Cipta ruang kerja digital yang fleksibel

Satukan kandungan dan alatan pasukan anda bersama, walaupun semasa anda berjauhan. Apabila pasukan anda diselaraskan, kerja menjadi lebih tertumpu dan lebih produktif.

Bawa aliran kerja anda ke mana-mana sahaja

Bekerja dengan kandungan, peralatan dan ahli pasukan anda terus daripada Dropbox. Dengan cara ini, segala-gala yang anda perlukan untuk bekerja dari jauh berada di satu tempat. Dan ia mudah untuk diakses dari sebarang peranti—atau lokasi!

Mulakan perbualan tanpa rasa ganjal

Kadangkala sembang bersemuka adalah cara yang terpantas untuk membuahkan idea-idea baharu. Dengan peralatan bekerja dari jauh yang utama seperti Slack dan Zoom, mudah sahaja untuk bekerja dengan pasukan teragih dari dalam Dropbox. Kini, anda boleh mencipta mesyuarat pendek, malah bilik persidangan maya, hanya dengan beberapa klik.

Uruskan dan pantau pasukan anda dari mana-mana sahaja, dengan mudah

Dropbox meringkaskan pentadbir untuk kandungan, alatan dan peranti pasukan anda—semuanya di satu tempat. Anda boleh mengerahkan, menguruskan dan menskalakan Dropbox dengan pantas dan mudah di seluruh organisasi anda.

Jalankan perniagaan yang lebih lancar dengan tambahan ini

Sejarah Versi Lanjutan

Pulihkan semula kandungan yang terpadam secara tidak sengaja dan buat asal perubahan fail yang tidak diingini, sehingga 10 tahun dengan Tambahan Sejarah Versi Lanjutan.

Tadbir Urus Data

Tambahan Tadbir Urus Data digabungkan dengan Sejarah Versi Lanjutan dengan ciri-ciri pegangan undang-undang agar organisasi IT boleh mengurangkan risiko dan kos kawal selia dan pematuhan.

Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan

Tambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan yang dikuasakan oleh teknologi BetterCloud, membolehkan pentadbir IT untuk mengerahkan Dropbox pada peranti pasukan dan mengurus tadbir data di satu tempat.

Ketahui lebih lanjut tentang Dropbox Business

Kaji selidik kerjasama global

Cara kita bekerja tidak efisien. Ketahui cara pasukan boleh berhenti seketika, kembali bekerja semula dan mula bekerja dengan penyelesaian yang mengurangkan kehingaran perubahan, dan tidak menambahkan lagi masalah.

Baca laporan

Cara mengatasi masalah produktiviti

Ketahui sembilan cara untuk mengatasi cabaran produktiviti. Baca tentang cara pemimpin mendayakan pasukan mereka agar kekal fokus terhadap kerja yang paling penting.

Lihat panduan

Lebih banyak tindakan, kurang gangguan

Bina ruang kerja tanpa kekacauan. Dapatkan tip tentang cara untuk meninggalkan kerja yang tidak produktif dan dapatkan cara bekerja dengan lebih pintar.

Dapatkan eBuku

Demo langsung

Jadualkan demo langsung dengan salah satu pakar produk kami untuk mengetahui tentang ciri kerjasama dan keselamatan yang kami bina untuk menyokong keperluan perusahaan bersaiz sederhana dan besar.

Jadualkan demo