Skip to content (Press Enter)

Jenis peranti storan

Terokai banyak cara untuk meningkatkan kapasiti simpanan digital anda dan cari penyelesaian simpanan yang betul untuk anda.

true

Mengenal pasti cara untuk menyimpan foto bernilai dan fail penting boleh menjadi terlalu di luar kawalan. Namun, perlu diingat bahawa kapasiti simpanan tidak lagi bergantung pada kapasiti komputer anda. Terdapat banyak pilihan pada setiap harga untuk menyimpan fail dan pada masa yang sama, menjimatkan ruang simpanan pada komputer, telefon atau tablet anda. Di sini, kami ringkaskan pilihan anda–dari penyimpanan awan sehingga pemacu keras.

Storan awan

Penyimpanan awan merupakan jenis simpanan data yang terbaru dan paling serba boleh. “Awan” bukanlah suatu tempat, tetapi koleksi pelayan yang besar ditempatkan di pusat data di seluruh dunia. Apabila anda menyimpan dokumen ke awan, anda menyimpannya pada pelayan ini. Disebabkan penyimpanan awan menyimpan segala-galanya dalam talian, maka penyimpanan awan tidak menggunakan sebarang simpanan sekunder komputer anda, lalu membolehkan anda menjimatkan ruang

Pilihan ini mempunyai kapasiti simpanan yang jauh lebih besar daripada pilihan fizikal seperti pemacu kilat USB, pemacu cakera keras (HDD) dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Penyimpanan awan menjimatkan masa anda daripada menyelongkar peranti anda untuk mencari fail, dan membolehkan anda melakukan perjalanan tanpa beg. (Ia juga tidak akan meninggalkan anda dalam kesusahan: Pengasas kami sebenarnya mencipta Dropbox selepas terlupa pemacu kilat USBnya untuk mesyuarat penting di luar negeri!)

Dalam era kerja jarak jauh, pengkomputeran awan sedang berkembang: Ia bertindak sebagai jambatan antara pekerja yang tak selaras, memudahkan usahasama dari jauh–seperti memindahkan fail besar kepada rakan sekerja– dengan mudah. 

Paling ketara, jika anda merosakkan atau kehilangan pemacu keras atau pemacu kilat USB, maka berkemungkinan besar anda tidak akan dapat kembali data tersebut. Risiko ini tiada wujud untuk penyimpanan awan—data anda disandarkan dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda berada, selagi anda mempunyai akses ke Internet.

Simpanan data digital diukur dalam megabait (MB), gigabait (GB) dan terabait (TB). Dropbox–sebuah penyedia penyimpanan awan yang anda boleh menggunakan simpanan 5 terabait (TB) dan lebih– tidak menggunakan sebarang ruang cakera komputer anda.

Sandaran Atas Talian

Penyimpanan awan ialah penyelesaian yang bagus untuk menyimpan fail dan folder individu, tetapi anda juga perlu menjamin semua kandungan anda menggunakan sandaran dalam talian. Dropbox Backup–iaitu sebahagian daripada pelan kami–boleh menyingkirkan masalah yang timbul daripada komputer yang rosak, hilang atau dicuri, dengan menyandarkan salinan fail dan folder anda secara automatik, yang anda boleh pulihkan dengan cepat daripada awan. Ia juga membantu jika anda perlu menyediakan komputer atau komputer riba baru: Selain menjejaki semua kandungan anda daripada pelbagai pemacu atau akaun awan, Backup dapat menyediakan komputer baru anda dengan beberapa klik sahaja.

Video yang menerangkan cara sandaran memudahkan pemindahan fail kepada komputer baharu.

Simpanan Komputer: RAM dan peranti simpanan luaran

Simpanan utama dalam sistem komputer: Ingatan Capaian Rawak

Ingatan Capaian Rawak, atau RAM, merupakan simpanan utama komputer–perkakasan tempat sistem pengendalian (OS), program aplikasi dan data dalam penggunaan semasa disimpan supaya ia boleh dicapai dengan cepat oleh pemproses peranti. Sebarang fail yang anda cipta atau simpan pada komputer anda akan disimpan di sana buat sementara waktu. Setiap komputer mempunyai simpanan utama dan sekunder; ia penting untuk menyimpan fail dan menjalankan tugas serta aplikasi.

Apabila anda mengerjakan fail pada komputer anda, ini akan menyimpan data secara sementara dalam RAM anda. RAM membenarkan anda melakukan tugas harian seperti membuka aplikasi, memuatkan halaman web, menyunting dokumen atau bermain permainan video. Ini juga membolehkan anda beralih dari satu tugas kepada tugas lain tanpa kehilangan kemajuan anda. Secara umumnya, lebih besar RAM komputer anda, lebih mudah untuk anda melakukan berbilang tugas.

Simpanan sekunder

Setiap komputer juga mempunyai pemacu simpanan lain–digunakan untuk menyimpan maklumat jangka masa panjang. (Terjemahan: RAM adalah penting untuk perkara yang anda lakukan sekarang, tetapi simpanan sekunder membolehkan anda menyambung kerja anda kemudian.) Sebarang fail yang anda cipta atau muat turun akan disimpan ke simpanan sekunder komputer. Secara amnya, terdapat dua jenis media simpanan digunakan sebagai simpanan sekunder dalam komputer: pemacu cakera keras (HDD) dan pemacu keadaan pepejal (SSD).

Peranti simpanan sekunder lazimnya boleh ditanggalkan–dengan pengecualian ketara, seperti MacBooks–maka anda boleh menggantikan atau menaik taraf simpanan komputer anda atau mengalihkan pemacu simpanan anda kepada komputer yang berbeza.

Peranti simpanan luaran

Selain daripada ruang simpanan yang terdapat pada komputer anda, anda boleh membeli pemacu simpanan luar kendiri, yang membantu dengan pemindahan fail yang mudah dari satu peranti ke peranti yang lain. (Jika anda akhirnya memilih untuk menghantar fail daripada pemacu luaran kepada awan, kami juga boleh membantu dalam perkara sebegitu!)

HDD dan SSD Luaran

Anda boleh mendapatkan HDD dan SSD sebagai pemacu luar. Ini lazimnya menawarkan kapasiti simpanan terbesar dalam kalangan pilihan luar, dengan HDD luar biasanya menawarkan sehingga 22 terabait (TB) simpanan dan SSD luar biasanya menawarkan sehingga 8 TB simpanan.

HDD dan SSD luar berfungsi dengan cara yang benar-benar sama seperti pemacu dalam komputer, dan boleh disambungkan ke kebanyakan komputer. Ia adalah penyelesaian yang baik–walaupun agak sukar digunakan–untuk memindahkan fail ke seluruh peranti.

Pemacu Cakera Keras (HDD)

Pemacu cakera keras (HDD) ialah pemacu keras asal. Peranti simpanan magnet ini sudah ada sejak tahun 1950-an, walaupun HDD berkembang seiring masa. HDD digunakan untuk perakam TV, pelayan, dan komputer riba serta simpanan PC.

Pemacu Keadaan Pepejal (SSD)

Pemacu keadaan pepejal muncul baru-baru ini, pada tahun 90-an. Tidak seperti pemacu cakera keras, SSD tidak bergantung pada magnet dan cakera, sebaliknya menggunakan sejenis ingatan kilat yang digelar NAND. Dalam SSD, semikonduktor menyimpan maklumat dengan mengubah arus elektrik litar yang terkandung dalam pemacu. SSD bukan sahaja berfungsi lebih pantas dan lebih lancar berbanding HDD, ia juga lazimnya bertahan lebih lama. (HDD lebih mudah rosak dan usang). Selain daripada PC dan komputer riba mahal yang baharu, anda boleh menemui SSD dalam telefon pintar, tablet, dan kadangkala kamera video.

Peranti ingatan kilat

Peranti ingatan kilat–kadangkala dipanggil pemacu USB, jalur ingatan atau pemacu pena– mengandungi trilion sel ingatan kilat yang saling berkaitan dan menyimpan data.

Peranti simpanan mudah alih yang kecil ini sudah menjadi pilihan popular untuk simpanan komputer tambahan–dan peranti ini boleh memuatkan sehingga 4 terabait. Sebelum berkongsi fail dalam talian menjadi mudah dan pantas, pemacu kilat adalah penting untuk memindahkan fail daripada satu peranti ke peranti lain dengan mudah. Namun, ia hanya boleh digunakan pada peranti dengan port USB. Kebanyakan komputer memiliki port USB daripada beberapa jenis, tetapi yang baru, seperti USB-C, mungkin memerlukan penyesuai.

Selain daripada pemacu USB, peranti ingatan kilat juga termasuk kad SD dan kad ingatan, yang anda kenali sebagai medium simpanan digunakan dalam kamera digital.

Pemacu Optik

CD-Rom, DVD, dan cakera Blu-Ray digunakan lebih daripada memainkan muzik dan video—ketiga-tiganya juga bertindak sebagai peranti simpanan. Secara kolektifnya, dikenali sebagai peranti simpanan optik atau media optik, dan menggunakan laser untuk membaca kod binari–bonggol kecil di sepanjang trek yang berpusing ke luar dari pusat cakera. CD boleh menyimpan sehingga 700 MB data, DVD-DL boleh menyimpan sehingga 8.5 GB, dan Blu-Ray boleh menyimpan antara 25 dan 128 GB data.

Cakera Liut

Walaupun teknologi ini sudah tidak digunakan lagi sekarang, namun kita tidak boleh membincangkan peranti simpanan tanpa menyebut cakera liut atau pun disket. Cakera liut merupakan peranti simpanan mudah alih dan boleh tanggal pertama yang tersedia secara meluas. Kapasiti simpanan cakera liut tidak pernah melebihi 200 MB, dan iMac merupakan komputer peribadi pertama yang dikeluarkan tanpa cakera liut pada tahun 1998.

Cara terbaik untuk menyimpan sejumlah data yang besar

Sekiranya anda kehabisan ruang pada peranti anda, sudah tiba masanya untuk mencari peranti simpanan data alternatif. Peranti simpanan luar seperti pemacu kilat pun boleh kehabisan ruang, pecah atau hilang. Itulah sebabnya cara terbaik untuk menyimpan semua fail anda adalah dalam awan. Lebih selamat, pantas, dan mudah untuk mengakses awan. Kami berharap dapat berjumpa anda di sana!

Berfikir di luar kotak yang berbentuk pemacu cakera

Bandingkan pelan