Sama ada anda sedang beralih ke awan atau hanya ingin mendaftar untuk akaun pasukan Dropbox, keselamatan mungkin menjadi keutamaan anda.
Untuk memastikan keselamatan pekerja dan data anda, anda ingin tahu bahawa anda menggunakan alat terbaik yang tersedia. Itulah sebabnya Dropbox bukan sahaja menjadi standard dengan ciri keselamatan yang kuat, tetapi juga bekerjasama dengan rakan niaga syarikat keselamatan terkemuka di dunia untuk memberi anda kawalan dan fleksibiliti yang lebih banyak. Berikut merupakan cara tiga rakan niaga kami bantu memperluas ciri keselamatan Dropbox Business teras untuk membantu menjaga keselamatan syarikat anda.
Urus akaun Dropbox Business secara mudah dengan Okta
Dropbox Business membolehkan pasukan anda berkerjasama dengan lebih mudah, dengan cara yang lebih mudah untuk berkongsi fail, dan folder pasukan yang membuat semua orang sentiasa terkini. Pentadbir juga dapat menetapkan keizinan terperinci, jadi hanya akaun pengguna yang tepat boleh mengakses fail dan folder yang sesuai. Tetapi jika anda sudah menyediakan akaun untuk pekerja anda di apl lain, anda tidak perlu membuat dan mengurus yang akaun baru. Berita baik, apabila anda mengintegrasikan Dropbox Business dengan Okta, anda dapat memperluas direktori AD dan LDAP sedia ada. Selain itu, anda boleh membuat, mengemas kini dan menghapus pengguna daripada konsol tunggal di seluruh berbilang apl awan, termasuk Dropbox Business.
Jaga keselamatan pekerja mudah alih dengan VMware
Apabila pasukan anda mendaftar diri ke Dropbox Business, pekerja anda dapat bekerja dan bekerjasama dengan mudah di mana sahaja. Untuk menjadikan pengurusan mobiliti selancar yang mungkin, Dropbox Business berintegrasi dengan VMware supaya anda dapat mengurus peranti dengan mudah, mengawal tahap akses dan menghapuskan data dari jauh—semuanya dari satu tempat. Ini adalah kaedah yang baik untuk membantu pekerja anda menyelesaikan kerja dengan lebih selamat, semasa mereka menggunakan Dropbox dalam perjalanan.
Mengesan ancaman dan melindungi data dengan Symantec CloudSOC CASB
Setelah pengguna anda disediakan dan pekerja mudah alih anda selamat, anda mungkin memerlukan lebih banyak alat untuk menganalisis aktiviti pengguna, mengesan perisian perosak dan mengenal pasti risiko terhadap data korporat yang sensitif. Symantec CloudSOC CASB dihubungkan dengan Dropbox untuk membantu melindungi organisasi anda dengan dasar keselamatan akses, sambil memberikan pekerja fleksibiliti akses yang mereka perlukan dengan pengesahan pengguna VIP Symantec bersepadu.
Bimbang tentang akaun peribadi yang tidak dibenarkan pada rangkaian anda? Symantec Secure Web Gateways (ProxySG atau Web Security Services), Symantec CloudSOC CASB Gateway dan Dropbox Network Control bekerjasama untuk mengehadkan penggunaannya. Dengan Symantec DLP yang diintegrasikan sepenuhnya, anda dapat melindungi data menggunakan dasar DLP yang sama dan aliran kerja respons yang telah anda gunakan. Dan akhirnya, laporan terperinci, papan pemuka yang boleh disesuaikan dan visualisasi yang mudah difahami membantu anda melihat aktiviti yang bermasalah dengan cepat.
Sama ada anda perlu membina keselamatan awan anda dari awal—atau hanya memerlukan Dropbox Business untuk masuk ke dalam sistem sedia ada anda—rakan niaga seperti Okta dan VMware menjadikannya mudah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rakan niaga Dropbox Business, lihat eBuku Better Together kami.
Catatan (5 Disember): Senarai rakan niaga yang dipaparkan dalam kiriman ini telah dikemas kini.