Apakah fail ZIP?
Pemampatan fail adalah bahagian yang sangat penting dalam ruang kerja digital. Kita boleh menghantar lebih banyak data pada kelajuan lebih pantas berbanding sebelum ini. Itulah sebabnya fail ZIP ialah alat yang begitu popular untuk perniagaan di seluruh dunia. Akan tetapi, apakah fail ZIP?
Huraian fail ZIP
ZIP ialah format fail arkib yang digunakan secara meluas untuk memampatkan satu fail atau lebih bersama-sama dalam satu lokasi, lantas mengurangkan saiz keseluruhan dan memudahkan proses menghantar fail. Fail ZIP berfungsi dengan cara yang sama seperti folder standard pada komputer anda. Walau bagaimanapun, dengan fail dizip, kandungan folder anda dimampatkan, lantas mengurangkan jumlah data yang digunakan oleh komputer anda. Oleh itu, jika anda mahu tahu cara untuk mengecilkan fail anda, maka lebih baik anda menyiasat tentang format fail ZIP.
Jadi, bagaimanakah anda boleh mengenal pasti fail arkib ZIP? Mudah sahaja. Apabila anda melihat lanjutan .ZIP atau .zip penghujung fail, maka anda sedang melihat fail ZIP. Format fail ZIP sudah lama wujud sejak format ini dicipta oleh Phil Katz pada tahun 1986. Pada awalnya, Katz melaksanakan fail ZIP dalam program PKZip syarikatnya, tetapi penggunaan ZIP akhirnya tersebar luas dan walaupun terdapat banyak format arkib fail yang berbeza, namun ZIP mungkin format yang paling kerap digunakan, disebabkan populariti program WinZip pada tahun 1990-an.
Bagaimanakah fail ZIP berfungsi?
Fail ZIP mengekod maklumat kepada kepingan kecil, lantas mengurangkan saiz fail dengan mengeluarkan data tidak diperlukan. Inilah yang disebut sebagai "pemampatan data tidak hilang," yang memastikan semua data asal dikekalkan. Mari lihat pada contoh ringkas untuk menerangkan cara ini berfungsi.
Bayangkan fail yang mengandungi ayat berikut:
- Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda
- Penyelesaian perniagaan anda untuk perkongsian dan penyimpanan terbaik
Setiap perkataan dalam fail ini muncul sebanyak dua kali. Sekarang, jika setiap aksara dan ruang dalam fail sama dengan satu unit ruang, maka saiz seluruh fail akan menjadi 110 unit. Walau bagaimanapun, jika anda mencipta kod berangka untuk fail ini, maka data dapat dinyatakan dengan cara yang berbeza:
- 1 – Penyelesaian
- 2 – perkongsian
- 3 – dan
- 4 – penyimpanan
- 5 – yang
- 6 – terbaik
- 7 – untuk
- 8 – perniagaan
- 9 – anda
Atau, dengan kata lain, ayat ini akan berbunyi begini: 123456789896712345. Ini bermakna bahawa saiz fail awal sebanyak 110 unit boleh dikurangkan kepada 18 unit sahaja, yang merupakan penjimatan yang banyak. Format fail ZIP menggunakan algoritma pemampatan tanpa hilang yang menggunakan cara yang sama, lantas membolehkan anda menyatakan maklumat yang sama dengan cara yang lebih berkesan dengan hanya mengeluarkan data yang tidak diperlukan daripada fail.
Masa untuk menggunakan fail ZIP di tempat kerja
Terdapat banyak kemungkinan penggunaan untuk fail dizip dalam perniagaan. Kebolehan untuk menghantar sebilangan besar fail melalui e-mel adalah sangat penting. Katakanlah anda perlu menghantar sekelompok fail besar kepada rakan sekerja atau klien. Daripada terpaksa memuat naik setiap fail satu demi satu sebagai lampiran e-mel, terpaksa menunggu untuk setiap dimuat naik sebelum melampirkan fail seterusnya, anda boleh sahaja zip semua dokumen sekaligus dan lampirkan satu fail ZIP pada e-mel anda. Anda juga patut mempertimbangkan penyelesaian simpanan berpotensi yang disediakan oleh format ZIP. Daruipada mengekalkan semua fail perniagaan anda dalam saiz asal mereka, mengezip fail boleh membantu untuk mengurangkan banyak jumlah ruang yang diambil oleh fail lama anda.
Apakah kelebihan dan kelemahan format fail ZIP?
Apabila anda sudah mengetahui sedikit tentang fail dizip, maka penting untuk anda meneroka kelebihan dan kelemahan berpotensi penggunaan jenis fail arkib ini, terutamanya berkenaan cara untuk mengecilkan fail. Pertama sekali dan yang paling jelas, ZIP memberikan peluang kepada pengguna untuk menjimatkan ruang simpanan serta meningkatkan keberkesanan komputer mereka. Ini juga merupakan kaedah berkesan untuk meningkatkan pemindahan e-mel, kerana anda akan dapat menghantar e-mel yang mempunyai fail lebih kecil dengan lebih pantas. Selain itu, format fail ZIP akan menyulitkan data peribadi anda, yang sememangnya penting apabila anda menghantar fail melalui internet. Secara ringkas, ini merupakan kaedah yang sangat mudah untuk memaksimumkan keberkesanan pengendalian fail anda. Klik kanan sahaja pada fail yang ingin dizip, pilih "Hantar kepada", klik "Folder mampat (zip)" dan selesai.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan berkaitan dengan fail arkib ZIP yang patut anda tahu. Lebih penting lagi, sesetengah fail tidak boleh dimampatkan lebih daripada sedia ada, termasuklah fail MP3 dan fail JPG. Oleh itu, jika anda sentiasa bekerja dengan fail video dan imej, maka format ZIP mungkin tidak membantu anda untuk menjimatkan banyak ruang simpanan. Maka, anda perlu memikirkan tentang aspek keselamatan fail dizip. Walaupun fail dizip akan disulitkan apabila selesai dizip, namun anda tidak akan tahu perkara yang berlaku dengan data anda ketika fail dimuat naik pada awalnya ke apl pemampatan fail dan anda tidak boleh menghalangnya daripada terjatuh ke tangan yang salah. Sudah tentulah, anda boleh menggunakan fungsi zip yang terbina dalam dan tersedia dalam Windows serta Apple, tetapi jika anda menggunakan apl pemampatan luar daripada pembekal pihak ketiga, maka keselamatan data adalah sesuatu yang perlu difikirkan. Perlu diingat bahawa lanjutan fail ZIP juga boleh rosak dan dalam sesetengah situasi, data rosak boleh menjejaskan seluruh folder ZIP.
Apakah fail 7z?
Apabila anda menyelidik tentang fail ZIP, anda mungkin terjumpa istilah "fail 7z" atau "7-ZIP." Namun, apakah fail 7z dan bagaimanakah format ini berbeza dengan format ZIP? Ini sangat serupa dengan format pengarkiban yang lain seperti ZIP dan RAR, tetapi yang paling ketara ialah fail 7z menggunakan nisbah pemampatan yang lebih tinggi. Ini bermakna bahawa jumlah megabait adalah lebih rendah dalam setiap fail, lantas lebih menjimatkan simpanan pengguna. Walaupun fail 7z mengambil masa yang lebih lama untuk diproses, namun berkemungkinan ini menjadi fail arkib pilihan untuk sesiapa yang mahu belajar tentang cara mengecilkan saiz fail dengan cara yang paling berkesan.
Apakah alternatif bagi fail ZIP?
Sudah tentulah, format fail ZIP bukan satu-satunya format apabila kita bercakap tentang pemampatan fail. Terdapat pelbagai jenis fail arkib, termasuklah RAR, TAR dan 7z serta perisian pengarkib dan pemampatan fail seperti WinRAR, ZIPx dan PeaZip. Namun, seperti yang kami nyatakan sebelum ini, terdapat pelbagai masalah berpotensi berkaitan dengan fail ZIP, termasuk masa menunggu yang lama, fail pendua, had saiz fail dan kerosakan fail.
Daripada memeningkan kepala dengan pelbagai apl pemampat fail, gunakan penyimpanan awan yang boleh memberikan alternatif fail ZIP, lantas menghapuskan keperluan untuk memampatkan fail. Sebagai contoh, dengan Dropbox, tiada lagi proses yang panjang dan berbilang langkah yang perlu anda lakukan untuk menyimpan atau menghantar fail besar. Hantar sahaja fail atau folder dalam saiz yang asal tanpa pemampatan dengan mengklik "Kongsi." Anda boleh menyimpan dan berkongsi fail sehingga 50 gb, lantas menjadikannya cara yang pantas dan diyakini untuk berkongsi fail tanpa mengambil ruang peti masuk atau ruang cakera pada komputer anda. Dengan itu, Dropbox boleh menjadi platform yang sesuai kerana menawarkan sokongan pratonton ZIP dan RAR, pemampatan pasca muat naik dan sokongan untuk pengeditan walaupun anda perlu mengerjakan fail yang dimampatkan.
Ucapan akhir
Ringkasnya, fail ZIP ialah cara untuk menyimpan atau menghantar data dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, ZIP bukanlah satu-satunya cara untuk memampatkan fail, maka pastikan anda melihat pada pilihan pemampatan yang berlainan untuk memilih sistem fail arkib terbaik untuk keperluan anda.