Satu tempat yang selamat, 700 juta pengguna berdaftar yang berpuas hati.
Dropbox menawarkan satu tempat yang terpusat untuk menyimpan fail anda dan menyandarkan perkara yang paling penting pada peranti anda. Dan itulah yang menjadikan 700 juta pengguna berdaftar kami berasa selesa.
Mereka mempercayai Dropbox sebagai tempat yang selamat untuk foto mereka, resume mereka, kerja mereka dan seluruh kehidupan digital mereka. Kami melakukan sedikit tinjauan baru-baru ini, dan hasilnya menunjukkan bahawa:
Sebahagian besar pengguna Dropbox yang ditinjau mengatakan Dropbox menyimpan fail mereka dengan lebih selamat berbanding dengan produk pesaing, dan pengguna melihat Dropbox sebagai peneraju utama dalam hal kemudahan penggunaan.
Yang lebih baik lagi, tidak kira penyelesaian Dropbox Backup yang anda pilih, anda mendapat fungsi Dropbox yang lain, seperti penyimpanan awan serta perkongsian dan pengendalian dokumen. Sudah tentu, iDrive menawarkan fungsi asas untuk menyimpan, menyelaraskan dan berkongsi kandungan anda, tetapi Dropbox mempelopori teknologi ini dan terus menerajui. Dan dengan mendapatkan Sandaran dengan langganan Dropbox semasa, anda juga akan mempunyai kurang langganan untuk diuruskan.