Skip to content (Press Enter)

Ketahui cara Dropbox menyampaikan 375% ROI untuk perniagaan

Kajian Forrester baru-baru ini, The Total Economic Impact™ Of Dropbox, mempersembahkan perangkaan yang kukuh dan menunjukkan cara kami boleh membantu perniagaan—dan pekerja—anda berkembang maju.
true

Apabila suatu perniagaan menilai platform kandungan baharu, terdapat sebilangan faktor untuk dipertimbangkan. Kemudahan penggunaan, keselamatan dan keberkesanan semuanya akan dinilai, tetapi hakikatnya, persoalan utama adalah: Adakah teknologi ini akan meningkatkan keuntungan saya?

Semakin besar syarikat, semakin sukar untuk menilai perkara ini. Itulah sebab kami menugaskan syarikat penyelidikan besar, Forrester untuk mengkaji Jumlah Impak Ekonomi (TEI) daripada Dropbox. Mereka telah meneliti penjimatan kos dan manfaat perniagaan yang boleh direalisasikan oleh syarikat yang mengguna pakai Dropbox. Makluman kesimpulan: Mereka mendapati pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 375% secara purata dan nilai semasa bersih (NPV) sebanyak $1.07 juta sepanjang tiga tahun untuk syarikat komposit sejumlah 1,000 orang.

Dengan Dropbox, kami 50% lebih cepat apabila menghantar usul kepada prospek dan pelanggan kami, yang telah mengurangkan masa penutupan kami dan meningkatkan jualan.

—SVP Jualan Seluruh Dunia, Perisian
Kami berasa angka tersebut adalah sangat menakjubkan tetapi strategi yang merealisasikan keadaan itu boleh dilakukan pada mana-mana syarikat sahaja. Manfaat terbaik ialah pengurangan usaha kerja semula, bantuan dengan pengurusan IT, dan peningkatan produktiviti, kerjasama dan tadbir urus korporat. Semua naik taraf ini pastinya tidak akan ditolak oleh mana-mana syarikat. Dan yang menariknya, dalam aspek peningkatan produktiviti individu, manfaat tersebut meningkat apabila tahun berlalu, dengan nilai Tahun 2 dan 3 berganda daripada nilai Tahun 1.

Di syarikat kami, Dropbox telah memudahkan kerjasama kandungan yang lebih baik, lebih banyak pasukan yang terhubung dan lebih banyak pasukan yang produktif.

—​​Pengarah IT, Konglomerat
Menarik? Baca kajian penuh untuk mengetahui cara Dropbox mengubah keadaan untuk perniagaan dan cara syarikat anda boleh mendapat hasil yang serupa.

Ketahui tentang jumlah impak ekonomi yang boleh dibawa oleh Dropbox kepada perniagaan anda

Baca kajian TEI Forrester