Skip to content (Press Enter)

Cara mencipta pelajaran video diprarakam untuk pelajar anda

Ketahui cara alat rakaman skrin seperti Dropbox Capture yang memudahkan untuk mencipta kandungan pembelajaran yang berkesan dan dapat melibatkan pelajar anda.

Cubalah Dropbox Capture
​​Seorang guru merakam pelajaran video untuk pelajar daripada komputer desktopnya

Guru mempunyai tugas yang sukar, dan sekarang, kerja itu menjadi lebih sukar. Dengan kelas yang lebih besar, belanjawan yang lebih rendah dan kesan faktor luaran bilik darjah yang semakin bertambah, memang banyak sekali untuk dikendalikan.

Sama seperti faktor global yang telah mengubah cara kita semua bekerja, mengalih kita ke arah bekerja secara jarak jauh dan cara bekerja hibrid, faktor tersebut juga telah mengubah cara anak-anak kita belajar di sekolah. Melalui pelajaran video yang diprarakam dan maklum balas, guru boleh menyokong pembelajaran pelajar selain daripada perjumpaan dalam talian dan kelas yang dijadualkan.

Dalam panduan ini, kami akan meneroka cara anda boleh menyokong pembelajaran pelajar anda—walaupun anda berjauhan—dan berinteraksi dengan mereka dengan cara baharu menggunakan pelajaran video yang diprarakam.

Kami juga akan menunjukkan cara Dropbox Capture dan ciri Dropbox lain yang merupakan penyelesaian terbaik untuk guru dan institusi akademik untuk mencipta, menyimpan dan berkongsi pelajaran yang diprarakam dengan mudah kepada pelajar.

Pergi ke bahagian

Mengapa perlu menggunakan video sebagai alat pembelajaran?

Adakah anda tahu bahawa 4 daripada 5 orang berkata bahawa video digital membantu mereka belajar perkara baharu? Atau bahawa 74% daripada pelatih korporat yang menjawab tinjauan di AS berkata bahawa mereka menggunakan video dalam penyampaian latihan mereka?

Sebelum kami mendalami perkara terperinci tentang pelajaran yang diprarakam, mari kita lihat sebab video dianggap alat pembelajaran yang berkesan oleh ramai orang.

Hidupkan suasana pembelajaran anda dengan menjadikannya lebih menarik

Video membolehkan anda membentangkan maklumat dengan cara baharu, menggandingkan suara latar dengan contoh pada skrin yang ideal untuk menyampaikan konsep utama dengan sepenuhnya.

Bantu pelajar belajar, dengan memberikan akses yang lebih mudah kepada sumber

Bahan ekstrakurikulum merupakan bahagian penting dalam pembelajaran. Video memberikan sumber yang boleh diakses oleh pelajar secara bebas bagi membantu pelajaran mereka.

Anda tidak boleh mengundur kelas yang sudah berlalu

Jika pelajar terlepas sesuatu, mereka mungkin berasa tidak sesuai untuk menyampuk dan meminta anda mengulanginya. Sumber video adalah paling sesuai untuk pelajar yang belajar atau memahami maklumat dengan cara yang berbeza. Sesetengah orang mungkin memerlukan kapsyen atau, contohnya, tanda visual yang lain, untuk memahami sesuatu sepenuhnya.

Seorang pelajar menggunakan pelajaran video yang diprarakam di rumah untuk membantu pembelajaran bebasnya

Apakah pelajaran video yang diprarakam?

Pelajaran video yang diprarakam ialah bentuk pembelajaran tak segerak, yang bermakna pelajar tidak perlu hadir pada masa pengajaran dan sebaliknya boleh mengakses kandungan apabila mereka memerlukannya.

Ia biasanya terdiri daripada rakaman skrin, biasanya perkongsian bahan pelajaran, digandingkan dengan suara latar yang dipadankan dengan maklumat pada skrin. Pelajaran dan video pengajaran yang diprarakam kadangkala boleh juga menampilkan rakaman kamera web untuk menambah baik penceritaan suara latar.

Cara anda boleh menggunakan video yang diprarakam sebagai guru

Terdapat banyak penggunaan praktikal untuk video yang diprarakam yang boleh memanfaatkan guru dengan serta-merta, contohnya:

  • Berikan maklum balas cepat terhadap kerja—percepatkan sesi menanda lewat malam!
  • Ringkasan cepat—cipta video penerangan 5 minit untuk konsep utama, yang boleh dikongsi dengan pelajar yang menghadapi kesukaran
  • Pembelajaran tak segerak sepenuhnya—sampaikan pelajaran lengkap untuk pelajar yang tidak dapat hadir

Apakah teknologi yang anda perlukan untuk membuat video yang diprarakam?

Untuk membuat pelajaran video yang diprarakam untuk pelajar, anda akan memerlukan perkakasan dan perisian yang boleh melakukan tugas.

Perkakasan untuk video yang diprarakam

Pada peringkat ini, anda mungkin fikir sama ada anda memerlukan persediaan penstriman yang menyaingi penstrim Twitch kegemaran pelajar anda, tetapi jangan risau!

Sebenarnya, jika anda mempunyai perkakasan untuk membuat panggilan video melalui Zoom atau platform yang serupa, anda sudah mempunyai semua teknologi yang anda perlukan untuk mencipta pelajaran yang diprarakam.

Berikut ialah perkakasan yang akan anda perlukan: 

  • Komputer riba—anda akan memerlukan komputer untuk merakam video dan mencipta pengeditan akhir.
  • Mikrofon—untuk merakam suara latar anda, mikrofon bersepadu yang terbina dalam komputer riba anda atau mikrofon USB yang berasingan boleh digunakan
  • Kamera—jika anda mahu merakamkan diri anda sendiri pada video, anda boleh menggunakan kamera web bersepadu yang terbina dalam komputer riba anda atau kamera USB yang berasingan

Perisian untuk video yang diprarakam

Mendapatkan peralatan yang diperlukan mungkin merupakan asas yang penting, tetapi anda akan memerlukan perisian yang betul untuk mula mencipta pelajaran, maklum balas dan video pengajaran anda sendiri yang diprarakam.

Berikut ialah perisian yang akan anda perlukan:

  • Perisian rakaman skrin—anda akan memerlukan cara untuk merakam skrin anda. Dropbox Capture memudahkan langkah ini dengan memudahkan proses mencipta rakaman skrin atau GIF, dan merakam video secara serentak.
  • Perisian penyuntingan video (pilihan)—anda mungkin mahu menggunakan perisian penyuntingan video untuk membuat apa-apa perubahan akhir pada video anda atau menyunting rakaman skrin dan suara latar anda bersama-sama. Dropbox Capture membolehkan anda merakam skrin dan suara latar anda secara serentak.
  • Perisian penyimpanan dan perkongsian fail—anda akan memerlukan cara untuk menyimpan dan berkongsi video anda dengan selamat. Ciri perkongsian fail yang terbina dalam Dropbox Capture memberi anda kawalan lengkap terhadap orang yang boleh mengakses pelajaran anda yang diprarakam.
Demonstrasi langkah untuk merakam skrin, mikrofon dan kamera web anda secara serentak dengan Dropbox Capture

Kesilapan umum untuk dielakkan apabila membuat pelajaran video yang diprarakam

Walaupun video yang diprarakam merupakan cara yang terbaik untuk terlibat dengan pelajar anda, video tersebut dengan cepat boleh menjadi penggunaan masa anda yang tidak berkesan apabila tidak dibuat dengan baik.

Berikut ialah beberapa perkara yang harus anda elakkan apabila merancang untuk merakam pelajaran video anda:

  • Terlebih bersedia dan mengejar kesempurnaan—jangan terperangkap dengan proses yang membuang masa ini. Video anda tidak semestinya sempurna, selagi tujuannya tercapai dan ia menyampaikan mesej yang jelas kepada pelajar.
  • Tidak memikirkan tentang khalayak anda—sesuaikan video dengan kelas anda dan libatkan mereka dengan cara yang anda tahu akan berkesan.
  • Menganggap peralatan anda tidak cukup baik—jika anda boleh membuat panggilan video melalui Zoom, anda mempunyai segalanya untuk mencipta video yang diprarakam yang akan memanfaatkan pelajar anda.

Cara merakam pelajaran video untuk pelajar dalam 7 langkah

Sekarang selepas kita telah mempelajari teori, mari kita beralih kepada latihan praktikal: mencipta pelajaran pertama anda yang diprarakam.

Dalam bahagian ini, kami akan membincangkan tentang perkara yang perlu anda tahu—daripada merancang pelajaran anda, sehingga merakamnya, menyuntingnya, dan akhirnya berkongsi dengan pelajar anda.

1) Membuat keputusan tentang topik pelajaran anda dan khalayak yang dimaksudkan

Sebelum anda memulakan apa-apa, langkah pertama adalah untuk berfikir tentang pelan pelajaran anda.

Anda mungkin sudah mempunyai idea tentang perkara yang akan anda bincangkan dalam pelajaran yang diprarakam, tetapi langkah ini boleh membantu untuk menyatakannya secara rasmi di atas kertas:

  • Matlamat pelajaran—apakah yang anda mahu pelajar faham di akhir video?
  • Pendekatan pelajaran—secara umum, apakah yang akan anda bincangkan untuk membantu mereka memahami konsep ini?
  • Bahan pelajaran—apakah contoh atau sumber yang akan dapat anda kongsikan untuk menggambarkan konsep utama?
  • Format pelajaran—berapa lamakah video itu perlu dibuat, dan apakah format yang harus diikuti? Contohnya, adakah video itu perlu pelajaran penuh atau video kecil dengan topik yang lebih kecil?

2) Cipta papan cerita atau skrip

Sebaik sahaja anda mempunyai matlamat dan pelan khalayak, anda boleh mula memikirkan tentang struktur video anda secara terperinci.

Walaupun anda mempunyai idea yang baik, proses menghasilkan video tersebut boleh menjadi kerja yang menyukarkan. Di sinilah papan cerita boleh membantu.

Papan cerita ialah rangka kerja visual, yang biasanya digunakan dalam penggambaran video dan filem untuk merancang naratif utama dan elemen visual suatu kandungan video.

Penciptaan papan cerita yang lengkap untuk pelajaran anda yang diprarakam mungkin kelihatan keterlaluan, konsep utama di sebalik proses tersebut masih boleh membantu anda mencari aliran untuk sesi anda. Proses ini bolehlah semudah seperti mencatatkan perkara utama yang anda mahu sampaikan, bersama dengan idea kasar yang ingin anda paparkan pada setiap skrin.

3) Kumpulkan bahan anda

Sebelum anda memulakan rakaman, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai semua bahan yang anda perlu kongsikan semasa pelajaran.

Bahan ini mungkin pembentangan slaid, contoh teks dalam format PDF dalam talian, atau cuma aplikasi papan putih pada peranti anda.

Dengan penyimpanan awan Dropbox, mudah sahaja untuk menyusun dan menyediakan semua dokumen yang anda merancang untuk kongsikan, semuanya di satu tempat.

4) Rakam video, skrin dan suara latar anda

Selepas menyediakan papan cerita dan bahan anda, tibalah masa untuk mencipta pelajaran anda.

Dengan Dropbox Capture, anda boleh merakam skrin, kamera web dan mikrofon anda secara serentak. Ini memudahkan dan meringkaskan cara anda mencipta pelajaran video anda yang diprarakam dalam satu rakaman.

Jika anda tersalah cakap semasa rakaman, jangan risau—Dropbox Capture membolehkan anda memangkas apa-apa detik yang janggal atau tidak diingini selepas anda selesai merakam. Anda juga boleh memangkas semua “um” dan “ah”, jika anda mendapati diri sering mengeluarkan perkataan tersebut.

Manfaatnya bukan sekadar itu sahaja. Dropbox Capture memudahkan anda melukis pada skrin dan membuat anotasi sambil anda merakam—tidak memerlukan aplikasi papan putih yang berasingan! Anda juga boleh menjana kapsyen tertutup secara automatik, yang membuat video anda lebih mudah diakses oleh pelajar.

Semua ciri ini terutamanya membantu jika anda tidak suka menjadi penyunting video atau tidak mempunyai perisian penyuntingan video.

Merakam pelajaran anda dengan Dropbox Capture, termasuk merakam suara dan kamera web anda, adalah semudah langkah-langkah berikut sahaja:

  1. Buka Dropbox Capture
  2. Klik Rakaman skrin & kamera
  3. Pilih bahagian skrin yang mahu anda rakamkan
  4. Klik ikon Rakam untuk mula merakam, klik ikon sekali lagi untuk berhenti merakam
  5. Klik ikon Jeda pada panel sisi sambil merakam untuk menjeda atau menyambung semula rakaman
  6. Klik ikon Lukis pada panel sisi sambil merakam untuk melukis pada rakaman anda

Ini hanyalah contoh perkara yang boleh dilakukan. Anda boleh mendapatkan arahan terperinci tentang cara merakam skrin anda dengan Dropbox Capture dalam Pusat Bantuan kami.

5) Sunting video anda

Jika anda berbakat dalam penggambaran, anda mungkin sudah berpuas hati dengan rakaman video anda.

Jika tidak, anda boleh menggunakan perisian penyuntingan video untuk gunakan sebarang kemasan akhir pada video anda dan menjadikannya benar-benar menonjol.

Penyuntingan yang biasa termasuk:

  • Jika anda memutuskan untuk merakam video dan audio anda secara berasingan, anda boleh menyunting rakaman skrin dan suara latar anda bersama-sama—sudah tentu, dengan Dropbox Capture, anda boleh melakukannya semasa merakam, tanpa perlu menggunakan perisian penyuntingan pada peringkat ini
  • Menambah lapisan teks untuk menekankan perkara utama bahagian video
  • Kesan dan elemen visual tambahan

6) Kongsikan dengan pelajar anda

Selepas anda berpuas hati dengan penyuntingan akhir, anda memerlukan cara bagi pelajar anda mengakses pelajaran diprarakam anda yang telah selesai.

Mujurlah, dengan Dropbox Capture, anda boleh berkongsi fail rakaman anda dengan sesiapa sahaja dengan mudah, hanya dengan menyalin pautan.

Bercakap tentang perkongsian bahan pelajaran anda yang lebih luas—perkongsian fail dahulunya memang menyukarkan, terutamanya untuk video, yang dibatasi dengan had saiz fail untuk lampiran dan kelajuan muat turun yang sangat perlahan. Tetapi keadaan sudah berubah—dengan perkongsian pautan Dropbox, anda boleh menyediakan akses selamat kepada fail dalam penyimpanan awan anda, tanpa perlu menghantar video besar, PDF atau dokumen lain secara berasingan.

Ini bermakna anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel untuk semua pelajar anda dengan beberapa klik sahaja. Jika anda mahu berkongsi pustaka pelajaran yang diprarakam, sebaliknya anda boleh kongsikan pautan kepada folder—mudah sahaja!

7) Semak orang yang sudah melihat kandungan dan mengawal akses

Sudah tentu, perkongsian fail dalam talian juga melibatkan pertimbangan keselamatan.

Dengan pelajar daripada berbilang kelas untuk diuruskan, atau jika anda mencipta maklum balas diperibadikan untuk seorang pelajar, anda tentu mahu kawalan lanjut kepada orang yang boleh mengakses kepada perkara tertentu. Dalam keadaan ini, Dropbox memudahkan proses ini, dengan kebenaran perkongsian penuh, tamat tempoh pautan perkongsian, perlindungan kata laluan dan banyak lagi.

Lebih baik lagi, dengan Dropbox, anda boleh melihat orang yang sudah membuka fail yang anda kongsikan dan masanya—yang memudahkan anda menjejak kemajuan pelajar anda.

Tawan hati pelajar anda dengan Dropbox Capture

Tingkatkan pelan pelajaran anda dan libatkan pelajar anda pada peringkat baru, dengan Dropbox.

Dengan Dropbox Capture, tidak pernah semudah ini untuk menyampaikan mesej anda dengan tangkapan skrin, GIF atau video ringkas yang dirakam terus pada skrin anda. Agar anda dapat menyatakan perkara dengan jelas tanpa perlu menjadualkan apa-apa.