Skip to content (Press Enter)

Cara untuk menyandarkan PC Windows anda ke awan

Melindungi kandungan PC anda tidak sepatutnya menjadi proses yang sukar atau mengelirukan. Syukurlah, sandaran awan memudahkan pemulihan dan pengaksesan fail anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda memerlukan fail itu. Ketahui cara anda boleh menyandarkan PC Windows anda ke awan.

Terokai Dropbox Backup
Seorang yang kreatif memakai fon kepala bekerja di komputer.

Semasa anda menyiapkan artikel atau memuktamadkan projek, anda mungkin tidak mahu memikirkan tentang kegagalan sistem atau ranap komputer yang tidak dijangka. Kehilangan data ialah situasi terburuk—tetapi ia boleh berlaku dan memulakan kerja anda dari awal mungkin tidak boleh dilakukan.

Seperti mana dokumen yang dicipta dalam PC Windows anda, anda mungkin telah memindahkan fail peribadi seperti foto dan video keluarga daripada telefon anda ke komputer anda untuk disimpan. Itu merupakan sejumlah besar data penting yang sukar untuk dipulihkan atau diganti jika hilang.

Terdapat banyak masalah yang boleh berlaku dengan pemacu kerasluaran. Ia boleh dicuri, bermakna fail anda boleh jatuh ke tangan yang salah. Peranti anda boleh gagal semasa anda mengemas kini fail yang disimpan di dalam pemacu keras luaran tersebut. Atau glic perisian boleh memadamkan sepenuhnya semua perkara yang disimpan pada pemacu anda.

Jika anda mengalami mana-mana peristiwa yang mengecewakan dan berkemungkinan amat teruk, anda akan berasa lega kerana anda meluangkan masa untuk mencipta salinan sandaran data anda. Mempunyai strategi sandaran akan membantu untuk memastikan fail anda selamat daripada kerosakan peranti, kehilangan data secara tidak sengaja, perisian tebusan dan serangan siber yang lain. 

Penyelesaian sandaran seperti Dropbox Backup juga akan memudahkan pemulihan fail yang hilang, jadi anda boleh menyambung dari tempat anda berhenti. Tidak seperti pemacu keras luaran, dengan Backup anda boleh mengakses fail anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda memerlukan fail itu.

Sandaran awan akan melindungi data pada PC Windows anda supaya anda tidak akan dibiarkan tanpa akses kepada fail penting anda. Tetapi sebelum kami menunjukkan kepada anda betapa mudahnya untuk menyandarkan PC Windows anda ke awan, ada soalan penting untuk ditanya:

Apakah sebenarnya yang perlu anda sandarkan?

Seorang profesional bekerja di komputer riba sambil menulis sesuatu di atas kertas.

Perkara yang perlu disandarkan pada PC Windows anda

Secara ringkasnya, kami akan mengesyorkan anda membuat sandaran:

  • Fail peribadi seperti foto, video dan muzik
  • Dokumen, lembaran hamparan dan pembentangan
  • E-mel
  • Pangkalan data
  • Data media sosial

Perkara penting yang perlu diingat tentang sandaran ialah anda tidak boleh menghapuskan data asal selepas anda mencipta sandaran. Sandaran ialah salinan data anda di lokasi yang berasingan, bukannya pengganti untuk mengosongkan ruang simpanan pada peranti anda. Itulah gunanya simpanan dalam talian sahaja.

Jangan terlepas satu fail penting itu hanya kerana ia berada di lokasi yang berbeza!

Ingat bahawa data mungkin berada dalam folder yang bukan Dokumen—mungkin terdapat invois PDF penting dalam Muat Turun anda yang anda terlupa tetapi diperlukan untuk tujuan cukai. Syukurlah, perkhidmatan seperti Dropbox Backup memudahkan anda menyandarkan fail individu semudah menyandarkan keseluruhan komputer anda.

Bilakah saya perlu membuat sandaran keseluruhan komputer saya?

Secara kerap, tetapi terutamanya jika anda baru sahaja menyelesaikan projek besar, mencipta atau memuat turun fail penting, atau…pada bila-bila masa anda benar-benar tidak mahu kehilangan data anda sekiranya sesuatu berlaku pada PC Windows anda. Apabila anda terfikir “Saya benar-benar tidak mahu kehilangan fail (atau data) itu”, sudah tiba masanya anda memastikan anda menyandarkan fail atau data itu.

Membuat sandaran seluruh komputer anda adalah sesuatu yang berbaloi jika anda bertukar daripada sistem pengendalian lama seperti Windows 7 kepada Windows 10. Memandangkan ini adalah sistem baharu dan bukan sekadar kemas kini, memasang Windows 10 boleh memadamkan kandungan komputer anda.

Dua orang yang bekerja menggunakan komputer riba sedang berbual.

“Saya mahu menyandarkan PC Windows—apakah pilihan saya?”

Strategi sandaran yang paling berkesan adalah membuat sekurang-kurangnya tiga salinan data anda untuk disimpan di beberapa lokasi berbeza. Dua daripada pilihan sandaran ini mestilah penyelesaian di tapak seperti pemacu keras luaran dan pemacu kilat.

Windows 7 mempunyai perisian sandaran terbina dalam yang dipanggil Sandaran and Pemulihan Semula, tetapi program ini memerlukan simpanan luaran untuk anda membuat sandaran kepada ia atau menyandarkan. 

Microsoft kemudiannya membangunkan program sandaran baru untuk Windows 8 dan 10, dipanggil Sejarah Fail… yang juga memerlukan peranti simpanan luaran atau lokasi rangkaian untuk menyandarkan fail anda.

Walau bagaimanapun, Sejarah Fail boleh mencipta sandaran automatik fail anda dan menyimpan versi fail terdahulu. Ini membolehkan anda memulihkan dan mengakses salinan fail yang lebih awal.

 

Penyelesaian sandaran ketiga anda harus berada di luar tapak, dalam persekitaran sandaran atas talian seperti awan. Sandaran awan akan memberikan Windows anda perlindungan terbaik daripada kerosakan peranti yang tidak dijangka dan kehilangan data. Ia juga merupakan cara paling ringkas untuk memulihkan fail semasa menaik taraf atau mengemas kini sistem pengendalian anda.

Cara membuat sandaran PC Windows anda dengan Dropbox Backup

Untuk menyandarkan PC Windows anda ke awan, pertama sekali anda harus mempunyai sambungan Internet yang selamat dan stabil. Sebaik-baiknya, sambungan Internet anda harus kuat dan pantas supaya proses sandaran tidak mengambil masa yang lebih lama daripada yang diperlukan.

Kelajuan dan kemudahan proses sandaran awan akan berbeza-beza merentasi pembekal perkhidmatan yang berbeza. Penyelesaian terbaik akan mengutamakan keselamatan data dan membuat sandaran PC Windows anda seringkas yang mungkin.

Dropbox Backup menghilangkan tekanan dan kekeliruan daripada sandaran awan. Berikut ialah cara anda boleh membuat sandaran PC Windows anda dalam tiga langkah mudah.

Animasi komputer desktop yang disandarkan ke Dropbox Backup.

Langkah 1:  Dapatkan apl desktop Dropbox dan log masuk ke akaun anda

  • Tutup sebarang fail dan aplikasi yang telah anda buka pada PC anda
  • Muat turun dan pasang apl desktop Dropbox jika anda belum memilikinya
    • Untuk menggunakan Dropbox Backup, anda perlu melumpuhkan mana-mana penyedia sandaran lain seperti OneDrive
    • Sebaik sahaja anda telah mendapatkan semula fail anda daripada pembekal sandaran lama anda, pastikan ia kembali dalam folder asalnya dalam PC anda
  • Buka apl desktop Dropbox dan daftar masuk atau cipta akaun baharu

Langkah 2: Sediakan Sandaran

  • Dalam Dulang Sistem anda, klik ikon Dropbox kemudian gambar profil anda
  • Pilih Keutamaan, kemudian tab Sandaran, diikuti dengan Sediakan
  • Di bawah Tambah sandaran, pilih PC yang ingin anda sandarkan
  • Klik Mari bermula

Langkah 3: Pilih fail dan folder yang ingin anda sandarkan

  • Tetingkap baharu akan muncul di mana anda boleh memilih fail dan folder yang ingin anda sandarkan
  • Tandakan kotak di sebelah fail dan/atau folder yang ingin anda sandarkan, kemudian klik Sediakan semula atau Sandarkan
  • Dropbox akan mula membuat sandaran data anda
    • Anda boleh menggunakan PC anda seperti biasa semasa sandaran sedang dijalankan
  • Jika mana-mana fail gagal disandarkan, pintasan akan dicipta dalam akaun Dropbox anda yang dipanggil Fail pada komputer saya yang akan membawa anda ke lokasi mereka pada PC anda
  • Selepas sandaran selesai, fail/folder anda akan muncul dalam Dropbox anda sebagai PC Saya [Nama Komputer]

Jangan tunggu sehingga berlaku masalah

Dropbox Backup menjadikannya mudah untuk menyandarkan fail anda secara automatik ke awan supaya anda boleh membuat pemulihan dengan cepat dan lancar daripada apa-apa jua situasi anda.

Teruskan betul-betul di tempat anda berhenti.

Ketahui lebih lanjut mengenai Dropbox BackUp