Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Chromebook telah menjadi semakin popular, terutamanya dalam sektor pendidikan . Harga yang berpatutan, mudah digunakan dan selamat menjadikan Chromebook sesuai untuk para pelajar dan guru. Dan dengan alat rakaman skrin, berkongsi pelajaran video prarakam, tutorial dan pembentangan adalah lebih mudah berbanding sebelum ini.
Namun, semasa rakaman skrin, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh alat terbina dalam Chromebook. Kelemahan ini mungkin menghalang para pelajar atau guru yang ingin mendapatkan maklum balas berkaitan kuliah atau mencipta dan menyunting tutorial.
Mujurlah, terdapat beberapa cara merakam skrin pada Chromebook. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara merakam skrin Chromebook dengan menggunakan kedua-dua alat terbina dalam dan perisian pihak ketiga.
Cara merakam skrin pada Chromebook dengan alat terbina dalam
Chromebook didatangkan dengan alat perakam skrin terbina dalam yang membenarkan anda membuat rakaman skrin asas. Untuk menggunakan perakam skrin Chromebook, ikut langkah-langkah berikut:
- Tekan Shift + Ctrl + Show windows.
- Dalam menu di bahagian bawah, pilih Rakam skrin.
- Buat pilihan:
- Rakam skrin penuh
- Rakam skrin separa
- Rakam tetingkap
- Untuk menghentikan rakaman, di bahagian bawah sebelah kanan, pilih Hentikan rakaman.
Kemudian, pemberitahuan "Rakaman skrin diambil" akan muncul. Mengklik pemberitahuan ini akan membawa anda ke rakaman dalam folder Muat turun anda.
Walaupun perakam skrin Chromebook sudah cukup bagus untuk tugas penting seperti tangkapan skrin dan rakaman skrin asas, perakam skrin ini tidak mempunyai beberapa fungsi lanjutan yang mungkin anda perlukan dalam kerja anda. Contohnya, alat terbina dalam tidak merakam audio secara dalaman, juga tidak membenarkan anda merakam kamera web dan skrin anda secara serentak. Perakam skrin ini juga tidak mempunyai sebarang keupayaan penyuntingan atau anotasi.
Jadi, jika anda inginkan lebih banyak ciri daripada perakam skrin anda, kami mengesyorkan anda alat yang mudah digunakan tetapi berkuasa seperti Dropbox Capture.
Cara merakam skrin pada Chromebook dengan Dropbox
Dropbox Capture ialah alat rakaman skrin percuma yang tersedia untuk ChromeOS, Windows dan macOS. Dengan Capture, anda boleh merakam keseluruhan skrin dan kamera web anda pada masa yang sama serta menyambung ke mikrofon anda untuk merakam audio. Capture juga mempunyai pelbagai ciri penyuntingan dan usaha sama supaya anda boleh memangkas rakaman anda dan mengumpul maklum balas daripada orang lain.
Untuk menggunakan Dropbox Capture, ikut langkah-langkah berikut:
- Muat turun apl ke Chromebook anda.
- Buka apl dan pilih jenis rakaman yang ingin anda buat:
- Klik Rakaman skrin + kamera untuk merakam skrin dan kamera web anda secara serentak
- Klik Rakaman skrin untuk merakam skrin anda sahaja
- Kemudian, dialog perakam skrin akan dibuka pada skrin. Dari sini, anda boleh memilih tetapan rakaman anda seperti mikrofon dan sumber kamera web anda.
- Klik butang Rakam yang berwarna merah untuk mula merakam.
- Lakukan tutorial atau demonstrasi anda.
- Klik butang Rakam sekali lagi untuk menghentikan rakaman.
Setelah rakaman anda tamat, video akan terbuka dalam tab baru secara automatik dalam pelayar anda. Dari sini, anda boleh memangkas atau menyunting video anda dengan membuang atau menukar perkataan pengisi kepada GIF, atau kongsikan terus video tersebut.
Mengapakah menggunakan Dropbox untuk merakam skrin pada Chromebook?
Alat perakam skrin terbina dalam untuk Chromebook berfungsi dengan baik untuk tujuan asas. Tetapi bagaimanakah pula dengan rakaman skrin yang memerlukan alih suara? Dan semasa demonstrasi atau tutorial yang dirakam, anda perlu memangkas klip penyediaan yang janggal pada permulaan video—dengan alat Chromebook terbina dalam, hal ini tidak boleh dilakukan.
Dengan Dropbox, anda boleh merakam skrin Chromebook anda berserta audio dengan mudah dan memperhalusi rakaman anda dengan cepat menggunakan fungsi penyuntingan video intuitif.
Faedah Dropbox termasuk:
- Komen/maklum balas yang dicap masa: Tambah komen dan maklum balas yang dicap masa pada rakaman anda untuk memudahkan anda bekerjasama dengan orang lain dalam projek anda.
- Penyuntingan video mudah: Pangkas rakaman anda, buang perkataan pengisi, atau tukar video anda menjadi GIF. Mencipta video yang kelihatan profesional tidak pernah semudah ini.
- Tiada penukaran konteks: Kurangkan masa dan gangguan apabila anda menyunting rakaman skrin, berkongsi dan meninggalkan komen semuanya di satu tempat. Tidak perlu beralih antara apl.
Alami rakaman skrin bebas gangguan dengan Dropbox
Sama ada anda sedang mencari ciri penyesuaian lanjutan, perkongsian mudah atau sekadar cara menjimatkan masa anda, Dropbox memberikan semua yang anda perlukan untuk merakam skrin anda, menyunting klip anda, kemudian berkongsi video akhir anda.