Skip to content (Press Enter)

Cara menghapuskan semua foto daripada iPhone

Jimat ruang dengan menghapuskan foto daripada iPhone anda tanpa kehilangannya.

Pindahkan foto dengan Dropbox
Seseorang menuding jari pada iPhone mereka, tangkapan skrin menunjukkan bahawa mereka telah memilih foto dan memilih pilihan 'Hapuskan'.

Menghapuskan semua foto daripada iPhone

Banyak ruang pada telefon kita sering dipenuhi dengan foto.

Kita sering lupa untuk mengisih foto iPhone kita dan kerap buang foto pendua, tangkapan skrin atau imej yang tidak diperlukan. Perkara ini boleh menyebabkan banyak ruang simpanan digunakan dengan tidak sengaja dan keadaan berselerak itu menyukarkan kita menavigasi dalam galeri. Dan tiba-tiba suatu hari, kita akan mendapat pemberitahuan yang memaklumkan bahawa simpanan iPhone sudah hampir penuh.

Oleh sebab kesenangan untuk mengakses foto anda pada telefon anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, menghapuskan foto mungkin bukan penyelesaian yang terbaik. Untungnya, terdapat cara untuk mengekalkan akses foto pada iPhone anda tanpa perlu menggunakan simpanan, dengan penyimpanan awan.

Di bawah, kita akan menerangkan cara yang terbaik untuk menghapuskan foto daripada peranti iPhone sebelum mencari cara menyandarkan foto iPhone anda pada awan.

Penyegerakan foto iCloud pada iPhone

Jika anda bukan sekadar membuang pendua atau foto yang tidak diingini maka anda perlu memastikan bahawa anda telah menyandarkan foto anda di tempat lain sebelum menghapuskannya daripada peranti anda. Gunakan Dropbox untuk Mac dan sandaran PC atau sandaran fail individu untuk foto yang terpilih.

Jika anda telah menghidupkan Foto iCloud, maka apa-apa foto yang anda ambil pada iPhone anda sudah telah dimuat naik kepada penyimpanan iCloud Apple anda secara automatik.

Untuk menyemak bahawa penyegerakan Foto iCloud telah disediakan:

  1. Pergi ke Tetapan pada iPhone anda dan ketik ke dalam bahagian Apple ID
  2. Buka tetapan iCloud dan ketik Foto
  3. Togol Pustaka Foto iCloud ke kanan untuk menghidupkannya

Apabila anda menghidupkan penyegerakan Foto iCloud, anda akan melihat dua pilihan untuk cara anda menyimpan foto pada telefon anda. Jika anda memilih Muat turun dan Kekalkan Asal, maka foto asal anda yang bersaiz penuh akan kekal disimpan pada telefon anda serta iCloud—yang tidak begitu ideal jika anda sedang cuba membebaskan ruang. Jika anda memilih Optimumkan Simpanan iPhone, versi foto terbaru anda yang kualiti rendah dan bersaiz kecil akan disimpan pada peranti anda sementara salinan asal akan disimpan pada awan.

Cara memindahkan foto daripada iPhone kepada komputer

Anda mungkin mahu mengalihkan foto anda ke komputer anda sebelum anda menghapuskannya daripada peranti iOS anda.

Pindahkan foto kepada Mac

Untuk mengimport foto daripada iPhone anda kepada komputer Mac anda, mula-mula sambungkannya dengan kabel USB dan buka Foto jika ia tidak dibuka secara automatik. Klik Fail dalam menu atas, dan pilih Import. Foto iPhone anda akan muncul dan anda kemudiannya boleh memilih foto yang ingin anda import dan klik Semak untuk Import di sudut kanan bahagian bawah.

Anda akan dimaklumkan jika terdapat mana-mana foto yang dipilih yang sudah anda import. Kemudian, hanya tekan Import Foto Baru di sebelah kanan bahagian atas tetingkap untuk menambah foto kepada Mac anda.

Pindahkan foto kepada PC Windows

Apabila anda menyambungkan iPhone anda ke PC Windows 10 dengan kabel USB, apl Foto sepatutnya dilancarkan secara automatik. Jika tidak, anda boleh mencarinya dalam menu Mula. Butang import di sebelah kanan bahagian atas tetingkap Foto, dan apabila anda mengklik padanya, tetingkap timbul akan muncul yang anda boleh memilih foto untuk diimport.

Selepas anda telah memilih foto, klik Teruskan dan anda akan dapat mengubah lokasi simpanan foto. Anda juga boleh memilih untuk menghapuskan foto daripada iPhone anda selepas foto telah diimport ke PC anda. Kemudian, tekan Import untuk menyelesaikan proses.

Cara memadamkan foto pada iPhone

Jika anda hanya mahu menghapuskan satu foto daripada iPhone anda, hanya pergi ke apl Foto anda, pilih foto yang ingin anda hapuskan, dan klik ikon tong sampah yang sepatutnya muncul pada sudut kanan bahagian bawah skrin anda.

Anda akan diminta untuk mengesahkan penghapusan, dan diingatkan bahawa penghapusan foto daripada peranti anda juga akan menyebabkan penghapusannya daripada akaun iCloud anda. Hanya tekan Hapuskan Foto dan foto anda akan dihapuskan—walaupun bukan secara kekal, kami akan menerangkannya di bawah.

Cara menghapuskan berbilang foto iPhone sekali gus

Untuk menghapuskan berbilang foto, buka apl Foto, dan ketik butang Pilih di sudut kanan bahagian atas skrin. Anda kemudiannya boleh mengetik semua foto tunggal yang ingin anda hapuskan. Selepas anda memilih semua foto tersebut, tekan ikon tong sampah.

Jika anda sedang menghapus daripada album, anda akan ditanya sama ada anda mahu menghapuskan foto daripada album tertentu itu atau menghapuskan semuanya. Jika anda memilih untuk membuangnya daripada album, foto masih akan wujud pada telefon anda, hanya bukan dalam album yang anda buang daripadanya.

Menghapuskan semua foto daripada iPhone

Untuk menghapuskan setiap foto daripada iPhone anda, pastikan anda berada dalam pemapar Foto apl Foto, dan bukannya tab Album. Ketik butang Pilih dan ketik foto terbaru anda untuk memilihnya. Kemudian, tahan jari anda pada foto seterusnya dan tanpa melepaskannya, seret jari anda sehingga setiap foto telah dipilih. Tekan ikon tong sampai selepas semua foto telah dipilih untuk menghapuskan keseluruhan galeri anda.

Sebagai alternatif, anda boleh menghapuskan semua foto anda daripada bahagian Album Foto. Dalam mana-mana album selain daripada Foto Terbaru, apabila anda mengetik Pilih, anda akan melihat pilihan Pilih Semua muncul di sudut kiri bahagian atas skrin. Tekan Pilih Semua dan kemudian hapuskan setiap foto atau video dalam album tersebut, ingat untuk mengetik Hapuskan dan bukannya Buang Daripada Album.

Cara memulihkan foto yang dihapuskan daripada iPhone

Jika anda telah menghapuskan foto secara tidak sengaja, jangan risau, anda masih boleh mendapatkannya kembali. Apabila foto dihapuskan pada iPhone, ia tidak dihapuskan secara kekal pada mulanya. Foto yang dihapuskan akan ditahan sehingga 40 hari, bagi memberi anda masa untuk memulihkan foto yang mungkin telah dibuang secara tidak sengaja.

Jika anda telah menghapuskan banyak foto dan anda tidak lihat ruang simpanan meningkat pada telefon anda, mungkin inilah sebabnya. Jika anda perlu membebaskan ruang dengan segera, anda boleh pergi ke folder Dihapuskan Baru-baru ini anda dan menghapuskan semuanya secara kekal.

Folder Dihapuskan Baru-baru ini terdapat dalam tab Album Foto. Pergi ke menu Album utama dan tatap ke bawah ke Album Lain; Dihapuskan Baru-baru ini akan terletak di bahagian bawah menu. Ketik Pilih dan kemudian anda boleh memilih foto yang ingin anda hapuskan atau pulihkan, atau tekan butang Hapuskan Semua atau Pulihkan Semua di bahagian bawah skrin untuk melakukannya sekali gus.

Cara memulihkan foto yang dihapuskan secara kekal daripada iPhone

Walaupun jika anda telah menghapuskan foto secara kekal daripada iPhone anda, masih ada peluang untuk anda mendapatkannya kembali menggunakan Mac. Sambungkan iPhone anda dan buka apl Disk Drill. Pilih iPhone anda daripada senarai pemacu yang tersedia dan klik Pulihkan. Disk Drill kemudiannya akan mengimbas peranti anda untuk mendapatkan fail yang dihapuskan. Anda boleh mempratonton apa-apa fail yang dijumpai olehnya sebelum memilih Pulihkan untuk memulihkan foto pada iPhone anda.

Cara menghapuskan foto iPhone daripada Mac

Anda mungkin mendapati bahawa lebih mudah untuk menghapuskan foto iPhone anda daripada komputer anda. Jika anda ialah pengguna Mac, proses ini agak mudah, walaupun kedua-dua kaedah hanya boleh dilakukan jika anda mematikan penyegerakan Foto iCloud.

Untuk menghapuskan foto daripada telefon anda menggunakan apl Foto, sambungkan iPhone anda ke Mac anda, dan buka Foto jika ia tidak dibuka secara automatik. Tetingkap baru sepatutnya dibuka, yang memaparkan foto iPhone anda. Hanya tekan Command + A untuk memilih setiap foto, dan kemudian tekan butang hapuskan. Sama seperti apl Foto iPhone, foto anda tidak akan dihapuskan secara kekal dengan segera, tetapi dialihkan kepada folder Dihapuskan Baru-Baru ini. Pergi ke folder tersebut, pilih semua dan hapuskan semua foto secara kekal.

Anda juga boleg menggunakan apl macOS natif yang satu lagi, Image Capture, untuk menghapuskan setiap foto daripada iPhone anda. Prosesnya agak sama dengan Foto. Sambungkan iPhone anda ke Mac anda, buka Image Capture, pilih semua foto dan tekan ikon hapuskan. Cara ini akan menghapuskan semua foto daripada peranti anda secara kekal.

Cara menghapuskan foto iPhone daripada PC Windows

Pada PC Windows, sambungkan iPhone anda dan carinya di bawah peranti dalam Penjelajah Windows. Dalam folder iPhone, akan terdapat Simpanan Dalaman; buka folder tersebut dan kemudian buka folder DCIM di dalamnya. Folder ini akan mengandungi semua foto pada iPhone anda. Hanya pilih foto yang ingin anda hapuskan, atau tekan Ctrl + A untuk memilih semua foto, dan kemudian klik kanan dan pilih hapuskan, atau tekan Shift + Del.

Tindakan ini akan membuang foto iPhone anda secara kekal dengan segera, jadi berhati-hati kerana anda tidak akan ada peluang untuk memulihkan apa-apa yang anda hapuskan secara tidak sengaja.

Cara menghapuskan foto iPhone menggunakan iCloud

Seperti yang disebut, mana-mana foto atau video yang anda hapuskan pada telefon anda akan dihapuskan secara automatik daripada akaun iCloud anda jika anda telah menghidupkan penyegerakan. Penyegerakan iCloud ialah tetapan lalai, jadi ciri ini akan dihidupkan melainkan anda mematikannya secara manual. Jika anda mahu membuang semua foto anda daripada kedua-dua peranti anda dan daripada akaun iCloud anda, anda boleh melakukannya dengan menghapuskan foto pada telefon anda.

Cara ini juga berfungsi secara terbalik, jadi apabila anda menghapuskan foto daripada iCloud anda, foto tersebut juga akan dihapuskan daripada peranti anda. Untuk menghapuskan foto daripada iCloud, log masuk ke iCloud.com, dan pergi ke Foto. Kemudian, hanya pilih semua foto dan tekan ikon tong sampah. Cara ini adalah sama seperti menggunakan Foto pada iPhone atau Mac; anda akan perlu pergi ke folder Dihapuskan Baru-baru ini untuk menghapuskan semuanya secara kekal.

Kekalkan foto anda tanpa mengambil ruang

Biasanya, orang tidak menghapuskan foto daripada iPhone mereka kerana mereka tidak mahu atau tidak memerlukannya lagi. Sering kali, sebab tindakan tersebut adalah kerana mereka tidak mempunyai kapasiti pada telefon mereka untuk menyimpannya dan pustaka foto mereka telah menjadi berselerak. Tetapi kurang ruang simpanan tidak bermaksud anda perlu membuang kenangan terindah anda. Oleh itu, manfaatkan penyimpanan awan sepenuhnya ialah cara yang terbaik.

Apabila anda menyimpan semua foto anda pada Dropbox, foto tersebut disimpan dalam awan dalam kualiti asal, dan anda boleh mengaksesnya daripada mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet. Anda boleh mengekalkan foto anda sambil menyimpan banyak ruang pada iPhone anda.

Cara menyandarkan foto iPhone anda pada Dropbox

Aplikasi penghantaran foto Dropbox membolehkan anda menghantar foto terus daripada iPhone anda.

  1. Buka apl Dropbox pada iPhone anda
  2. Buka tetapan akaun Dropbox dalam apl
  3. Ketik butang Muat naik Kamera
  4. Hidupkan Muat naik Kamera

Apa-apa foto dalam folder foto iPhone anda akan dimuat naik serta-merta kepada Dropbox anda. Selepas proses selesai, anda boleh terus menghapuskan semua foto anda daripada iPhone anda, dan membebaskan banyak ruang.

Anda kemudiannya boleh memastikan bahawa semua foto anda disimpan kepada Dropbox tanpa perlu mengangkat jari. Selepas Dropbox memuat naik gambar anda secara automatik, anda boleh pergi membuang semua foto tersebut daripada iPhone anda dengan selamat. Tidak seperti Pustaka Foto iCloud, apabila anda menghapuskan foto pada iPhone anda, ia tidak akan dihapuskan secara automatik daripada akaun Dropbox anda, yang membuat pilihan ini lebih selamat dan boleh dipercayai untuk pustaka simpanan foto dalam talian anda.

Jimat ruang tanpa kehilangan kenangan yang terindah

Bandingkan pelan