang dalam asrama untuk menyimpan semuanya. Gunakan pengimbas dokumen untuk menyimpannya dalam awan dan kemudian kitar semula kertas anda agar anda berasa lega apabila nota penggal anda masih boleh diakses dengan mudah. Ini juga merupakan kaedah yang bagus untuk melihat kembali dan melihat peningkatan pada pengambilan nota dan tabiat ulang kaji anda.
  3. Kapsul masa percutian: Semua orang menyukai percutian, maka pastikan anda mengambil kenangan terbaik dan menyimpannya dengan selamat. Album foto ialah detik masa yang ditangkap, sama seperti kotak artifak yang ditanam.
  4. Kapsul masa media sosial: Semua orang menyukai/membenci apabila mereka terpaksa menatal kiriman dan foto media sosial yang lama, tetapi tiada jaminan bahawa laman ini akan berjalan dengan lancar dan selamat dalam beberapa tahun akan datang seperti hari ini. Jangan biarkan gambar anda yang berharga terbiar dalam talian; sebaliknya, muat turun dan sandarkan foto anda. Selain daripada memastikan anda tidak akan kehilangan kenangan yang menyeronokkan pada laman web yang tiba-tiba sudah tidak boleh digunakan lagi, maka lebih baik untuk anda memadam sebarang akaun yang tidak aktif bagi keselamatan peribadi anda.

Abadikan saat tersebut

Oleh itu, jika anda mahu membuat kapsul masa, sama ada besar atau kecil, digital ialah cara terbaik untuk memastikan semua kenangan yang anda hargai, disimpan dengan selamat.

Lindungi kenangan anda

Bandingkan pelan